Salam & Hi Lovelies!
Siapa pernah dengar berkenaan mee Yumny ni? To be honest, I pon baru this year mengenali Yumny, started dengan nak try dulu how it goes then terus jatuh cinta dan stick to this brand hehe. FYI, I dah 8 tahun bebas mee segera komersial ever since I cakna dengan apa yang I makan, so bila ada yang perkenalkan mee segera versi sihat - I tertarik untuk nak tahu lebih lanjut.
Okay apa yang buat I approved dan nak cuba Yumny ni adalah kerana produk ini diinovasikan oleh seorang doktor yang berpengalaman 30 tahun dengan Mardi dan sudah lama menjalankan R&D produk, iaitu Dr. Khatijah, dengan fokus untuk menghasilkan makanan yang bernutrisi tinggi dan juga bagus untuk sistem pencernaan. Ianya dihasilkan dengan 100% All Natural, tanpa bahan pengawet mahupun pewarna tambahan. Lebih menarik lagi, mee yang dihasilkan adalah dengan menggunakan sayur sebenar yang dirawat sebagai bahan utama, selain menggunakan tepung tanpa bahan peluntur, garam bebas iodin tambahan, dan juga telur sebagai ejen untuk menambah kekenyalan mee.
Manakala bagi perencahnya pula, ia juga hanya menggunakan bahan-bahan asli tanpa sebarang MSG, antaranya adalah garam, cili, gula, tepung jagung, palm olein, campuran rempah, bawang merah / bawang goreng / bawang putih, daun kesum + bunga kantan (untuk perisa asam pedas), lada hitam + sos soya (untuk perisa ayam blackpaper).
Boleh lihat gambar-gambar di bawah untuk gambaran lebih dekat & info lengkap berkenaan jenis-jenis mee sayur dan ingredients bagi variasi rasa yang digunakan :
Bila lihat dari bahan-bahannya, I memang jadi confident untuk makan dan juga bagi anak-anak rasa. Yumny ni memang sesuai dimakan oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak tau, selain ianya sangat sesuai untuk dibawa travel as well disebabkan packaging yang mesra travel, senang boleh tuang sahaja air panas dan makan dari situ. Tempoh luputnya around 6 - 9 bulan yea, almaklumlah produk all natural, jadi memang biasalah tempoh sebegitu kan.
So far I dah rasa semua variasi bagi perisa Asam Laksa dan Sup Ayam tersebut, yang mana ada 3 jenis mee sayur bagi setiap perisa - mee sayur lobak merah, labu manis, dan bayam. Semuanya memang sedap! Bagi perisa Asam Laksa tu, ia ada pedas sikit yea jadi bagi anak-anak yang tak makan pedas, mungkin mereka akan lebih suka perisa Sup Ayam, kerana Sup Ayam tu tak pedas even ada blackpaper sikit hehe.
Baru-baru ini pihak Yumny ada perkenalkan perisa baru iaitu perisa Kari, yang mana sama juga ada jenis mee sayur seperti pilihan variasi yang sebelumnya di atas. Of course I dah beli haritu untuk cuba, tapi belum buat lagi jadinya mungkin nanti I share apa rasanya di IG story je kan lepas rasa hehe. I confirm mesti sedap juga punyalah hehee!
Cara penyediaannya memang sangat senang, hanya tambah air panas pada mee dan perencah yang ada. Tunggu seketika dalam masa 8 - 10 minit sebelum sedia dimakan. Bagi yang nak sediakan style on the go or travel, ada disediakan garfu sekali dalam setiap peket, so memang convenient since hanya perlukan air panas. Bagi yang menyediakannya di rumah, boleh juga kalau nak tambah bahan-bahan lain seperti telur, ayam, daging, dan lain-lain ikut cita rasa masing-masing kan. As for me, since I memang dah ada ready homemade hotdog di rumah, I just add that or masak bersama telur, fuh memang ummphh dan seriously anak-anak suka sangat hehee!
Side notes, bagi yang masak untuk anak kecil, boleh juga gunakan separuh sahaja perencah tersebut, dan selebihnya nanti boleh digunakan untuk memasak dengan yang lain. Contoh if nak buat mee goreng or anything, boleh simpan dan guna perencah tu kemudian. FYI, Yumny ada juga menjual pilihan mee kering dan macaroni juga tau yang mana ianya boleh pelbagai guna / buat pelbagai jenis masakan untuk seisi keluarga.
Bagi kami sekeluarga, kami suka makan jenis mee segera Yumny ni, seperti cara yang dinyatakan sebelumnya tadi. Biasanya untuk anak-anak, satu peket tu mereka berdua boleh kongsi makan bersama, cukup je sepeket tu kongsi sekali makan untuk mereka buat masa ni hehe. Mungkin nanti bila si adik dah makin besar, barulah kena bertukar kepada satu peket untuk seorang pula pada satu masa rasanya haha.
Bagi yang nak tahu atau nak ikuti perkembangan dari semasa ke semasa pihak Yumny, you guys boleh ikuti mereka melalui link seperti di bawah :
Facebook : Yumny HQ
Website : http://www.yumny.my/
Manakala bagi yang berminat nak membeli, you guys boleh beli melalui agent / stokis mereka di serata tempat, atau klik sahaja link dibawah ini untuk membeli melalui 2 agent pilihan yang I biasa beli :
Yumny Agent 1 : https://shp.ee/44ffe9j
Yumny Agent 2 : https://shp.ee/7dmf6q3
Atau kalau nak mudah, just buka Shopee ni dan search for Yumny mee, insyaAllah banyak pilihan yang you guys akan jumpa. Dua agent yang I senaraikan tadi tu pon dari Shopee, tapi mereka adalah yang I biasa beli dan puas hati dengan servis mereka, selain up to date dengan promosi yang Yumny HQ anjurkan, makanya mereka memang pilihan utama bila I nak buat pembelian produk Yumny ni.
Berdasarkan pengamatan, biasanya Yumny selalu adakan promosi untuk produk mereka, khususnya bagi Travel Pack / mee segera yang I ceritakan ni, you guys boleh dapatkan Promo Combo pack seperti beli 5 free 1 dengan harga hanya RM25 per combo. Kalau harga biasa untuk 1 peket tu actually RM5 tau per peket. Sekarang ni masih ada promo satu peket untuk RM4.90, ataupun pembelian Combo 3 peket hanya RM11, so memang lagi jimat hehe. Bagi promo terbaru tu you guys boleh klik dan beli di Yumny Agent 1 tersebut yea.
Gambar-Gambar dibawah ini adalah antara contoh masakan yang boleh disediakan dengan pelbagai mee dan Macaroni dari Yumny okay, sedapnyaaa hehee!
For me, memang berbaloi dan puas hati dengan Yumny ni sebab senang hati dengan ingredients produk dan memang sedap tau rasanya, anak-anak pon enjoy makan sambil kita pon tak risau kalau nak bagi mereka makan mee yang ni. Selama ni kami anak beranak memang dah lama betul tolak untuk makan mee segera, yes me myself dah bertahun-tahun tolak makan mee segera, namun sekarang kami dah jumpa mee segera yang terbaik dan versi sihat untuk kami sekeluarga yayy! That's what inspired me untuk buat sharing ni kepada semua juga hehee.
Moga my sharing kali ini beneficial kepada semua, lebih-lebih lagi pada yang geng sekapal yang mana masih lagi tercari-cari pengganti mee segera ala-ala mee segera biasa tu kan, sungguh, inilah mee segera sihat yang menepati aspek yang dimahukan itu hehe. Pada yang lain-lain yang berminat, selamat mencuba yea! Feel free untuk share with me jika you guys sudah mencuba or anything juga yeaa. Lastly, thanks a lot sudi singgah baca disini guys, take care & selamat berhujung minggu!


















































