Dec 10, 2013

Kebaikan Ais Yang Akan Buat Anda Melopong


Salam & selamat sejahtera semua :D

Harini Qeela nak share info berkenaan ais yang mampu buat korang melopong.
Hehe. Ada separuh yang mungkin anda dah tahu,
tapi mungkin juga ada lagi yang anda belum tahu.
Ok let's dig in! :D



Benar, ramai orang kata tak elok minum ais,
namun, sedarkah kita, baginda Nabi Muhammad melarang kita mengambil 
makanan etc dalam keadaan yang panas?
Sebenarnya, zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan
oleh mana-mana saintis mahupun manusia. 
Minum ais ni ada kebaikan & keburukannya yang tersendiri.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit
kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak.
Liputan ais di Antartika & Artik adalah pengimbang dasar bumi yang panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas & luaran yang sejuk adalah rahsia
keseimbangan tekanan semulajadi alam, yang mengawal graviti
dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit INSOMNIA
yang sukar tidur agar dapat tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk & berselimut adalah 
kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Mengunyah ais akan menguatkan gigi, selain meningkatkan 
kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Memakan ais krim secara perlahan-lahan & berterusan 
boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam.
Begitu juga ketika demam, kita digalakkan meminum
dan mengambil yang sejuk-sejuk selain mandi air sejuk bagi meredakan 
panas dalam badan dan untuk mengeluarkan haba panas dalam tersebut.
Selain itu, air sejuk juga menguatkan tulang bayi.
Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa, sebagai tenaga
pencegahan berbagai penyakit alahan & jangkitan.

Ais atau air sejuk juga dapat menguatkan / mengembalikan memori
atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan
semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, koma dan kembali sedar.

Air sejuk juga adalah terapi yang popular sebagai penguat tulang yang patah,
dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah
kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum, akan melemahkan & mengecutkan
sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama lumpuh.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang, kerana tulang yang berlebihan dengan
urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makhruh mengambil wuduk pada suhu tinggi kerana ianya
akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami
gangguan jin / dikuasai unsur spiritual jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah,
yang amat lembut lagi harmoni.

Air kelapa muda bersifat sejuk, amat baik untuk kesihatan.
Ia berkesan meneutralkan kesan keracunan, dan keasidan 
yang berlebihan dalam darah. 
Tubuh secara semulajadi bersifat panas, 
dan ia memerlukan pasangan yang besifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas, dan ia menguasai bahagian perut.
Disebabkan itu sebetulnya pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong
kita digalakkan meminum segelas air kosong / air sejuk dahulu
untuk menguatkan perut selain meneutralkan dalam perut sebelum
kita mengambil unsur-unsur yang panas.

Kalau diikutkan, banyak lagi kebaikan / kegunaan ais / air sejuk
ni dari pelbagai cabang contohnya sukan, kecantikan, etc. 
Tapi takpelah ini dululah yang dikongsikan yea. 
Sekian, wallahualam. Moga bermanfaat. :)

** info dari pelbagai sumber termasuk bacaan sendiri & juga kredit to Atuk. :)

8 comments:

  1. nice entry , thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. wahhh bnyk juga kebaikkan ice ni.tq for sharing ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann :) alhamdulillah thanks yea dear sudi baca :D

      Delete
  3. byk sbnrnya ye kebaikan ais...baru tau! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu, hehe :D thanks yea dear, alhamdulillah :D

      Delete

Got something in your mind?
Shout here! :)