Teori Kiamat - Al-Quran vs Barat


Salam dan selamat sejahtera semua :)
Harini Qeela nak share sesuatu yang Qeela pernah baca.
Sorry, sumbernya di fb tp tak sure yang mana satu sbb dh lama.
Okay takpelah yang penting Qeela nak sampaikan isinya tu kan :)

Baiklah. Seperti yang semua sedia maklum,  belum ada manusia yang dapat 
menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. 
Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita 
sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimanakah
penjelasan Al-Quran.
Untuk kebaikan bersama, baik kita “lihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini 
sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.

Barat mengemukakan 3 teori iaitu:



1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain 
seperti planet Marikh.

2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat 
sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan

3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dicari dari kebanyakkan website2 internet .



Fenomena ini terdapat di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud):

“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Teori Al-Quran.
Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat. 

Surah Al-Qamar (54:1) bermaksud : 

“Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” 

dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) bermaksud : 

(72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. 
(73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. 
(74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan 
Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. 
(75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang memerhati (mengkaji). 
(76) Dan sesungguhnya (negeri) itu masih benar-benar terletak pada jalan yang masih tetap (tidak musnah) dan masih dilalui orang. 
(77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman” .

Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. 
“Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan 
tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. 
Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai ke bumi. 
Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia 
akan dihujani oleh batu-batan.
Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari 
terbit dari barat.

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari 
teori-teori barat. 

Yang pertama
Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. 
Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. 
Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.



Yang keduanya
teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan 
melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan 
tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! 
Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), 
maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang seperti dari 
24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, 
maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah 
kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta 
binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ketiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang 
besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar 
(misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan 
bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari 
naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun 
ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Keempat
Penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. 
Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu 
permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap 
(yang sentiasa membelakangi bumi). 
Kedua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah pola graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Kesimpulannya,

Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran juga lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.

Wallahualam. Moga bermanfaat :)

P/S: Masih ingat lagi pada entry berantai Qeela - "Kita Semakin Hampir" ?
Pada yg ingat2 lupa, ini last part nya - SINI :)
Maaf sbb terbengkalai agak lama, macam2 yang muncul saat nak menyiapkannya.
InsyaAllah Qeela akan mulakan sambungan rantaiannya semula dalam masa terdekat ini 
yea, if god's will mungkin di entry akn dtg. :) Terima kasih pada yang setia menunggu dan bertanya dan sebagainya, responds anda itu amatlah Qeela hargai dan menambahkan lagi semangat untuk teruskan berkongsi ilmu walau apa pun. Terima kasih. :) 



4 bubblynotes :):

  1. teori Al-Quran dan Islam itulah yang terbaik dan sebaiknya... kerana datangnya dari Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, the Greatest and The One indeed :) Al-Quran is our oxygen. :)

      Delete
  2. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dari sekalian makhluk ciptaanNya. Sebagai makhlukNya kita perlulah yakin dengan janji Allah yakni sesuatu yang pasti.

    ReplyDelete
  3. teori yg sebenarnya hnya dari Al-Quran dan ketentuan Allah :) smoga masih tak terlambt lagi untk trus belajar dan mendalami Islam ..

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo

Qeela Aini | Makeup Lover, Food hunter, gadget freak & movie nuts. | Supermom that's into photography & travel as well :)
For work collaboration or reviews, kindly reach me at : 
qeelaaini@gmail.com.
Thank You!

Follow by Email

SushiVids!

Mention for a Follow back :)

They Are The Best!

Google+ Sweetie :)

Total Pageviews

Click Click :)

Choose Your Own Language :)

My Group

My Group
Heart Chat Bubble

My Page Rank

instagram, anyone? :)

Instagram

Live.Life.

Live.Life.