Kita Semakin Hampir - Part 5


Salam semua :)
Maaf kerana mengambil masa yg lama unt menyambung part 5 ni yea.
Terima kasih pada yang setia menunggu :)
Buat yg baru perasan entry berantai ni or dah lupa etc, TEKAN SINI 
untuk membaca part yang sebelumnya yea.
Okay mari kita mulakan sambungannya!


Yakjuj & Makjuj & Tasik Galilee:


Untuk mengenali kenapa TASIK GALILEE semakin kering:
1- ianya ada kaitan dengan tanda-tanda kedatangan 3 Al-Masih
2- ianya ada kaitan dengan siapa sebenarnya yang menggunakan air ini sampai habis

Untuk perkara 1 itu,
Ianya bersangkut paut dengan 1 hadis sahih oleh Tamim Ad-Dhari.
Hadis ini panjang, dan ianya 100% berkaitan dengan kisah
mengenai Al-Masih Dajjal, kerana beliau akan keluar tak lama sahaja lagi 
kerana apabila Tasik Galilee ini benar-benar kering,
bukan saja Al-Masih Isa sahaja yang akan turun,
Al-Masih Dajjal juga akan menampakkan dirinya selepas peristiwa tasik itu kering,
Al-Masih Mahdi juga akan muncul serta merta dalam tindak balasnya menangkis serang
hendap oleh tentera Yahudi.
Baiklah mari lihat hadis tersebut:

Peristiwa Tamim Ad-Dhari

Disebutkan dalam Sahih Muslim:
Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah,
dari Amir bin Syurahbil Asy-Syabi iaitu Kabilah Hamdan,
bahawa dia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais,
dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir bin Syurahbil Asy-Syabi berkata:
"Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Nabi Muhammad yang
tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain baginda.

Fatimah binti Qais berkata:
"Jika engkau mahu, nescaya aku lakukan."

Amir bin Syurahbil Asy-Syabi berkata:
"Tentu, sampaikanlah kepadaku."

Fatimah binti Qais berkata:
"Setelah Nabi Muhammad menyelesaikan solatnya, baginda duduk di mimbar.
Sambil tersenyum, baginda berkata:
"Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya."
Selanjutnya baginda berkata:
"Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?"
Mereka menjawab:
"Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."
Nabi Muhammad berkata:
"Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim Ad-Dari, yang dulunya seorang Nasrani (Christian),
datang untuk berbai'ah masuk Islam. Ia menceritakan kepada aku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Al Masih Dajjal.
Ia menceritakan kepadaku bahawa dia berlayar dengan kapal bersama 30 orang dari
Lakhm & Judzam.
Mereka dibuai ombak selama 1 bulan di lautan.
Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari.
Mereka duduk-duduk berehat di pantai berhampiran kapal mereka.
Lalu mereka naik ke pulau itu.
Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya,
yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan
dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata:
"Celaka kamu, apakah kamu ini?"
Binatang itu menjawab:
"Aku adalah Jassasah (mata-mata)"
Mereka bertanya:
"Mata-mata apa? "
Ia menjawab:
"Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua itu,
kerana (dia) merindukan berita dari kamu.'
Tamim Ad-Dari berkata:
"Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang,
kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan."
Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua.
Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya,
dan diikat dengan rantai yang kuat.
Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat.
Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga 
kedua mata kakinya.

Kami katakan:
'Celaka kamu,
makhluk apakah kamu ini?
Ia menjawab:
'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku,
siapakah kamu ini?'
Mereka menjawab:
'Kami adalah adalah manusia dari Arab.
Kami belayar kapal lalu dipukul gelombang laut besar,
dan ombak mempermainkan kami selama sebulan'.
Maka kami duduk-duduk di pantai dekat kapal lalu memasuki pulau ini.
Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana
bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya:
'Celaka kamu, apakah kamu ini?'
Binatang itu menjawab:
'Aku adalah mata-mata'
Kami bertanya:
'Mata-mata apa?'
Binatang itu menjawab:
'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini,
kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.'
'Maka kami pun segera menjumpaimu.
Kami takut pada binatang itu, dan kami
tidak tenang boleh jadi jangan-jangan dia syaitan betina.
Orang itu berkata:
'Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!'
[Nota:]
Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama,
dan merupakan salah satu kota di Palestin].
[Belajarlah geografi dan kaitkan nama sesuatu daerah di zaman silam,
dengan nama daerah yang sama itu dengan nama pada hari ini]

Kami bertanya:
'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
Orang itu menjawap:
'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?'
Kami menjawap:
'ya'
Orang itu menjawap:
'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah'
Lalu ia berkata lagi:'
Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabariyyah!'
Kami bertanya:
'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
Orang itu bertanya:
'Apakah Tasik Itu Masih Berair?'
[Nota:]
Tasik ini besar.
Airnya makin berkurang.
Jarak Tasik Tabariyyah dengan Baitul-Muqaddis sekitar 100 batu.
Sila baca nota2 sebelumnya,
saksikan sendiri apakah nama lain bagi Tasik Galilee,
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
lihat geografinya,namanya,
lihat tahap kekeringannya,
sudahkah anda bersedia dengan tanda2 kehadiran sempadan besar ???

Kami menjawap:
'Ya, tasik itu masih banyak airnya'
Orang itu pula menjawap:
'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis'
Orang itu pula menjawap:
'Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!'
Kami menjawap:
'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?'
Orang itu pula menjawap:
'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya,
dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?'
[Nota:]
Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah
isyarat dekatnya keluar Dajjal Silaknat

Kami menjawap:
'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air,
dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.'

Orang itu pula menjawap:
'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf,
apa yang dilakukannya?'
Kami menjawap:
'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib'
Orang itu pula menjawap:
'Apakah orang Arab memeranginya?'
Kami menjawap:
'Ya'
Orang itu pula menjawap:
'Bagaimana caranya memperlakukan mereka?'
Kami menjawap:
'Ia telah menunudukkan orang-orang Arab terdekatnya,
sehingga mereka mengikutinya'
Orang itu pula menjawap:
'Apakah demikian?'
Kami menjawap:
'Ya',
Orang itu pula menjawap:
'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya.
[Nota:]
Di sini sudah membuktikan bahawasanya,
sungguhpun Dajjal masih terkurung dalam penjaranya di dalam gua di sebuah 
pulau di lautan rahsia,
namun Al-Masih Dajjal amat mengenali baginda Nabi Muhammad,
dan Dajjal sendiri memesan pada pelayar laut itu (ketika itu Christian),
untuk beriman kepada Nabi Muhammad,
betapa Al-Masih Dajjal memandang mulia kepada baginda Nabi Muhammad,
walaupun dia tahu dirinyalah yang bakal menyesatkan,
Umat Nabi Muhammad,
fikir2kan lah wahai umat serumpunku...

Orang itu pula menjawap:
Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku.
Aku adalah Al-Masih Dajjal.
Aku hampir akan diizinkan keluar,
maka aku akan keluar.
Lalu aku akan berjalan di muka bumi.
Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama 40
malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah).
[Nota:]
Banyakkan membaca dan memahami geografi dan nama tempat,
kerana banyak tempat di dunia ini,
namanya banyak, tetapi tempatnya tetap sama,
fikir2kanlah wahai saudara serumpunku...

Orang itu pula menjawap:
Kedua kota itu diharamkan ke atas diriku menjejaknya.
Setiap kali aku akan memasuki salah 1 kota itu,
aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku.
Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.'

Fatimah binti Qais berkata:
"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar,
Nabi Muhammad berkata:
Ini adalah Taibah(kota Madinah),
Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?"
Orang-orang menjawab:
"Benar"
Nabi Muhammad berkata,
"Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu,
juga mengenai kota Makkah dan Madinah.
Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman,
bukan dari timur,
bukan dari timur,
bukan dari timur,
sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur"
[Nota:]
Di sini baginda Nabi Muhammad menuding ke arah timur,
dan boleh jadi ketika baginda menuding ke arah timur,
hijab baginda terbuka luas untuk mengetahui di manakah koordinat tepat 
kedudukan Dajjal itu,
sedangkan jemaah yang mendengar itu hanya sejadar melihat gerak geri badan Nabi,
sedangkan Nabi sendiri menyaksikannya dalam bentuk pemandangan lain,
selebihnya..........Wallahualam.

Direkodkan Di Dalam:
Lihat Sahih Muslim dengan syarahan Imam an-Nawawi,
Matba'ah Al-Misriyyah,
XVIII,
(halaman 78-73)

*****

Baik, itu berkenaan perkara satu.
Untuk perkara 2 pula,
Sila perhatikan baik-baik hadis di bawah ini, watak-watak Yakjuj & Makjuj akan
berperanan apabila Tasik Galilee sudah pun kering,
dan mereka yang menyaksikan keringnya Tasik Galilee ini adalah,
keturunan kedua Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah),
kerana keturunan pertama Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) sudah bebas
semenjak zaman Nabi Muhammad lagi, mari perhatikan hadis sahih ini :

Hadis Sahih Muslim:
“Dan apabila Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) dilepaskan dari tembok kukuh,
keturunan pertama mereka akan melalui Tasik Galilee (di utara Palestin),
dan meminum air di situ sehinggalah kering (secara berperingkat & beransur-ansur),
dan apabila keturunan kedua Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) melalui Tasik Galilee,
mereka merungut sambil berkata,
‘dahulunya tasik ini mempunyai air yang banyak.’ ”


Untuk mengenali siapa Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah),
Kita kena mencari perkara-perkara berikut:

1. siapa yang mengeringkan Tasik Galilee ?
2. di manakah kedudukan Tasik Galilee?
3. bangsa apa yang menguasai Tasik Galilee?
4. kerana apa Tasik Galilee ini kering ?
5. bilakah jangkaan Tasik Galilee ini bakal kering dengan izin Allah ?

Untuk menjawap kelima-lima soalan di atas, kita kena mencari siapakah bangsa dari
eropah yang beria-ria benar ingin mendapatkan tanah Baitul Muqaddis selepas
kemangkatan baginda Nabi Muhammad ?

Jawapannya:
= Yahudi Eropah (sebelah timur)
= dalam Al-Quran mereka dikenali sebagai Yakjuj & Makjuj
= mereka merupakan calon-calon manusia yang mengeringkan Tasik Galilee
= mereka takkan dikenali dunia sebagai Yakjuj & Makjuj supaya misi mereka berjaya
= misi mereka ialah membawa seluruh bangsa Yahudi kembali ke Baitul Muqaddis
= mereka bangsa yang menepati kisah dalam Surah Al-Kahfi & Surah Al-Anbiyaa’.

**Secara saintifiknya, penurunan paras air di Tasik Galilee adalah disebabkan oleh perkara
berikut:
- pertanian
- ladang ternakan tenusu
- aktiviti perindustrian
- penghijauan gurun
- cuaca panas
- bahang angin
- aktiviti perlancongan
- air minum untuk Arab & Yahudi

Paras air Tasik Galilee dapat dikekalkan pada tahap selamat hanya apabila sungai ini
tetap mengalirkan airnya ke sini iaitu:
- sungai Jordan
- sungai dari Gunung Hermon
- sungai dari pergunungan Naftali
- sungai Hadden
- sungai Banias
- sungai Hatzbani
- sungai bukit Golan

Tasik Galilee pada hari ini telah mencatatkan penurunan yang mendadak dalam sejarah
tamadun manusia yang hidup di sekitar tasik air tawar itu. Dari rekod yang tercatat
akhir-akhir ini menunjukkan yang tasik ini mengering pada kadar paling rendah dalam sejarah kewujudan tasik itu di planet ini.
Fakta ini semakin relevan dan berlangsungan pula dengan kebenaran semua kata-kata
oleh Al-Masih Dajjal bahawasanya sememangnya tasik ini akan kering di saat-saat
ambang pendedahahn diri beliau ke khalayak penduduk dunia, tak lama sahaja lagi.

Daripada banyak rekod bertulis yang dicetak & disimpan,
paras air di Tasik Galilee pada hari esok lazimnya adalah lebih rendah daripada hari ini.
Kalaupun ianya tiba-tiba naik mendadak aras airnya pada masa-masa tertentu,
rekod kenaikan air itu hanyalah disebabkan faktor cuaca yang dituruni hujan.
Lain daripada itu,
trend paras penurunan Tasik Galilee tetap berterusan dan mengikut kajian,
sekiranya semua ketentuan Allah yang membabitkan kata-kata Nabi Muhammad,
dan membabitkan kata-kata Al-Masih Dajjal,
dan mengambil kira faktor saintifik dari segi ekologi angin bahang,
dan mengambil kira musim panas di Tanah Arab,
dan mengambil kira kadar penggunaan industri di negara Israel yang terang-terang
mencedok terus air tawar ini untuk kegunaan harian penduduk Yahudi di sana,
kadar pengeringan Tasik Galilee sehingga menemui dasarnya akan berlaku dalam
tempoh kurang lebih 50 tahun sahaja sejak dari tahun 2000 Masihi.
Dan Keringnya Tasik Galilee berlaku hanya dengan izin Allah.
Dan dengan izin Allah jugaklah sudah 10 tahun telah berlalu dan kita ada berbaki 40
tahun kurang lebih untuk menanti Keringnya Tasik Galilee.
Kehadiran 3 pemimpin akhir zaman yang saya gelarkan 3 Al-Masih semakin hari
semakin dekat dengan anak-anak kita dengan mengambil faktor bahang Tasik Galilee.
Semakin hari semakin keringnya Tasik Galilee.
Cuba anda fikir, Tasik Galilee ini hampir sama sahaja saiznya dengan Pulau Singapore itu
pun mampu kering. Bersedialah,
kerana zaman kehadiran bencana yang kita tak mahu alami itu semakin dekat.

***
Berikut pula untuk merujuk bahawa apa kaitan Yakjuj & Makjuj dengan bangsa Yahudi asal,
Maka adalah penting kita memahami 2 surah ini. Perhatikan baik-baik:

Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa’
[ayat 95] Dan mustahil kepada penduduk (bangsa Yahudi) sebuah negeri 
(di Baitul Muqaddis) yang Kami binasakan,
bahawa mereka tidak akan kembali.
[ayat 96] Sehingga apabila terbuka tembok (besi keluli) yang menyekat Yakjuj & Makjuj,
serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi (dengan menguasai dunia ini).

Al-Quran, Surah Al-Israa’
[ayat 4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu:
"Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) 2 kali,
dan sesungguhnya,
kamu penduduk (bangsa Yahudi) akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Untuk menyelaraskan impian Al-Masih Dajjal yang bakal menjadi raja Yahudi di akhir
zaman, pusatnya mestilah diketahui & semestinyalah ia berada di Baitul Muqaddis.
Untuk mengaitkannya dengan bangsa,
bangsa itu mestilah bangsa Yahudi seperti yang telah diberi amaran dalam Hadis Sahih
& Al-Quran, untuk menjadikan bangsa itu adalah Yakjuj Makjuj, maka kita kena cari 1
bangsa yang pada hari ini dengan tiba-tibanya telah menguasai semua bidang kehidupan
manusia, kerana kekuasaan yang sebegini rupa hanya mampu dimiliki oleh bangsa dari
Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) kerana mereka bangsa yang takkan
dikalahkan oleh mana-mana bangsa lain di dunia.

Hanya bangsa Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) lah yang akan menyebabkan
seluruh penduduk dunia mengikut cara hidup mereka, lalu terjadilah apa yang hari ini
kamu dengar sebagai Globalisasi.
Ya, memang benar, bangsa itulah bangsa Yakjuj & Makjuj, mereka inilah bangsa berkulit
putih yang berpura-pura menjadi Yahudi Asal supaya dengan itu mereka dapat
meyakinkan seluruh umat Yahudi Asal untuk dibawa pulang ke tanah suci yang bernama
Baitul Muqaddis untuk membina negara Yahudi, dan misi mereka telah berjaya sejak 62
tahun lepas pada tahun 1948 Masihi dengan terbentuknya ISRAEL.


Cuba anda selidiki semua tamadun yang turun naik sebelum kelahiran Nabi
Muhammad, tiada 1 pun bangsa dari benua Eropah yang menaruh minat terhadap bumi
Baitul Muqaddis, tetapi selepas kemangkatan Nabi Muhammad sejak 1400 tahun yang
lepas, saya dapati ada 1 bangsa dari eropah yang menunjukkan minat untuk memiliki
Baitul Muqaddis, usaha mereka telah merentasi zaman sehinggalah ke zaman kita hari
ini, dan usaha bangsa dari eropah ini benar-benar berhasil pada tahun 1948 Masihi
dengan tertubuhnya negara ISRAEL, dan bangsa yang saya maksudkan ialah, bangsa
timur Eropah yang dipanggil sebagai Yakjuj & Makjuj. Oleh kerana itulah, perang salib
telah dilancarkan atas nama agama Kristian supaya tanah Baitul Muqaddis dapat
dirampas dari keamanan orang Islam, usaha mereka selama beratus-ratus tahun sehingga
melebihi 1 ribu tahun akhirnya berjaya dengan pembawakan masuk bangsa Yahudi ke
tanah Palestin pada hari ini.

Usaha Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) selama beratus-ratus tahun sehingga
melebihi 1 ribu tahun akhirnya berjaya dengan pembawakan masuk bangsa Yahudi Asal
ke tanah Palestin pada hari ini kerana wilayah Baitul Muqaddis yang dipegang oleh
Empayar Islam Uthmaniyah dilepaskan selepas sistem Khalifahnya ditamatkan.
Tolong faham sejarah ini kerana ini penting kerana ia ada kaitan dengan kebijaksanaan
Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) dalam usaha menawan dunia bermula dari
meruntuhkan Empayar Islam dahulu.
Di dalam dunia moden hari ini, hampir tiada 1 manusia pun yang perasan bahawa yang
menyebabkan bangsa Yahudi masuk ke Tanah Palestin adalah angkara dari bangsa
Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah), 1 bangsa kulit putih yang mengistiharkan diri
mereka juga sebagai Yahudi, dan saya namakan mereka Yahudi Eropah.

Tahukah anda, Yahudi Asal mempunyai 12 rumpun sahaja, dan hampir semua rumpun
Yahudi ini kulitnya merah putih berbintik-bintik, dan ciri-ciri ini tidak terdapat pada
bangsa Eropah yang mengistiharkan diri mereka juga Yahudi, siapa lagi kalau bukan
Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah).

Mereka ini adalah Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) yang ingin menguasai
dunia, untuk menguasai dunia, Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) perlulah
menjadi sebahagian dari Yahudi Asal kerana mereka tahu hanya Yahudi Asal sahaja yang
akan boleh memerintah dunia dari pusat pemerintahan dunia iaitu di Baitul Muqaddis.
Kerana itulah, misi bangsa Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) ialah membawa
masuk seluruh keturunan Yahudi tulin yang ada di bumi ini, untuk dibawa masuk ke
Baitul Muqaddis, dengan jumlah yang banyak & mencukupi, mereka akan
mengistiharkan sebuah negara Yahudi yang baru, maka misi mereka telah pun berjaya
dengan tertubuhnya negara ISRAEL yang pada hari ini semakin besar saiz petanya.
Dengan tertubuhnya negara ini, Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) menubuhkan
pula fahaman Zionis, 1 bentuk order untuk menjadikan ISRAEL sebagai pemerintah
dunia, dengan mengembalikan Yahudi Asal pulang ke tanah Palestin, dan mengawal pula
penduduk dunia dari sana.

Ini semua sedang terjadi kerana semua jaringan internet di planet bumi ini sedang
berpusat ke TEL AVIV, sistem matawang dunia juga sedang berpusat ke sana, saya
sudah melihat perkara ini, oleh itu selagi sistem duit kertas ini wujud, belilah emas
sebanyak mungkin kerana tiada apa yang bernilai boleh dijual beli apabila sistem duit
kertas akan diistiharkan tak lama lagi sebagai tidak bernilai untuk didagangkan.
Bersedialah kerana hampir semua bank pusat pada setiap negara sedang berkiblatkan ke
ISRAEL, anda kena tahu perkara ini.

Kalau anda perasan, hanya Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) sahajalah yang
benar-benar ingin menjayakan misi Zionis mereka, sedangkan banyak lagi saki baki
Yahudi tulin di sekitar negara-negara Arab membangkang keras kepulangan Yahudi ke
Baitul Muqaddis kerana mereka beriman pada kitab Taurat yang mengarahkan mereka
tidak memasuki tanah haram itu.
Anda sendiri boleh melihatnya di internet melalui laman web YOUTUBE iaitu dengan
tajuk videonya --- > Jews protest against Israel and Zionism.
Mereka bertindak membangkang agenda Zionis kerana mereka percaya memerintah
dunia dari Baitul Muqaddis hanya boleh dilakukan apabila Nabi Isa turun ke bumi.


Yang paling menghairankan, Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah) ini beria-ria
untuk mengembalikan kegemilangan Yahudi Asal tanpa menunggu kepulangan Nabi Isa
padahal mereka bukanlah pun Yahudi tulin.
Di sinilah tembelang mereka pecah kerana Yahudi Asal sekitar negara-negara Arab juga
pun membenci agenda Zionis kerana ia bertentangan dengan kepercayaan mereka,
kerana sememangnya Yahudi Asal adalah dilarang sama sekali memasuki tanah suci
Baitul Muqaddis, apatah lagi membunuh manusia dan menjahanamkan pula rumahrumah
penduduk Palestin yang sedia ada di situ.

Dengan ini sekali lagi, bangsa Eropah iaitu yang anda kenali sebagai (Yakjuj & Makjuj)
yang bertopengkan Yahudi Asal ini, sebenar-benarnya adalah bangsa perosak,
yang pernah dihalangi oleh Raja Zulkarnain dengan pembinaan dinding berbentuk
TEMBOK BESI KELULI setinggi gunung, hari ini mereka benar-benar hidup di
tengah-tengah kita, kebanyakan budaya & pakaian mereka, ada pada setiap Negara di
seluruh dunia ini.

Pergerakan Zionis hari ini adalah pergerakan Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Eropah)
iaitu bangsa manusia dari timur eropah yang bertopengkan gelaran Yahudi Asal supaya
dapat meyakinkan semua Yahudi Asal bahawa perancangan mereka selama ini adalah
untuk penubuhan negara Yahudi yang ditunggu-tunggu, yang menghairankan, hampir
semua Yahudi percaya, hanya sedikit sahaja yang membangkangnya.

Saya akan menyambung lagi di part yang seterusnya.
More berkenaan Kaedah Yakjuj & Makjuj menguasai penduduk dunia etc.

Moga bermanfaat & wassalam.

16 bubblynotes :):

  1. perkongsian yang menarik dan salam jumaat....

    ReplyDelete
  2. dunia dah tua sangat.... dah tak lama dah... jom bc artikel sy berkenaan paksi bumi yg semakin merosot....

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar....bnyaknya bnda baru abak baru tahu...

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.