Jan 28, 2020

Spa dan Salon Muslimah Buat Warga Rembau, Pedas dan Sekitar

Salam dan Hi semua!

Okay buat peminat Spa dan Salon, semestinya semua sedia maklum
bahawa pilihan Spa dan Salon terutama Spa & Salon Muslimah, agak terhad
atau sukar dicari. Namun, berita baik buat anda kerana kini terdapat pilihan
tersebut untuk anda, dengan pembukaan semula Humairah Beauty Spa & Salon,
iaitu Spa dan Salon Muslimah di Rembau.

Humairah Beauty Spa & Salon menawarkan pelbagai jenis servis
termasuk Urutan, Sauna, Facial, Skrub Badan, dan juga 
Salon untuk rambut, yang mana semuanya khas buat wanita sahaja.
Jangan risau kerana jika anda kesana untuk mendapatkan
servis pilihan anda, hanya wanita sahaja dibenarkan masuk,
jadinya amat sesuai buat Muslimah yang nak memanjakan diri
dengan pelbagai servis yang ada di Humairah Beauty Spa & Salon.

Saya dimaklumkan bahawa itu adalah nama lama mereka yea,
sekarang adalah Humairah Beauty Spa & Salon tau hehe 

Untuk makluman, Humairah Beauty Spa & Salon ini baru lagi dibuka
semula di lokasi baru pada awal tahun ini, iaitu bersebelahan dengan
Kedai Makan Cikgu Mizan dan berdekatan dengan NKA Frozen.
Pada ketika saya kesana baru-baru ini, ianya masih belum ada signboard,
jadinya mungkin agak susah untuk orang luar mencarinya.
So yes anda boleh perhatikan dua landmark berdekatan tersebut yea.
Selain itu, boleh juga alert dengan banner Jeruk Pak Ali, kerana ianya
ada di hadapan kedai / di tepi lorong masuk untuk ke Spa & Salon ini okayy.

Dari hadapan kedai

Pada masa saya ke sana, saya hanya berkesempatan untuk mencuba
salah satu servis urutan mereka, yang mana untuk urutan seluruh badan,
terdapat dua jenis pilihan iaitu Relaxing dan juga Tradisional.
Saya difahamkan bahawa tiada pilihan level pressure (Light / Medium / Deep / Trigger Point)
dan tiada pilihan jenis minyak (contohnya pelbagai Essential Oil), bagi setiap urutan di sana.
Jenis minyak yang digunakan tersebut pula adalah minyak Sunflower yea.
Boleh rujuk contoh gambar kredit google yang saya sertakan untuk lebih jelas, since saya
tak sempat pula nak snap gambar minyak ni semasa di sana huhu.

minyak sunflower yang digunakan untuk semua urutan
gambar kredit : Google

Bagi urutan jenis Relaxing, ianya lebih kepada urutan santai, tidak menggunakan
teknik tekanan yang kuat seperti untuk urutan jenis Tradisional.
Disebabkan ini pertama kali saya ke situ, saya memutuskan untuk cuba urutan
jenis Relaxing dahulu, seperti urutan pengenalan untuk saya, ditambah dengan
harapan agar teknik urutan dan pressure / tekanan yang digunakan bersesuaian
dengan badan saya kan, hehe.

Seperti yang anda semua boleh lihat, dibawah ini saya share gambar-gambar
semasa saya kesana untuk mencuba servis mereka. Tempatnya okay, luas
dan selesa untuk yang menunggu dan mendapatkan servis. Bahagian untuk
bersauna / skrub dan lain-lain juga nampak cantik dan selesa.
Bahagian urutan terdapat dua pilihan iaitu berkatil dan juga bertilam di bawah,
termasuk tirai untuk privasi urutan bagi setiap pelanggan.

Katil untuk sesi urutan

Tilam di bawah untuk sesi urutan 

Ruang menunggu dan untuk rendaman kaki di bahagian urutan 

Tub untuk sesi mandi Yogurt, skrub etc


Tirai privasi di bahagian urutan

Bahagian Salon, sebelum ke bahagian Spa

Ruang menunggu di bahagian Salon

Salah satu kemudahan untuk servis salon



Tukang urut disana buat masa ini hanya seorang, manakala di bahagian
salon rambut pula seorang. Anda boleh walk in, ataupun membuat temujanji dahulu
dengan pihak mereka sebelum mendapatkan servis / rawatan yang diingini yea.
Staff disana okay, tukang urutnya peramah dan urutannya pon okay juga.

Memandangkan saya hanya cuba urutan jenis Relaxing, maaf saya tak dapat
nak share review yang complete bagi servis lain-lain disana untuk anda semua.
Apa yang saya boleh kata, urutan Relaxing itu memang santai urutannya, tetapi
ada juga saya dapat tekanan yang berlainan at some part, contohnya seperti
ketika urutan di kaki. Mungkin tekanan yang digunakan berlainan bergantung
pada keadaan pelanggan pada hemat tukang urut ketika itu. Contohnya, jika
pelanggan didapati badan banyak 'masuk angin', atau jika ada luka pembedahan
dan sebagainya, jadinya tekanan akan mungkin berlainan sedikit dari biasa.

Senarai harga untuk servis Spa

Senarai harga beserta jenis untuk servis urutan

Senarai harga untuk servis skrub

Pada pengamatan saya, sejujurnya masih banyak yang boleh ditambah / diperbaiki
tapi yes saya faham juga since mereka masih lagi baru berpindah / dibuka,
jadinya biasalah kan kalau ada kekurangan. InsyaAllah dari masa ke masa nanti
mungkin ada perbezaan contohnya bab signboard, yang mana owner ada mention
akan dipasang nanti so no worries yea hehe.

Perkara yang lain, seperti pilihan minyak, level pressure urutan etc, mungkin preferences
ataupun kebiasaan saya dalam hal tersebut adalah berlainan, tetapi saya rasa
mungkin mereka lebih arif dengan keperluan dan kehendak penduduk
setempat mahupun sekitar, memandangkan mereka sendiri memang menetap di area sana.
Jadinya saya percaya mereka lebih nampak apa yang bersesuaian untuk penduduk sekitar
dari segi spa dan salon bagaimana yang diperlukan pelanggan mereka, betul bukan?

Apa-apa pun, bagi saya pembukaan Spa dan Salon khas buat wanita di sana seperti
yang diusahakan oleh pihak Humairah Beauty Spa & Salon ini adalah satu inisiatif
yang sangat bagus. Saya cadangkan untuk anda semua terutama yang berada
di sekitar Rembau, Pedas, mahupun Tampin dan lain-lain, agar datang sendiri ke
Humairah Beauty Spa & Salon ini, cuba sendiri servis mereka dan nilaikan sendiri
untuk diri anda yea. Anda boleh tengok juga apa kata daripada antara pelanggan
mereka seperti yang saya sertakan di sini.



Okay untuk maklumat lanjut dan update terkini dari semasa ke semasa berkaitan
dengan Humairah Beauty Spa & Salon ini, anda boleh follow Facebook owner iaitu
Encik Allip Ibrahim, boleh rujuk gambar yang saya sediakan juga untuk lebih jelas.
Buat masa ini belum ada lagi page khas ataupun Instagram page khas tapi jangan
risau sebab owner memang sangat membantu jika anda ada sebarang persoalan
ataupun nak buat temujanji slot servis disana okayy.

FacebookAllip Ibrahim 

Saya harap perkongsian saya kali ini mendatangkan manfaat buat anda semua.
Buat wanita di luar sana, jangan lupa ambil masa at least sebulan sekali, untuk
manjakan diri anda yea, sebab ianya penting tau. Bagi yang belum cuba,
mungkin boleh start dengan cuba manjakan diri di spa, insyaAllah anda akan suka hehe.
Buat Humairah Beauty Spa & Salon, terima kasih atas layanan yang diberikan
dan tahniah atas pembukaan yea, moga semakin maju jaya.


16 comments:

  1. Menarik juga ye hiasan dalaman dia. Lengkap la ruangan untuk muslimah memanjakan diri di sini kan.

    ReplyDelete
  2. Wah semakin popular lah Rembau...dah lah ada lagu “Rembau Most Wanted’ oleh Waris pasni wanita2 nya mukq cantik dan sihat belaka.

    ReplyDelete
  3. First time dengar treatment mandi yogurt. Macam best pulak rasa nak cuba.

    ReplyDelete
  4. Bagus untuk orang sekitar. Tak payah pegi jauh jauh untuk pampering moment.

    ReplyDelete
  5. Bestnya tgk salon n spa mcm ni.. Kita dah lama xmanjakan diri dekat spa... Lemau bdan rasa

    ReplyDelete
  6. bestnya ada spa macam ni, kalau dekat mesti saya dah suruh isteri ke sini.

    ReplyDelete
  7. Kalau kata Spa ni, Sis laa orang paling kerap dan suka ke spa.
    Cuma memang susah nak cari yang muslimah..untung orang Rembau sana ada spa muslimah macam ni..sebab tu Sis beli spa, amik spa moden, sebab dia ada bilik privacy hehehehe

    ReplyDelete
  8. bestlah kat rembau pun dah ada spa dan salon muslimah. tak payah nak risau lagi bab aurat kan

    ReplyDelete
  9. Lepas baca Terus rasa nak pergi berurut, badan lenguh stress mesti kena pergi spa buat relaxing.

    ReplyDelete
  10. Cantik, luas dan nampak selesa spa dia. Lama dah tak manjakan diri di spa

    ReplyDelete
  11. Bila tengok hadapan kedai macam tak sangka pulak dalamnya wow gitu. Betul la org kata jangan nilai dari luaran je. Nampak selesa dan fasiliti pun complete. ni kalau dekat dah pergi dah ni.. hehe

    ReplyDelete
  12. memudahkan untuk wanita-wanita muslim nak manjakan diri. tak semua spa n saloon titik berat untuk keselesaan wanita muslimah. tengok tmpat ni pon selesa.

    ReplyDelete
  13. Setuju. Mmg susah nak cari spa mesra muslimah. Baguslah ada inisiatif mcm ni utk para muslimah lebih selesa dlm spa

    ReplyDelete
  14. kat rembau ya...kalau dekat bole teruis cuba nie...anyway manalah tahu kak mid turun ke Rembau bolelah cuba...

    ReplyDelete
  15. senanglah wanita nak rehatkan diri dan sebagainya. tak payah risau lagi dengan masalah2 lain :)

    ReplyDelete
  16. thanks for sharing this infor...boleh lah BC p spa ni....mejelajah ke rembau pula...tgk harga pn xdelah mahal sgt...berpatutan harganya...

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)