Jun 15, 2021

Hip Cafe N9 Food Review

 Salam & Hi semuaa! 

Indeed kita masih lagi ber mco, korang semua okay tak tu? Jom I share new cafe and food review okay, best sikit kan rasa bila tengok makanan heheee. 

Alright so haritu I rasa malas nak masak actually, yelah kadang-kadang penat / takde mood kan nak bersilat kat dapur gitu gini, dengan macam-macam hal lain lagi, so nice jugak bila sesekali tak perlu masak kan hehee. Mujurlah ada servis delivery / boleh tapau je at this time being kan. Since kitorang sekeluarga ni memang suka food hunting / cafe hunting, so of course excited juga nak try this new cafe - Hip Cafe N9, yang baru lagi dibuka di Persiaran Merak, Taman Paroi Jaya, Seremban. 

Hip Hip Hoorayyy makanan dah sampaiii hehee

Ni la cafe Hip Cafe N9 ni, nice kan theme black & white 

To those yang tak perasan cafe tu, lokasi cafe tu dekat area tempat bowling lama tu okayy. Now area situ memang dah mula dibangunkan untuk peniaga-peniaga kecil. Paroi Jaya clan confirm tahu kan area tuu hehe. FYI, owner cafe ni pun adalah anak muda Seremban ni juga tau! Nampak nice cafe tu punya ambience, too bad I belum dapat nak lepak makan sana lagi since mco kan. Yet no worries sebab masih boleh order melalui foodpanda / grab express ataupun pergi ke cafe untuk tapau makan di rumah okayy. 

As for the day, I try 4 meals including 1 set tambahan yang dikategorikan as Hip Special, dan juga 3 jenis air dari Hip Cafe N9 ni. I tengok menu kat sana semuanya menarik dan berpatutan juga harganya tau. Meals yang I sekeluarga try tu adalah : 

NASI GORENG KAMBING 


Nasi Goreng Kambing ni adalah salah satu best selling di cafe tu tau guys, yang kitorang ambil ni adalah nasi goreng kampung. Korang boleh pilih nasi goreng cina juga kalau tak minat nasi goreng kampung yeaa. Nasi goreng ni memang sedap secukup rasa, then paling best sebab didatangkan bersama kambing bakar yang oh so sedap, lembut je dagingnya, dibakar elok serious memang kombinasi yang padu lah dengan nasi goreng tu! Portion nasinya banyak dan kambing bakar tu pon besar, serious puas hati dan kekenyangan makan for only RM14.90 jee tau! Totally recommended! 


BUTTER CHICKEN RICE 


Okay yang ni sebenarnya menu baru di cafe tu tau, harganya RM15.90. Ya Allah guysss yang ni pon I totally recommended, sebab rasa butter chicken tu sedap gilaaa - padu, creamy tapi tak memuakkan sebab secukup rasa dengan pedas dia semua, serious licin I makan tersandar kekenyangan tau! Portion memang banyak jugak puas hati sangat makan. Korang tengoklah gambar tu, ayam banyak, siap ada keropok, timun semua, kuah pon sampai boleh banjir, memang best! 


SPAGHETTI AGLIO E OLIO 


Alright spaghetti ni my daughter makan but I ada rasa juga dari dia, sedap gilaaa guyssss! Geram pulak semua sedap-sedap ni haha! Dari deria rasa I, spaghetti ni definitely digaul secukup rasa dengan a hint of lemon, parmesan cheese, ditambah pula dengan rasa manis-manis seafood + veges (ada udang, shells, crunchy fresh capsicum etc) yesss memang sedap puas hati! Rasa happy makan sebab this is indeed a great Aglio Olio. Takde rasa dull or lack of anything langsung, for RM15.90 I think memang worth the price and totally recommended! 


BEEF FRENCH TOAST 


Ahaa meal set yang ni pula, for my youngest one tu yet of course I ada rasa juga haha. Sedap, enjoyable la for those yang nak simple meal, or for brunch or breakfast ke kan. Harganya RM11.90 satu set, didatangkan dengan french toast berinti beef bolognese, along with french fries & eggs. Sos cili + mayonnaise pon ada sekali tau. Portion kenyang juga makan, sebab banyak dan french toast tu gemok-gemok tau guys! I think kalau you guys not in the mood for nasi / mee / pasta bolehlaa try yang ni okayy, insyaAllah kena dengan tekak & happy makan hehee. 


KUEH GEMOK 


Guys, Kueh Gemok ni must try jugak sebab ianya adalah salah satu special menu di Hip Cafe N9 ni tau! Harganya RM4 je untuk satu set yang didatangkan dengan sambal sardin as pencicah. Tak pedas pon sardin tu so kids pon boleh makan, as my kids pon enjoy makan ni sama-sama. It's actually roti puri, memang layan makan hehe. If you guys tak pernah try, rasa dia, macam cekodok besar yang lembut kot if nak I describe kan haha sorry, I think you guys better rasa sendiri yeaa! 

Kueh Gemok ni dibuat mengikut resipi turun temurun keluarga owner. FYI, ianya berbentuk gemuk bulat-bulat besar lepas dimasak tu tau, hence that's why dipanggil 'Kueh Gemok' dalam family then langsung melekat jadi nama menu di cafe juga haha, super cute kan! 

Since I order through delivery yang need around 20 minutes untuk sampai ke rumah I (rumah I agak jauh dari cafe ni actually) so bila sampai Kueh Gemok ni dah kempis, huhuk laju dia diet kan. Yet fret not, dah kempis & even dah sejuk pon tetap lembut tau, memang sedap makan anytime lagi-lagi dicicah dengan sardin tu! Buat as minum petang pon perfect tuu hehee. 



BEVERAGES 


Alright kalau bab minuman pula, I tengok ada beberapa pilihan air termasuk best selling yang boleh dicuba, ada selection panas dan sejuk okayy. As for that time, kitorang try Iced Dalgona, Iced Latte dan Iced Lemonade. Bagi yang tak biasa minum coffee, Iced Dalgona tu slightly manis sikit laa daripada Iced Latte okay, since dalgona kan, yet the coffee taste almost the same. 

For me ok laa, ada rasa hint pahit coffee tuu sikit as per usual, yet it’s not that strong, so I think if you’re not really into strong coffee taste, you’ll like it. To be honest I tak boleh nak comment sangat sebab I think rasa sebenar air tu dah diganggu sikit dengan ice yang dah cair tu kan. Almaklumlah delivery rumah agak jauh, so ice & dalgona whipped nya tu pon dah cair. Tapi still ok laa overall nice minum hehee. As for lemonade pula, yasss tu sedappp memang padu & balance masam manis dia guyss, rasa refreshing sangat minum! 

Ada pelbagai lagi menu lain kat Hip Cafe N9 ni yang you guys boleh cuba, tengok kat gambar menu bawah ni okayy : 






Korang boleh juga follow or check out more info & updates of Hip Cafe N9 ni di instagram mereka ni yeaa : @hipcafe.n9 

Di instagram Hip Cafe N9 tu nanti korang boleh tekan link di bio mereka, yang mana di situ korang boleh pilih untuk contact pihak Hip Cafe N9, dan juga untuk tengok menu mereka, okay guys. To those yang tiada Instagram, it's okayy korang boleh contact / whatsapp Hip Cafe N9 via this number : 019-328 9397 in case nak tanya anything or to order yeaa.

While ini pula waktu operasi Hip Cafe N9 buat masa sekarang ni okay : 


Since mereka baru lagi memulakan perniagaan dan bertapak di sana, so I think biasalah kan start slow-slow, senang bila dah follow cafe makanan sedap macam ni sebab nanti bila-bila ada update menu terbaru ke, takdelah kita ketinggalan & bolehlah try makan nanti kan hehee. I ada tengok review dari pelanggan lain yang dah try makanan di sana, semuanya bagi feedback yang bagus-bagus. Ni ada beberapa review untuk korang tengok okay :




In addition, from my POV, packaging untuk takeaway / delivery dari Hip Cafe N9 ni memang tip top, secure dan I try makan dalam takeaway packaging tu je pon okay steady je, takde bocor or anything pon, even I tuang kuah (as you can see from video review I di tiktok - click SINI) dan makan dalam tu pon steady je hehe. So I think totally convenient dan bagus packaging mereka ni untuk delivery dan takeaway. As in will I repeat or not, I'd say YES, I nak repeat next time, sebab for me first try ni memang sedapppp, harga pon okay, puas hati servis semuaa dan I nak try menu2 lain pulak especially yang baru Banana Nutella Crepe tuu hehee.

Packaging Hip Cafe N9, kuah asing yeaa hehe

Haa kita bukak pulak & ni I dah tuang kuah butter chicken tu

Close up sikit baru best tengok kan heheh


UPDATE : Hip Cafe N9 bermurah hati untuk bagi 10% diskaun to all of you, just guna / mention code : qeela10 to get 10% off okayy! 😍

Indeed dalam masa sekarang ni, kita semua terkesan, dan apa lagi para peniaga. Bagi I, even tak boleh nak cafe hunting macam dulu, kita masih boleh cuba makan ala-ala cafe hunting but from home, macam ni pun antara salah satu cara kita boleh membantu sesama kita. Win-win jugaklah kan since kita kenyang dan happy dengan servis dan makanan yang disediakan para peniaga, dalam masa sama, sedikit sebanyak membantu mereka termasuklah membantu bro dan sis rider yang dah tolong deliverkan untuk kita di rumah. Mudah-mudahan, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kita semua dalam pelbagai cara insyaAllah aamiinn. 

I hope sharing dan review I kali ini membantu korang semua juga lagi-lagi dalam memilih nak order makan mana yang sedap kan hehee. Semoga maju jaya buat Hip Cafe N9, keep up the great foodie taste and great service okayy hehee! Korang yang nak try or dah try tu nanti, feel free to share what you guys think kat comment below jugak yeaa. Till then, thanks a lot for stopping by and take care guys, stay safe anywhere you are okayy. 

❤️ 

24 comments:

  1. wow nasi goreng kambing dia nampak menyelerakan sangat. besar betul daging dia letak tu. memang kenyang dan puas hati laa kalau macam ni dishes dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yesss betul tuu, memang sedappp dan sangat puas hati makan

      Delete
  2. nasib lah jauh kedainya kat seremban kalau tak dah serbu, terliur tengok nasi goreng kambing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe aiyo sian pulak mcm tuu, takpe insyaaalah kalau boleh ke Seremban ni someday nanti, try laa yea hehee

      Delete
  3. menarik. cantik bekas tapaw nyer and kemas!
    rindu seremban!
    lama juga tak makan-makan kat luar di seremban, sejak arwah mak mertua tak sihat. balik sana, makan kat rumah je. 3-4 years back la. arwah baru meninggal mei lepas.
    nanti after pkp abis, rentas negeri dibenarkan, nak singgah seremban la. makan-makan. throwback memories. ziarah kubur arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu so sorry salam takziah yea buat awak sekeluarga..sayu pulak baca huu...Indeed yes memang recommended betul cafe ni, boleh masuk list dulu :)

      Delete
  4. Kambing dia.portion nampak besar.. kalau hantar ank blk mrsm bolehlah singgah dan cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul, puas hati portion dia, pair dengan nasi goreng tu memang kenyang betul, happy makan hehee

      Delete
  5. Menyelerakan sunggu semua menunya.. nasi goreng kambing ituuu wowwww... tapi mata tetap menu peberet Sis aglio olio hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul, menu kat cafe ni memang best2 semuanya dan puas hati try sebab sedap hehee

      Delete
  6. Woww padu2 menu dia. Kelaparan dah tengok banyak makanan. Cafe dia pon nampak menarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu, memang puas hati try menu2 kat situ tauu hehee. Nanti bila dah boleh makan di kedai, bolehla try makan di cafe ni je pulak, nampak nice juga kan ambience dia hehee

      Delete
  7. Aduh portion semua banyak. Memg puas makna. Tapi tu la jaih pulak.. Kopi pun nampak nice je.. Sesekali makan western sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu memang rasa berbaloi sangat beli makanan kat cafe ni, semua sedap2 hehee

      Delete
  8. Alaa jauh la pulak. Murah betul harga nasi goreng kambing tu dgn portion daging sebesar tu. Boleh mkn 2 orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu, kalau ikutkan agak murah kan harga tu, dahlaa sedappp pulak tu memang puas hati betul hehee

      Delete
  9. Wah semua nampak sedap, the Nasi Goreng Kambing omg.. kambing is so big piece and ingredients pun generous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yess so yummy and worth trying! Harga pon berbaloi2 sangat kann hehee

      Delete
  10. wahh menu dia nampak semuanya menarik. nanri boleh cuba ke sini pulak hee. thanks for sharing this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe my pleasure! benda bagus yang perlu diwar-warkan especially bila siap ada diskaun tu kann heheee

      Delete
  11. Peeghh!!! Semua ni my favorite dishes ahh! Especially the first and second dish! Boleh singgah next time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yasss the foodie here are totally delish, worth to try all! Nanti bila boleh datang Seremban feel free to singgah try okayy heheee

      Delete
  12. Wow! The menu all looks so delicious and tempting especially the Spaghetti Aglio E Olio which looks really yummy. Would love to try dining in this restaurant one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess totally recommended to try all the foodie here, all yummy and worth every penny hehee!

      Delete

Got something in your mind?
Shout here! :)