Kita Semakin Hampir - Part 4

Salam semua :)
Harini Qeela akan sambung lagi, harap bersabarlah semua yg mengikutinya ye.
Previous part boleh rujuk DI SINI. 
Qeela akn cuba hbskan segera so that mcm2 lg yg important boleh di share, InsyaAllah.
Harini Qeela terus smbg Zon 72 ye.

((( Bab: Zon 72 )))
Setiap kerajaan di bumi ini samada berpihak kepada Israel ataupun tidak,
hari ini sudah terang & jelas tidak mampu mengawal trend perubahan budaya dunia,
Di Malaysia sahaja kebanyakan penduduk sedang suka menyambut kedatangan
globalisasi yang dicipta oleh Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) ,
kedatangan globalisasi disambut baik ke pintu rumah masing-masing.
Sila perhatikan hadis sahih di bawah ini, dan pecutkan fikiran anda ke banyak loronglorong
hidup anda hari ini, benar-benar berlaku bukan ?
Saya perkenalkan anda Zon 72:
Elakkan diri anda & keluarga anda dari memasuki Zon 72 kerana kita benar-benar hidup
di tengah-tengah tamadun Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah).
Hadis Sahih, Abu Hurairah R.A. :
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Bahawasanya Bani Israel (semua yahudi hari ini) telah berpecah kpd 72 kumpulan besar,
dan akan berpecah umatku (manusia yang beragama Islam) kpd 73 kumpulan.
Semua mereka masuk neraka kecuali 1.
Bertanya para sahabat:
Dan siapakah mereka itu wahai Rasulullah ?
Jawab baginda:
‘Mereka yang berpegang pada sunnahku dan sunnah sahabatkku.’ ”

Mari kita lihat siapa umat Islam hari ini secara kasar sahaja.
Lihat, umat Islam pada dasarnya terpecah kepada 2 bahagian.
Dianggapkan 90% adalah pengikut Sunnah,
Dianggapkan 10% adalah pengikut Syiah.
Mari kita lihat kelompok yang ramai ini, dari 90% pengikut Sunnah pula, tiada 1 pun
yang mendaulatkan sistem Khalifah, adakah penduduk Islam di bawah mereka akan
dikategorikan sebagai memasuki Zon 999 dengan mengikut sistem demokrasi itu ?
Lihat pula di dunia Arab, dah ada liga Arab pun masih biarkan saudara-maranya di
Palestin dibunuh oleh Yahudi bersama bangsa Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah),
yang mereka buat hanyalah pot pet pot pet sekadar memaki tanpa mengangkat senjata
membela nasib saudara-mara kita di sana.



Dalam 90% pengikut Sunnah, walaupun mereka semuanya Islam,
namun ada pelbagai ideologi, pertentangan pendapat politik,
pihak B mencaci pihak A, pihak A mencaci pihak B,
duduk tanah yang sama, dalam 1 Masjid ada 2 imam,
dan macam-macam lagi karenah yang secara otomatiknya menyebabkan 
Umat Islam ada yang termasuk dalam Zon 72. Maka sy bentangkan lagi hadis ini, semoga kita tidak tergolong masuk dlm kelompok berbahaya Zon 72.
Hadis Sahih, Riwayat At-Tabrani :
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam tanganya,
nanti akan berpecah umatku (manusia yang beragama Islam) kepada 73 puak.
Maka 1 sahaja masuk SYURGA,
dan yang 72 puak lagi masuk neraka.
Bertanyanya sahabat:
‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’
Jawab baginda:
‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah’ ”

Inilah hakikat yang perlu anda terima, bahawa untuk menyebabkan seluruh penduduk dunia termasuklah yang ada di Malaysia dikategorikan masuk ke dalam Zon 72 ,
maka tamadun Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) perlulah meYakjud-Makjujkan
seluruh penduduk dunia tanpa paksaan, maka terjadilah kisah hadis di atas & kisah hadis sebelum ini, menunjukkan semua penduduk dunia termasuk yang ada di Malaysia berjaya
diGlobalisasikan oleh bangsa dari tamadun Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah).
Sekali kita meniru cara hidup mereka, secara otomatiknya kita adalah sebahagian dari
mereka, kita dikategorikan masuk Zon 72.
Siapa yang mengasaskan Demokrasi ? Orang Islam atau Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) ?

Sebelum kita menghabiskan bab Zon 999 & Zon 72,
Saya nak anda semua renungi perkara ini:
Apabila seluruh penduduk dunia berjaya diGlobalisasikan oleh bangsa dari tamadun
Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah), Ketahuilah, dalam sedikit masa lagi dunia islam akan kelihatan asing dan akan dianggap musuh dunia, dan kelibat-kelibat itu anda mula melihatnya di berita-berita TV, dalam filem2 mereka, dan dalam kebanyakan propaganda mereka, mana2 manusia yg benar2 menjunjung titah Nabi Muhammad dgn mengamalkan seluruh Sunnah baginda, akan dicop sebagai pengganas !!!
Perkara ini memang betul kerana apabila anda seorang sahaja yang berpakaian jubah
dgn janggut lebat segak bergaya dan berpegangan tangan dengan isteri anda yang
menutup aurat sehingga nampak matanya sahaja, apakah masyarakat sekeliling akan
bertindak? Ya...sangkaan anda betul, mereka akan menganggap anda orang yang asing,
kerana mereka sendiri berpakaian T-Shirt & berseluar jeans biru, salah 1 trend dunia yang
diasaskan oleh Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah).
Maka sesuailah hadis di bawah saya tunjukkan kepada anda & keluarga anda.
Hadis Sahih, Riwayat Muslim:
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil.
Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya (apabila Yakjuj & Makjuj menguasai dunia),
kembali dianggap asing dan ganjil.
Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil. (yg berpandukan 100% Al-Hadis & Al-Quran)”



Sekiranya anda perasan,
kebanyakan teknologi hari ini adalah datang dari tamadun Eropah,
lebih tepat kalau saya katakan hampir semua teknologi yang saya dan anda pegang &
gunakan hari ini adalah idea kreativiti dan inovasi dari teknologi canggih dari bangsa
Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah), mereka inilah golongan yang menyediakan sistem
globalisasi ke seluruh dunia. Setiap kerajaan di bumi ini samada yang berpihak kepada
Israel ataupun tidak, hari ini sudah terang & jelas tidak mampu mengawal trend
perubahan budaya dunia, kerana seluruh dunia sedang menyambut kedatangan globalisasi
ke pintu rumah masing-masing.
Seluruh isi dunia sedang menuju ke arah ZON 999 & ZON 72,
Sebijik seperti apa yang Nabi Muhammad pesankan sebelum ini iaitu:
1) 999 daripada 1000 penduduk dunia adalah Yakjuj & Makjuj.
2) dari 73 umat Islam yang berpecah, hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga
3) dan pesanan Nabi Muhammad yang agak menakutkan diri saya iaitu, Sesiapa
yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dikira termasuk ke dalam golongan itu. 
Justeru, sama2lah kita cuba elakkan cara hidup mrk seboleh mungkin.

PEMERINTAHAN & ORDER
Di dalam dunia ini hanya ada 2 jenis sistem pemerintahan rakyat:
1) Sistem pemerintahan yang berlandaskan keimanan kepada tuhan
yang 1, maka mana-mana negara yang dinaunginya, akan merasai nikmat
ketenangan di bawah payung pemerintahan tersebut, inilah yang berjaya
dilakukan oleh sistem pemerintahan Islam, manusia yang tidak menganut ajaran
Islam juga aman damai hidup di bawah pemerintahan Islam melalui sistem
Khalifahnya. Golongan yang kecil dan minoriti tidak akan dianiaya malahan akan
diberi bantuan, dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kerajaan-kerajaan
besar di masa silam termasuklah kerajaan Raja Zulqarnain sendiri yang telah
Allah rekodkan kisahnya dalam Al-Quran melalui Surah Al-Kahfi.

2) Sistem pemerintahan yang tidak beragama dan lebih ke arah
sekularisma (iaitu fahaman mengasingkan agama dari hidup harian), maka apabila
kuasa pemerintahan ini berlandaskan keduniaan semata-mata, mereka yang lemah
pasti terus ditindas, dan mana-mana pemimpin di ceruk daerah mana sekalipun
kalau ada yang ingin menegakkan cara hidup beragama, maka akan dicantas awal2,
lebih-lebih lagi agama yang bernama Islam, anda sedang menyaksikan
pembuktian ini di hampir seluruh negara, tinggal lagi anda tidak merekodkannya.
Apa yang terjadi di Kashmir, Xin Jiang, Pattani, Sulu, Kurdish, & Palestin
semuanya diancam bunuh !!! Kerana apa ini berlaku ya saudara-saudari semua,
ini berlaku kerana asas pemerintahan Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah)
adalah ke arah penguasan dunia melalui sistem Globalisasi mereka melalui
makanan, pakaian, hiburan, ketenteraan, & komunikasi.

Dan mana2 golongan yg tidak berada di dlm pakej Globalisasi akn dipandang hina lagi terasing! Maka semakin hampirlah sempadan kata-kata Nabi Muhammad di bawah &
semmgnya pula Tasik Galilee di utara Palestin itu semakin hari semakin cetek airnya.

Nota:
Yakjuj & Makjuj = adalah golongan yang berpura-pura mengaku sebagai Yahudi
= mereka berkulit putih dan lebih cantik & hensem
Yahudi Asal = 12 rumpun asal Yahudi (semenjak Nabi Musa)
= mereka berkulit merah gelap berbintik, kebanyakannya rambut kerinting
Dalam 15 buah rekod Hadis Sahih yang menceritakan perkaitan antara keturunan bangsa
Yahudi Asal & bangsa Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah), tiada 1 pun rekod hadis
yang menyatakan yang sebaliknya tentang nama bandar yang bakal bangsa Yahudi
dikembalikan, melainkan nama bandar itu berulangkali disebut sebagai Batul Muqaddis,
iaitu di Palestin hari ini.

Telah terang & jelas wahyu Al-Quran diturunkan kepada kita umat akhir zaman melalui
Nabi Muhammad, menerangkan bahawasanya tanda2 akhir zaman itu akn berkali
ganda dekat dgn kiamat apabila perkara ini berlaku iaitu, apabila bangsa Yahudi kembali semula ke Baitul Muqaddis untuk kali ke-2 dan paling penghabisan.
Dan perkara ini baru sahaja terjadi 65 tahun yang lepas apabila negara Yahudi pertama
berjaya ditubuhkan secara haram pada tahun 1948 selepas proses membawa masuk saki
baki bangsa Yahudi di seluruh dunia oleh bangsa Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah),
lalu tertubuhlah apa yang anda dengar di radio & TV hari ini sebagai negara ISRAEL.



Selepas berlakunya proses kewujudan negara ISRAEL ini, & selepas meledaknya teknologi internet selepas tahun 1995, bahawasanya, kita umat Islam bersama keluarga tercinta kita yang masih bernyawa hari ini, sedang hidup di tengah2 Tamadun Yakjuj & Makjuj.
Dan mulai tahun 2000 Masihi jugaklah, telah bermulanya era Pemerintahan Tamadun Yakjuj & Makjuj dengan fasa Y2K mereka dan slogan Globalisasi iaitu istilah dunia tanpa sempadan, supaya senang mereka nak menawan dunia dengan kerelaan “hampir” seluruh penduduk dunia menyambut Globalisasi ke pintu rumah masing-masing,
dengan kata lain, penduduk dunia sedang diYakjud-Makjudkan.

Untuk pengetahuan anda semua,
Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) adalah manusia yg bertanggungjawab
membawa pulang seluruh bangsa Yahudi asal di pelusuk dunia untuk kembali ke tanah
Baitul Muqaddis. 1 peristiwa berbahaya yg tak pernah berlaku pun pada zaman Nabi Muhammad, tapi ianya benar2 terjadi pada zaman kita hari ini.
Some of ulama Islam hari ini masih benar2 tidak perasan akan hal ini kerana
mereka masih beranggapan bahawa kononnya Yakjuj & Makjuj itu adalah perkara
ghaib, hanya akan muncul apabila Nabi Isa muncul. Sedih dgn cara mereka yg jrg2 lantang
atau bersungguh2 menyampaikan dgn jelas perkara2 seperti ini,kebanyakkannya lebih senang untuk membiarkannya sahaja/tidak menyentuh aspek ini. Oleh itu dgn kehadiran apa yg sy kongsikan ini, saya harap anda benar2 sedar yg kita sedang berada di tengah2
Tamadun Yakjuj & Makjud. Ini bermaksud, kita & keluarga kita berpotensi untuk memasuki ZON 999 & ZON 72.

Bukti Terbebasnya Yakjuj & Makjuj :
HADIS 1 :
Hadis Sahih Muslim, no. 5128, dari Zainab Binti Jahsyin R.A. :
“Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya,
baginda bersabda:
Laa ila Ha illallah (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah).
Celakalah bagi bangsa Arab (dan penduduk dunia) dari kejahatan yang telah dekat.
Sesungguhnya hari ini,
sebahagian dari dinding Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) terbuka seluas ini.”
Sufian (perawi Hadis) mengisyaratkan angka 10 dengan menggunakan tangannya.
Zainab berkata:
“Wahai Rasulullah,
apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang2 yang soleh?
Baginda bersabda:
“Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.”

HADIS 2:
Hadis Sahih Muslim, no. 5130, dari Abu Hurairah R.A. :
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Hari ini dinding Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) terbuka seluas ini,
Wuhaib (perawi Hadis ini) mengisyaratkan angka 90,
dengan membuat lingkaran jari telunjuk dan ibu jarinya.”

Tahukah anda,
Surah Al-Kahfi adalah asbab turunnya wahyu akibat pertanyaan Yahudi ?
Tahukah anda,
Yahudi tiada langsung bertanya berkenaan dengan Yakjuj & Makjuj ?
Tahukah anda,
mimpi ini hadir hanya selepas beberapa ketika turunnya Surah Al-Kahfi ?
Nak tahu kenapa ia ada saling berkaitan ???
Jawapannya ialah:
“Tembok Besi Keluli setinggi gunung yang dibina sejak zaman Raja Zulkarnain,
telah benar-benar berlubang di zaman Nabi Muhammad,
dan Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) telah bebas pada saat mimpi itu hadir ! ”

Bukti Terbebasnya Yakjuj & Makjuj :
Pertama sekali,
akibat pertanyaan pendeta Yahudi, Allah langsung menurunkan Surah Al-Kahfi,
ada 1 perkara baru yang paling mengejutkan pendeta Yahudi ialah,
mereka diceritakan pula perihal Yakjuj & Makjuj iaitu sesuatu yang baru lagi asing,
padahal soalan mereka hanya berkenaan Raja Silam, Penghuni Gua, & Roh / Langit.
Bukti Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) sudah terlepas ialah bermula dengan
perkara ini, Allah terang-terang mengatakan bangsa ini tidak dapat menebuknya melalui
Surah Al-Kahfi di bawah:
Kitab Al-Quran, Surah Al-Kahfi:
[ayat 97]"Maka mereka (Yakjuj & Makjuj manusia dari timur Eropah itu) tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya (membuat lubang).”
Ayat 97 pada Surah Al-Kahfi, yang menyatakan:
"dan mereka juga tidak dapat menebuknya (membuat lubang). ”
Selang beberapa ketika selepas turunnya Surah Al-Kahfi itu,
Nabi Muhammad didatangi mimpi yang menakutkan dengan rekod hadis sahih ini.
Hadis Sahih Muslim, no. 5130, dari Abu Hurairah R.A. :
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Hari ini dinding Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) terbuka seluas ini,
Wuhaib (perawi Hadis ini) mengisyaratkan angka 90,
dengan membuat lingkaran jari telunjuk dan ibu jarinya.”

Anda kena faham yang kata2 Allah itu benar.
Anda juga kena faham kata2 Nabi Muhammad juga semuanya benar termasuklah
semua mimpinya. Allah mengesahkan sendiri dalam Surah Al-Kahfi ayat 97,
selagi belum tiba masanya Yakjuj & Makjuj dilepaskan,
mereka tidak dapat menebuknya & membuat lubang pada dinding setinggi gunung yg
berupa TEMBOK BESI KELULI itu.
Kemudian datang pula mimpi Nabi Muhammad menyatakan bahawasanya dinding
TEMBOK BESI KELULI untuk menghalang Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah)
telah terbuka seluas ibu jari ditemukan dengan jari telunjuk.
Ini bermakna,
YAKJUJ & MAKJUJ dah terlepas !!
Sejak dr zaman Nabi Muhammad lg, Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) sudah terlepas!!
Kenapa selama ini saya selalu tekankan bahawasanya bangsa Yahudi Eropah adalah
Yakjuj & Makjuj ?
Untuk mengetahui jawapannya, anda kena tahu kenapa Tasik Galilee pada hari ini lebih cetek paras airnya dari rekod hari semalam.
Siapakah yang minum tasik itu sampai semakin hari semakin kering ?

~to be continued in part 5 insyaAllah. Moga bermanfaat~

Wassalam.

4 bubblynotes :):

  1. Assalamualaikum qeela.

    Qeela..awk betul2 membaca.. :)

    Qeela refer source mana? Boleh share?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm dear :) mm yup, Qeela mmg dh lame bace psl bnde2 ni sume, dulu pernah try nk share but takde smbutan a.k.a org tak pndg pun, but now try lg alhamdulillah ade yg nk bukk mate & bace..Qeela boleh bg Lana tp kite pm kt fb la ye? either Lana bg fb Lana sini or leh tros pm fb Qeela :) No worries sharing is caring kan ;)

      Delete
  2. Perkara yg dilihat enteng tetapi sgt penting...

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.