Oct 24, 2020

Yumny : Mee Segera Versi Sihat Pilihan Sekeluarga

Salam & Hi Lovelies! 

Siapa pernah dengar berkenaan mee Yumny ni? To be honest, I pon baru this year mengenali Yumny, started dengan nak try dulu how it goes then terus jatuh cinta dan stick to this brand hehe. FYI, I dah 8 tahun bebas mee segera komersial ever since I cakna dengan apa yang I makan, so bila ada yang perkenalkan mee segera versi sihat - I tertarik untuk nak tahu lebih lanjut. 


Yumny Travel Pack - Mee segera pilihan kami sekeluarga!

Sumber dari Artikel Harian Metro 23 Ogos 2016

Okay apa yang buat I approved dan nak cuba Yumny ni adalah kerana produk ini diinovasikan oleh seorang doktor yang berpengalaman 30 tahun dengan Mardi dan sudah lama menjalankan R&D produk, iaitu Dr. Khatijah, dengan fokus untuk menghasilkan makanan yang bernutrisi tinggi dan juga bagus untuk sistem pencernaan. Ianya dihasilkan dengan 100% All Natural, tanpa bahan pengawet mahupun pewarna tambahan. Lebih menarik lagi, mee yang dihasilkan adalah dengan menggunakan sayur sebenar yang dirawat sebagai bahan utama, selain menggunakan tepung tanpa bahan peluntur, garam bebas iodin tambahan, dan juga telur sebagai ejen untuk menambah kekenyalan mee. 

Manakala bagi perencahnya pula, ia juga hanya menggunakan bahan-bahan asli tanpa sebarang MSG, antaranya adalah garam, cili, gula, tepung jagung, palm olein, campuran rempah, bawang merah / bawang goreng / bawang putih, daun kesum + bunga kantan (untuk perisa asam pedas), lada hitam + sos soya (untuk perisa ayam blackpaper). 

Boleh lihat gambar-gambar di bawah untuk gambaran lebih dekat & info lengkap berkenaan jenis-jenis mee sayur dan ingredients bagi variasi rasa yang digunakan : 


Variasi mee Lobak Merah 


Variasi mee Bayam 


Variasi mee Labu Manis 


Yumny Perasa Asam Laksa

Yumny Perasa Sup Ayam Blackpaper

Bila lihat dari bahan-bahannya, I memang jadi confident untuk makan dan juga bagi anak-anak rasa. Yumny ni memang sesuai dimakan oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak tau, selain ianya sangat sesuai untuk dibawa travel as well disebabkan packaging yang mesra travel, senang boleh tuang sahaja air panas dan makan dari situ. Tempoh luputnya around 6 - 9 bulan yea, almaklumlah produk all natural, jadi memang biasalah tempoh sebegitu kan. 

So far I dah rasa semua variasi bagi perisa Asam Laksa dan Sup Ayam tersebut, yang mana ada 3 jenis mee sayur bagi setiap perisa - mee sayur lobak merah, labu manis, dan bayam. Semuanya memang sedap! Bagi perisa Asam Laksa tu, ia ada pedas sikit yea jadi bagi anak-anak yang tak makan pedas, mungkin mereka akan lebih suka perisa Sup Ayam, kerana Sup Ayam tu tak pedas even ada blackpaper sikit hehe. 

Sebelah Kiri : Yumny Perisa Asam Pedas for me, while Kanan pula 
Yumny Perisa Sup Ayam Blackpaper for my kids. 
Added homemade hotdog & telur yasss sedappp!

Baru-baru ini pihak Yumny ada perkenalkan perisa baru iaitu perisa Kari, yang mana sama juga ada jenis mee sayur seperti pilihan variasi yang sebelumnya di atas. Of course I dah beli haritu untuk cuba, tapi belum buat lagi jadinya mungkin nanti I share apa rasanya di IG story je kan lepas rasa hehe. I confirm mesti sedap juga punyalah hehee! 



Perisa baru, Kari! Tak sabar nak cuba rasa hehee

Cara penyediaannya memang sangat senang, hanya tambah air panas pada mee dan perencah yang ada. Tunggu seketika dalam masa 8 - 10 minit sebelum sedia dimakan. Bagi yang nak sediakan style on the go or travel, ada disediakan garfu sekali dalam setiap peket, so memang convenient since hanya perlukan air panas. Bagi yang menyediakannya di rumah, boleh juga kalau nak tambah bahan-bahan lain seperti telur, ayam, daging, dan lain-lain ikut cita rasa masing-masing kan. As for me, since I memang dah ada ready homemade hotdog di rumah, I just add that or masak bersama telur, fuh memang ummphh dan seriously anak-anak suka sangat hehee! 



Side notes, bagi yang masak untuk anak kecil, boleh juga gunakan separuh sahaja perencah tersebut, dan selebihnya nanti boleh digunakan untuk memasak dengan yang lain. Contoh if nak buat mee goreng or anything, boleh simpan dan guna perencah tu kemudian. FYI, Yumny ada juga menjual pilihan mee kering dan macaroni juga tau yang mana ianya boleh pelbagai guna / buat pelbagai jenis masakan untuk seisi keluarga. 


Mee Kering Yumny

Macaroni Yumny

Bagi kami sekeluarga, kami suka makan jenis mee segera Yumny ni, seperti cara yang dinyatakan sebelumnya tadi. Biasanya untuk anak-anak, satu peket tu mereka berdua boleh kongsi makan bersama, cukup je sepeket tu kongsi sekali makan untuk mereka buat masa ni hehe. Mungkin nanti bila si adik dah makin besar, barulah kena bertukar kepada satu peket untuk seorang pula pada satu masa rasanya haha. 

Bagi yang nak tahu atau nak ikuti perkembangan dari semasa ke semasa pihak Yumny, you guys boleh ikuti mereka melalui link seperti di bawah : 

FacebookYumny HQ 

Websitehttp://www.yumny.my/ 

Manakala bagi yang berminat nak membeli, you guys boleh beli melalui agent / stokis mereka di serata tempat, atau klik sahaja link dibawah ini untuk membeli melalui 2 agent pilihan yang I biasa beli : 

Yumny Agent 1https://shp.ee/44ffe9j 

Yumny Agent 2https://shp.ee/7dmf6q3 

Atau kalau nak mudah, just buka Shopee ni dan search for Yumny mee, insyaAllah banyak pilihan yang you guys akan jumpa. Dua agent yang I senaraikan tadi tu pon dari Shopee, tapi mereka adalah yang I biasa beli dan puas hati dengan servis mereka, selain up to date dengan promosi yang Yumny HQ anjurkan, makanya mereka memang pilihan utama bila I nak buat pembelian produk Yumny ni. 

Berdasarkan pengamatan, biasanya Yumny selalu adakan promosi untuk produk mereka, khususnya bagi Travel Pack / mee segera yang I ceritakan ni, you guys boleh dapatkan Promo Combo pack seperti beli 5 free 1 dengan harga hanya RM25 per combo. Kalau harga biasa untuk 1 peket tu actually RM5 tau per peket. Sekarang ni masih ada promo satu peket untuk RM4.90, ataupun pembelian Combo 3 peket hanya RM11, so memang lagi jimat hehe. Bagi promo terbaru tu you guys boleh klik dan beli di Yumny Agent 1 tersebut yea. 

Gambar-Gambar dibawah ini adalah antara contoh masakan yang boleh disediakan dengan pelbagai mee dan Macaroni dari Yumny okay, sedapnyaaa hehee!





For me, memang berbaloi dan puas hati dengan Yumny ni sebab senang hati dengan ingredients produk dan memang sedap tau rasanya, anak-anak pon enjoy makan sambil kita pon tak risau kalau nak bagi mereka makan mee yang ni. Selama ni kami anak beranak memang dah lama betul tolak untuk makan mee segera, yes me myself dah bertahun-tahun tolak makan mee segera, namun sekarang kami dah jumpa mee segera yang terbaik dan versi sihat untuk kami sekeluarga yayy! That's what inspired me untuk buat sharing ni kepada semua juga hehee. 

Moga my sharing kali ini beneficial kepada semua, lebih-lebih lagi pada yang geng sekapal yang mana masih lagi tercari-cari pengganti mee segera ala-ala mee segera biasa tu kan, sungguh, inilah mee segera sihat yang menepati aspek yang dimahukan itu hehe. Pada yang lain-lain yang berminat, selamat mencuba yea! Feel free untuk share with me jika you guys sudah mencuba or anything juga yeaa. Lastly, thanks a lot sudi singgah baca disini guys, take care & selamat berhujung minggu! 



23 comments:

  1. Sedapnyaa bagus lah ada mee sihat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tuu, sedap & senang hati nak makan dengan anak-anak πŸ₯°

      Delete
  2. baguslah ada mee sihat.. tak pernah jumpa lagi brand ni. boleh la beli dna try nanti. bagus untuk diet ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bagi yg bukan penggemar sayur pun boleh try juga ni hehe, sneaky way to eat sayur jadinyaa gituuu 😁

      Delete
  3. Hehe betul, kalau produk all natural & organik biasanya memang mahal sikit sebab ingredients yg digunakn tu dari bahan-bahan asli premium & yg tak memudaratkan malah memang menyehatkan. Contoh kalau bahannya ada butter, memang guna pure butter, bukan marjerin. Selain itu, kalau produk all natural ni ianya tiada pewarna & perasa tiruan, pengawet, msg, modified things, dan sebagainya, yg mana semua tu merupakan penyumbang masalah kesihatan jangka panjang. Memang banyak bezanya kalau dibandingkan huhu..bagi saya, terpulang pada pilihan masing2, sebab badan kita kita sendiri yg jaga kan heheh..saya pun tidaklah dpt beli semua yg bagus2 sahaja sbb ada juga kekangan duit juga kan, tp beginilah cara saya, just try the best unt prioritize all natural especially unt anak2 saya, sbb kesannya mmg sendiri boleh nampak & rasaπŸ‘ŒπŸ»πŸ˜Š

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Jumpa gak kali ni mee sihat n terjamin bahan buatan. Mee ni kesukaan budak. Nasi tak nak mee yg dicari. Mujur lah sist sharing. Mdm nak beli seriously.Thanks info this.

    ReplyDelete
  5. Wow......best nyer nampak mee segera nie. First time I dengar jenama nie. Boley try juga lah nanti.

    ReplyDelete
  6. Wow. Saya dah lama tak makan mi segera sebab bimbang dgn bahan pengawet dan perisa yg terlalu kuat. These ones definitely look healthier. Might try.

    ReplyDelete
  7. Jenis Mee Sayur ni memang sedap, jiran sini ada jual, tapi bukanlah yang ini, homemade juga.. sedap walau yang tak biasa makan akan lain rasanya, tapi Sis suka, biasa beli bayam dan lobak juga... nanti nak cubalah yang ini pulak...

    ReplyDelete
  8. LH geram pula tengok yang bayam tu. Dengan warna hijaunya, jadi nak makan aje rasa

    ReplyDelete
  9. Wahhh ada brand Yummy Mee pulak.... Perghh yang penting ingredient dia tiptop.. Takde MSG tue yang penting... Okay nak try yang ni juga la.. Skrg i memang makan satu brand ni dari Singapore if tak silap sebab dia memang bebas MSG juga...

    ReplyDelete
  10. First time dengar jenama ni. Macam menarik. 8 tahun ye bebas mi segera. Bagusnya

    ReplyDelete
  11. Omg nampak menarik sangat ni tambahan pula ia produk dan keluaran tempatan. Bahan2 pun semua yg baik2 so memang kena cuba ni

    ReplyDelete
  12. jenama baru ya..first time dengar dan agak menarik. nanti boleh cuba esp skrg ni kita kena sama2 support produk lokal

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ada mi yg dihat utk dimakan Yummy ni pun ada mcm2 perusa nti blhlsh cuba

    ReplyDelete
  14. wow these products look so delicious and good. cant wait to try them soon!

    ReplyDelete
  15. Wah mi bayam pun ada. tak pernah terfikir ada perisa macam tu

    ReplyDelete
  16. wahhh.. best ni.. ni yang TB cari ni.. tanpa pewarna tanpa bahan pengawet.. kena carei ni.. thanks for sharing tau

    -tengkubutang

    ReplyDelete
  17. Alamak nape ena tak pernah dengar ea. Ketinggalan ni. Senanglah ada jual kat shopee. Suka organic food sebab ank jenis tak makan nasi. So agak susah nak cari makanan ntk dia.

    ReplyDelete
  18. Wah ada produk malaysia baru lah. Okay boleh beli ganti sbb za mmg makan mi labu dan mi bayam tapi brand lain.. Nnt cuba la yg. Ni

    ReplyDelete
  19. First time dengar nama brand ni. Menariknya idea dia gunakan sayur jadi mee. Anak-anak saya suka mee. Lepas ni boleh gantikan mee kuning dengan mee ni. hehe. Thanks share.

    ReplyDelete
  20. wah boleh try ni. tak pernah cuba lagi mee segera jenama Yumny ni. nampak menarik n banyak pilihan tu.

    ReplyDelete
  21. daripada gambar2 tu nampak menyelerakan walaupun sisyat belum pernah cuba. lgpun 1st time tahu ada mee segera versi sihat ni :-)

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)