Okay buat peminat Spa dan Salon, semestinya semua sedia maklum
bahawa pilihan Spa dan Salon terutama Spa & Salon Muslimah, agak terhad
atau sukar dicari. Namun, berita baik buat anda kerana kini terdapat pilihan
tersebut untuk anda, dengan pembukaan semula Humairah Beauty Spa & Salon,
iaitu Spa dan Salon Muslimah di Rembau.
Humairah Beauty Spa & Salon menawarkan pelbagai jenis servis
termasuk Urutan, Sauna, Facial, Skrub Badan, dan juga
Salon untuk rambut, yang mana semuanya khas buat wanita sahaja.
Jangan risau kerana jika anda kesana untuk mendapatkan
servis pilihan anda, hanya wanita sahaja dibenarkan masuk,
jadinya amat sesuai buat Muslimah yang nak memanjakan diri
dengan pelbagai servis yang ada di Humairah Beauty Spa & Salon.
Saya dimaklumkan bahawa itu adalah nama lama mereka yea,
sekarang adalah Humairah Beauty Spa & Salon tau hehe
semula di lokasi baru pada awal tahun ini, iaitu bersebelahan dengan
Kedai Makan Cikgu Mizan dan berdekatan dengan NKA Frozen.
Pada ketika saya kesana baru-baru ini, ianya masih belum ada signboard,
jadinya mungkin agak susah untuk orang luar mencarinya.
So yes anda boleh perhatikan dua landmark berdekatan tersebut yea.
Selain itu, boleh juga alert dengan banner Jeruk Pak Ali, kerana ianya
ada di hadapan kedai / di tepi lorong masuk untuk ke Spa & Salon ini okayy.
Dari hadapan kedai
salah satu servis urutan mereka, yang mana untuk urutan seluruh badan,
terdapat dua jenis pilihan iaitu Relaxing dan juga Tradisional.
Saya difahamkan bahawa tiada pilihan level pressure (Light / Medium / Deep / Trigger Point)
dan tiada pilihan jenis minyak (contohnya pelbagai Essential Oil), bagi setiap urutan di sana.
Jenis minyak yang digunakan tersebut pula adalah minyak Sunflower yea.
Boleh rujuk contoh gambar kredit google yang saya sertakan untuk lebih jelas, since saya
tak sempat pula nak snap gambar minyak ni semasa di sana huhu.
minyak sunflower yang digunakan untuk semua urutan
gambar kredit : Google
teknik tekanan yang kuat seperti untuk urutan jenis Tradisional.
Disebabkan ini pertama kali saya ke situ, saya memutuskan untuk cuba urutan
jenis Relaxing dahulu, seperti urutan pengenalan untuk saya, ditambah dengan
harapan agar teknik urutan dan pressure / tekanan yang digunakan bersesuaian
dengan badan saya kan, hehe.
Seperti yang anda semua boleh lihat, dibawah ini saya share gambar-gambar
semasa saya kesana untuk mencuba servis mereka. Tempatnya okay, luas
dan selesa untuk yang menunggu dan mendapatkan servis. Bahagian untuk
bersauna / skrub dan lain-lain juga nampak cantik dan selesa.
Bahagian urutan terdapat dua pilihan iaitu berkatil dan juga bertilam di bawah,
termasuk tirai untuk privasi urutan bagi setiap pelanggan.
Katil untuk sesi urutan
Tilam di bawah untuk sesi urutan
Ruang menunggu dan untuk rendaman kaki di bahagian urutan
Tub untuk sesi mandi Yogurt, skrub etc
Tirai privasi di bahagian urutan
Bahagian Salon, sebelum ke bahagian Spa
Ruang menunggu di bahagian Salon
Salah satu kemudahan untuk servis salon
salon rambut pula seorang. Anda boleh walk in, ataupun membuat temujanji dahulu
dengan pihak mereka sebelum mendapatkan servis / rawatan yang diingini yea.
Staff disana okay, tukang urutnya peramah dan urutannya pon okay juga.
Memandangkan saya hanya cuba urutan jenis Relaxing, maaf saya tak dapat
nak share review yang complete bagi servis lain-lain disana untuk anda semua.
Apa yang saya boleh kata, urutan Relaxing itu memang santai urutannya, tetapi
ada juga saya dapat tekanan yang berlainan at some part, contohnya seperti
ketika urutan di kaki. Mungkin tekanan yang digunakan berlainan bergantung
pada keadaan pelanggan pada hemat tukang urut ketika itu. Contohnya, jika
pelanggan didapati badan banyak 'masuk angin', atau jika ada luka pembedahan
dan sebagainya, jadinya tekanan akan mungkin berlainan sedikit dari biasa.
Senarai harga untuk servis Spa
Senarai harga beserta jenis untuk servis urutan
Senarai harga untuk servis skrub
tapi yes saya faham juga since mereka masih lagi baru berpindah / dibuka,
jadinya biasalah kan kalau ada kekurangan. InsyaAllah dari masa ke masa nanti
mungkin ada perbezaan contohnya bab signboard, yang mana owner ada mention
akan dipasang nanti so no worries yea hehe.
Perkara yang lain, seperti pilihan minyak, level pressure urutan etc, mungkin preferences
ataupun kebiasaan saya dalam hal tersebut adalah berlainan, tetapi saya rasa
mungkin mereka lebih arif dengan keperluan dan kehendak penduduk
setempat mahupun sekitar, memandangkan mereka sendiri memang menetap di area sana.
Jadinya saya percaya mereka lebih nampak apa yang bersesuaian untuk penduduk sekitar
dari segi spa dan salon bagaimana yang diperlukan pelanggan mereka, betul bukan?
Apa-apa pun, bagi saya pembukaan Spa dan Salon khas buat wanita di sana seperti
yang diusahakan oleh pihak Humairah Beauty Spa & Salon ini adalah satu inisiatif
yang sangat bagus. Saya cadangkan untuk anda semua terutama yang berada
di sekitar Rembau, Pedas, mahupun Tampin dan lain-lain, agar datang sendiri ke
Humairah Beauty Spa & Salon ini, cuba sendiri servis mereka dan nilaikan sendiri
untuk diri anda yea. Anda boleh tengok juga apa kata daripada antara pelanggan
mereka seperti yang saya sertakan di sini.
dengan Humairah Beauty Spa & Salon ini, anda boleh follow Facebook owner iaitu
Encik Allip Ibrahim, boleh rujuk gambar yang saya sediakan juga untuk lebih jelas.
Buat masa ini belum ada lagi page khas ataupun Instagram page khas tapi jangan
risau sebab owner memang sangat membantu jika anda ada sebarang persoalan
ataupun nak buat temujanji slot servis disana okayy.
Facebook : Allip Ibrahim
Buat wanita di luar sana, jangan lupa ambil masa at least sebulan sekali, untuk
manjakan diri anda yea, sebab ianya penting tau. Bagi yang belum cuba,
mungkin boleh start dengan cuba manjakan diri di spa, insyaAllah anda akan suka hehe.
Buat Humairah Beauty Spa & Salon, terima kasih atas layanan yang diberikan
dan tahniah atas pembukaan yea, moga semakin maju jaya.