Showing posts with label cafe. Show all posts
Showing posts with label cafe. Show all posts

Figgy's Cafe & Karya di Janda Baik, Pahang Review

Salam & Hi lovelies! 

Happy Saturyayy & happy weekend to all! In case ada yang tengah looking forward nak makan-makan / jalan-jalan luar this weekend or next, jom I suggest you guys pergi ke Janda Baik, Pahang - Figgy's Cafe - including Karya (art gallery) yang around the cafe area juga! 

Alright so last weekend me and my family went there to have our lunch and sightseeing. My dad & stepmom actually already went there before and they said that the cafe truly serves good food, hence, this time they both nak bawa me and my siblings untuk try makan di sana as well hehe, hence there we go.



Dengar macam jauh kan, yet actually, kalau dari Subang area, it took around 45 minutes macam tu je (during this Raya season guys!) untuk sampai ke Janda Baik, Pahang. Perjalanan pun tak rasa jauh actually, and upon arriving tu, leka betul yea tengok the scenery sepanjang jalan naik ke Janda Baik tu, sebab cantik betul dan sangat menenangkan rasa bila tengok. Indeed it was my first time to went up there, happy tau pergi tu hehe. 

Untuk dapatkan direct / full location, korang boleh Waze je 'Figgy's Cafe' okay. Tak susah pun direction dia, serious hehe. Okayyy so now that kitorang dah sampai tu, dari luar nampak comfy dan luas Cafe ni, cantik tersusun, nak ambil gambar around the cafe pun nice sangat, giving such good & instaworthy vibes juga hehe! Strategic as well since bersebelahan dengan surau dan next inside the Cafe ada their own Fig Farm (Figgy Farm) which they do open for visit to all tau. Selain itu, ada Art Gallery juga namely Karya, which open for everyone too. Toilet pun available nearby, so yess no fuss untuk makan dan lepak kat sini to all heheh. 





Feel free to check out my video review ni yeaa : 



@qeelalalala #cafehunting #jjcm #cafereview - Lunch at Figgy’s Cafe (including Fig Farm & Painting Class at Karya Art Gallery 🥰 Full review on my blog 😁 #FiggysCafe #figgyscafejandabaik #weekend #myfoodie #foodlover #foodhunting #artgallery #paintingclass #karyadijandabaik #kidsactivities #family #jandabaik #travel #pahang #cafepahang #CapCut ♬ France Accordion Swing - MIZUSATO Masaki
Okay macam yang korang boleh tengok dalam my video tu, gitulah suasana Cafe tu yea. Buah-buahan fresh dan sedap, juicy dan refreshing rasa as appetizer sambil nak order hehe. Too bad I terlupa pula nak snap gambar menu untuk Set Masakan Melayu tu, truly apologise yea guys! Yet I can share briefly with you guys regarding their menu there okayy. 

Ada banyak pilihan makanan yang you all boleh pilih tau, dari citarasa masakan Melayu, hinggalah ke Western Food, desserts, dan Wagyu pun ada in their menu! Cumanya unfortunately kitorang tak dapat nak try Wagyu since stock tak sampai lagi pulak at the time, hence it's okay lah perhaps next time ada rezeki to try hehe. 

Bagi Masakan Melayu, korang boleh pilih either set ataupun add on lauk pauk. Ada beberapa jenis set yang korang boleh pilih, which are : 

Kari Ikan Jenahak

Asam Pedas Jenahak


Set Kari Ikan Jenahak / Set Asam Pedas Jenahak 

(Set didatangkan dengan : Nasi + Timun + Telur masin + Sambal + Kari Ikan / Asam Pedas Jenahak) - boleh pilih nak part Kepala / Badan / Ekor yea, price range dari belasan ringgit ke RM3+ if I'm not mistaken 🙏

Set Ayam Goreng Berempah / Ikan Goreng + Telur Itik Masak Lemak 

(Set didatangkan dengan : Nasi + Timun + Telur masin + Sambal + Ayam Goreng Berempah / Ikan Goreng + Telur Itik Masak Lemak) RM13 per set

Selain set lauk di atas, korang boleh juga set lauk lain ni tau, dan boleh juga if nak pilih untuk add on lauk je / telur dadar etc okayy.. Antara pilihan lauk pauk lain yang available adalah : 

Ayam Masak Lemak, Daging Masak Halia, Ayam Masak Kicap, dan Daging Masak Halia Bentong (each set untuk lauk pauk lain ni pun berharga belasan ringgit - around RM13 macam tu juga seingat I)

Alright settle bab Masakan Melayu, now pilihan untuk Western / Wagyu / Sharing + drinks pula : 


Actually dekat Cafe tu ada menu card yang lebih updated menunya tau,
contoh ada chicken chop crispy (RM17), chicken grill (RM20), etc

Yezzaa memang banyak pilihan yang I think boleh kena sangat dengen tekak semua orang, be it kids or adults. Kalau tak minat nasi, boleh pilih nak burger ke, lamb chop ke, pasta ke, haa macam kitorang gitulah yang kitorang order hehe, korang boleh tengok our order of the day kat dalam my video tu yea 😁 

Seriously, semua yang kitorang order tu sedap-sedap belaka! Nasi dan lauk pauk tu memang tak rugi cuba, sebab kuahnya sedap pekat padu secukup rasa, ikan / ayam pun fresh, dengan portion yang besar dan banyak, memang kenyang makan semua. Asam Pedasnya tu, bak kata my family, rasa macam lepas ni repeat sini jelah instead of ke Melaka haha. While Kari Ikan pun memang padu, kuah pekat secukup rasa, memang puas hati makan, boleh repeat lagi! 

Western foodie pula, I truly recommended Chicken Grill set (RM20) serious sedap - daging ayam yang di grilled tu sangat lembut, juicy, gravy pun sedap, mashed potato pun ummphh memang tasty & creamy, along with fresh chef salads, portion memang cukup buat penuh perut happily haha! Lamb Chop (RM28) pun didatangkan dengan sides yang sama, sangat puas hati, cumanya daging lamb dia tu kalau dapat lagi lembut, mesti lagi umpphh hehe. Not that dia tak lembut, senang je to cut and eat, yet for me I prefer lamb yang more tender, medium to medium well kinda cook. But I think this one pun suits nicely to most people punya taste generally lah okayy, since dagingnya still okay, tidaklah liat pun heheh. Gravy (black pepper sauce) pun sama sedap, loveee sebab balance rasa black pepper tu, tak overpowering their overall taste, so memang suits perfectly with the meat & side dish. 

Chicken Grill

Lamb Chop

Fig Cake & Caramel Pudding

Watermelon Juice

As for drinks and desserts, I think korang boleh check out my brief review kat dalam my video tu jelah yea, basically for juices memang fresh, terasa buahnya dan manisnya secukup rasa, air lain-lain pun okaylaa macam biasalah kan hehe. Desserts boleh pause tengok dalam video for review yea hehe. Overall, kitorang semua sangat puas hati dengan all food that we ordered and had that day, and would love to repeat makan di sana lagi nanti insyaAllah hehee. 

Haa yang ni bonus - as I mention dalam my video review tu, I included this cafe punya Fig Farm, dan juga Karya Art Gallery tu kan, haa so for me, perfect sangat untuk datang with families + kids sebab selain makan-makan, ada jugalah aktiviti-aktiviti lain yang boleh kita buat bersama-sama dengan our kids / families. Interesting kan lepas makan or sebelum makan boleh visit dan tengok sendiri Fig Farm, definitely will learn something from that visit and love that the figs that they serve in their cafe ni semuanya fresh from their own farm! Feel free to check out their IG : @figgyscafeoffcial for more details / updates okayy.


So yummy & juicy!

Since my kids memang minat arts, so diorang join Painting Class di Karya tu after kenyang makan hehe. They totally had their fun, and so cute sebab boleh bawa balik hasil tangan mereka sendiri, siap boleh jadikan as perhiasan / in gift form tau since they gave the magnetic tape as well, so memang letak kat fridge lah jawablah hehee. Selain join Painting Class, korang boleh juga tengok-tengok arts yang ada di gallery ni, also boleh purchase gifts here or boleh juga join their exhibition if you're interested to okayy, boleh follow their IG : @karyadijandabaik for more updates yeaa. 

Price to join painting class based from jenis size ni tau, 
untuk square craft board tu jenis kecil RM10, 
while jenis Round tu besar sikit RM15 


Such a unique and fun experience to visit and dine in at this Figgy's Cafe, a lovely time with our family as well, thank you for such a great service, food and hospitality to all Figgy's Cafe as well as Karya's staff team. No this is not a sponsored review post or anything, yet more like my terjah review - macam biasa lah kan if you've been following me hehe. 


Well, I hope my honest review here will be beneficial to all, dan moga maju jaya lagi to both Figgy's Cafe & Karya Art Gallery. Thank you for your time spent to read and watch my video here yea guyss, may you all will have a great weekend and ahead. Till next time, take care! 

💝

   



Hip Cafe N9 Food Review

 Salam & Hi semuaa! 

Indeed kita masih lagi ber mco, korang semua okay tak tu? Jom I share new cafe and food review okay, best sikit kan rasa bila tengok makanan heheee. 

Alright so haritu I rasa malas nak masak actually, yelah kadang-kadang penat / takde mood kan nak bersilat kat dapur gitu gini, dengan macam-macam hal lain lagi, so nice jugak bila sesekali tak perlu masak kan hehee. Mujurlah ada servis delivery / boleh tapau je at this time being kan. Since kitorang sekeluarga ni memang suka food hunting / cafe hunting, so of course excited juga nak try this new cafe - Hip Cafe N9, yang baru lagi dibuka di Persiaran Merak, Taman Paroi Jaya, Seremban. 

Hip Hip Hoorayyy makanan dah sampaiii hehee

Ni la cafe Hip Cafe N9 ni, nice kan theme black & white 

To those yang tak perasan cafe tu, lokasi cafe tu dekat area tempat bowling lama tu okayy. Now area situ memang dah mula dibangunkan untuk peniaga-peniaga kecil. Paroi Jaya clan confirm tahu kan area tuu hehe. FYI, owner cafe ni pun adalah anak muda Seremban ni juga tau! Nampak nice cafe tu punya ambience, too bad I belum dapat nak lepak makan sana lagi since mco kan. Yet no worries sebab masih boleh order melalui foodpanda / grab express ataupun pergi ke cafe untuk tapau makan di rumah okayy. 

As for the day, I try 4 meals including 1 set tambahan yang dikategorikan as Hip Special, dan juga 3 jenis air dari Hip Cafe N9 ni. I tengok menu kat sana semuanya menarik dan berpatutan juga harganya tau. Meals yang I sekeluarga try tu adalah : 

NASI GORENG KAMBING 


Nasi Goreng Kambing ni adalah salah satu best selling di cafe tu tau guys, yang kitorang ambil ni adalah nasi goreng kampung. Korang boleh pilih nasi goreng cina juga kalau tak minat nasi goreng kampung yeaa. Nasi goreng ni memang sedap secukup rasa, then paling best sebab didatangkan bersama kambing bakar yang oh so sedap, lembut je dagingnya, dibakar elok serious memang kombinasi yang padu lah dengan nasi goreng tu! Portion nasinya banyak dan kambing bakar tu pon besar, serious puas hati dan kekenyangan makan for only RM14.90 jee tau! Totally recommended! 


BUTTER CHICKEN RICE 


Okay yang ni sebenarnya menu baru di cafe tu tau, harganya RM15.90. Ya Allah guysss yang ni pon I totally recommended, sebab rasa butter chicken tu sedap gilaaa - padu, creamy tapi tak memuakkan sebab secukup rasa dengan pedas dia semua, serious licin I makan tersandar kekenyangan tau! Portion memang banyak jugak puas hati sangat makan. Korang tengoklah gambar tu, ayam banyak, siap ada keropok, timun semua, kuah pon sampai boleh banjir, memang best! 


SPAGHETTI AGLIO E OLIO 


Alright spaghetti ni my daughter makan but I ada rasa juga dari dia, sedap gilaaa guyssss! Geram pulak semua sedap-sedap ni haha! Dari deria rasa I, spaghetti ni definitely digaul secukup rasa dengan a hint of lemon, parmesan cheese, ditambah pula dengan rasa manis-manis seafood + veges (ada udang, shells, crunchy fresh capsicum etc) yesss memang sedap puas hati! Rasa happy makan sebab this is indeed a great Aglio Olio. Takde rasa dull or lack of anything langsung, for RM15.90 I think memang worth the price and totally recommended! 


BEEF FRENCH TOAST 


Ahaa meal set yang ni pula, for my youngest one tu yet of course I ada rasa juga haha. Sedap, enjoyable la for those yang nak simple meal, or for brunch or breakfast ke kan. Harganya RM11.90 satu set, didatangkan dengan french toast berinti beef bolognese, along with french fries & eggs. Sos cili + mayonnaise pon ada sekali tau. Portion kenyang juga makan, sebab banyak dan french toast tu gemok-gemok tau guys! I think kalau you guys not in the mood for nasi / mee / pasta bolehlaa try yang ni okayy, insyaAllah kena dengan tekak & happy makan hehee. 


KUEH GEMOK 


Guys, Kueh Gemok ni must try jugak sebab ianya adalah salah satu special menu di Hip Cafe N9 ni tau! Harganya RM4 je untuk satu set yang didatangkan dengan sambal sardin as pencicah. Tak pedas pon sardin tu so kids pon boleh makan, as my kids pon enjoy makan ni sama-sama. It's actually roti puri, memang layan makan hehe. If you guys tak pernah try, rasa dia, macam cekodok besar yang lembut kot if nak I describe kan haha sorry, I think you guys better rasa sendiri yeaa! 

Kueh Gemok ni dibuat mengikut resipi turun temurun keluarga owner. FYI, ianya berbentuk gemuk bulat-bulat besar lepas dimasak tu tau, hence that's why dipanggil 'Kueh Gemok' dalam family then langsung melekat jadi nama menu di cafe juga haha, super cute kan! 

Since I order through delivery yang need around 20 minutes untuk sampai ke rumah I (rumah I agak jauh dari cafe ni actually) so bila sampai Kueh Gemok ni dah kempis, huhuk laju dia diet kan. Yet fret not, dah kempis & even dah sejuk pon tetap lembut tau, memang sedap makan anytime lagi-lagi dicicah dengan sardin tu! Buat as minum petang pon perfect tuu hehee. 



BEVERAGES 


Alright kalau bab minuman pula, I tengok ada beberapa pilihan air termasuk best selling yang boleh dicuba, ada selection panas dan sejuk okayy. As for that time, kitorang try Iced Dalgona, Iced Latte dan Iced Lemonade. Bagi yang tak biasa minum coffee, Iced Dalgona tu slightly manis sikit laa daripada Iced Latte okay, since dalgona kan, yet the coffee taste almost the same. 

For me ok laa, ada rasa hint pahit coffee tuu sikit as per usual, yet it’s not that strong, so I think if you’re not really into strong coffee taste, you’ll like it. To be honest I tak boleh nak comment sangat sebab I think rasa sebenar air tu dah diganggu sikit dengan ice yang dah cair tu kan. Almaklumlah delivery rumah agak jauh, so ice & dalgona whipped nya tu pon dah cair. Tapi still ok laa overall nice minum hehee. As for lemonade pula, yasss tu sedappp memang padu & balance masam manis dia guyss, rasa refreshing sangat minum! 

Ada pelbagai lagi menu lain kat Hip Cafe N9 ni yang you guys boleh cuba, tengok kat gambar menu bawah ni okayy : 






Korang boleh juga follow or check out more info & updates of Hip Cafe N9 ni di instagram mereka ni yeaa : @hipcafe.n9 

Di instagram Hip Cafe N9 tu nanti korang boleh tekan link di bio mereka, yang mana di situ korang boleh pilih untuk contact pihak Hip Cafe N9, dan juga untuk tengok menu mereka, okay guys. To those yang tiada Instagram, it's okayy korang boleh contact / whatsapp Hip Cafe N9 via this number : 019-328 9397 in case nak tanya anything or to order yeaa.

While ini pula waktu operasi Hip Cafe N9 buat masa sekarang ni okay : 


Since mereka baru lagi memulakan perniagaan dan bertapak di sana, so I think biasalah kan start slow-slow, senang bila dah follow cafe makanan sedap macam ni sebab nanti bila-bila ada update menu terbaru ke, takdelah kita ketinggalan & bolehlah try makan nanti kan hehee. I ada tengok review dari pelanggan lain yang dah try makanan di sana, semuanya bagi feedback yang bagus-bagus. Ni ada beberapa review untuk korang tengok okay :




In addition, from my POV, packaging untuk takeaway / delivery dari Hip Cafe N9 ni memang tip top, secure dan I try makan dalam takeaway packaging tu je pon okay steady je, takde bocor or anything pon, even I tuang kuah (as you can see from video review I di tiktok - click SINI) dan makan dalam tu pon steady je hehe. So I think totally convenient dan bagus packaging mereka ni untuk delivery dan takeaway. As in will I repeat or not, I'd say YES, I nak repeat next time, sebab for me first try ni memang sedapppp, harga pon okay, puas hati servis semuaa dan I nak try menu2 lain pulak especially yang baru Banana Nutella Crepe tuu hehee.

Packaging Hip Cafe N9, kuah asing yeaa hehe

Haa kita bukak pulak & ni I dah tuang kuah butter chicken tu

Close up sikit baru best tengok kan heheh


UPDATE : Hip Cafe N9 bermurah hati untuk bagi 10% diskaun to all of you, just guna / mention code : qeela10 to get 10% off okayy! 😍

Indeed dalam masa sekarang ni, kita semua terkesan, dan apa lagi para peniaga. Bagi I, even tak boleh nak cafe hunting macam dulu, kita masih boleh cuba makan ala-ala cafe hunting but from home, macam ni pun antara salah satu cara kita boleh membantu sesama kita. Win-win jugaklah kan since kita kenyang dan happy dengan servis dan makanan yang disediakan para peniaga, dalam masa sama, sedikit sebanyak membantu mereka termasuklah membantu bro dan sis rider yang dah tolong deliverkan untuk kita di rumah. Mudah-mudahan, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kita semua dalam pelbagai cara insyaAllah aamiinn. 

I hope sharing dan review I kali ini membantu korang semua juga lagi-lagi dalam memilih nak order makan mana yang sedap kan hehee. Semoga maju jaya buat Hip Cafe N9, keep up the great foodie taste and great service okayy hehee! Korang yang nak try or dah try tu nanti, feel free to share what you guys think kat comment below jugak yeaa. Till then, thanks a lot for stopping by and take care guys, stay safe anywhere you are okayy. 

❤️ 

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.