Beauty of Zikrullah :)

Facts :)

Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. 
Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit.

Kepentingan Penjagaan Otak

Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan , sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.
Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

DARI SUDUT ISLAM PULA


Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"


Subhanallah :')



0 bubblynotes :):

Post a Comment

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo

Qeela Aini | Makeup Lover, Food hunter, gadget freak & movie nuts. | Supermom that's into photography & travel as well :)
For work collaboration or reviews, kindly reach me at : 
qeelaaini@gmail.com.
Thank You!

Follow by Email

SushiVids!

Mention for a Follow back :)

They Are The Best!

Google+ Sweetie :)

Total Pageviews

Click Click :)

Choose Your Own Language :)

My Group

My Group
Heart Chat Bubble

My Page Rank

instagram, anyone? :)

Instagram

Live.Life.

Live.Life.