Mar 10, 2014

Siapa Sebenarnya Yang Hilang?


Salam dan selamat sejahtera semua :)

Hampir seluruh dunia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat
MAS - MH 370 pada Sabtu, 8 Mac yang lalu.
Benar, pelbagai perasaan bercampur baur menusuk ke kalbu sepanjang
mengikuti berita kehilangan misteri pesawat ini.

Sometimes I wonder, apalah yang sedang mereka (para penumpang & cabin crew)
lalui sekarang? Bagaimanakah keadaan mereka? Apakah permulaannya?
Then bila terkenangkan keluarga2 serta sahabat handai dan saudara mereka2
yang terlibat, Allahu, sedih, sayu, simpati semuanya datang menerpa.
Indeed, everyone risau. Tertanya2. Cared. Usaha.
Namun disebalik itu, ada juga insan2 yang hmmm, susah nak cakap perangainya.
Ada yang keluarkan kenyataan yang mengecam diri sendiri, ada yang difitnah & memfitnah,
ada yang ambil kesempatan nak tonjolkan diri a.k.a mencapub, macam2 lagilah
ragam mereka ni yang seolah2 tidak berperasaan / kurang sensitivitinya.
Ha satu lagi, mungkin ada dikalangan anda yang pernah ternampak / terbaca
post mengenai kaitan Surah Yaasiin dengan kejadian ini bukan?
Sayang2 sekalian, bukan semudah itu untuk mentafsirkan. Sedangkan kita semua 
tidak tahu pun apa yang sebenarnya terjadi dan bagaimana sebetulnya 
keadaan mereka skrg, jadi janganlah memandai2. Sedangkan ustaz2 pun sudah menegur
perbuatan sedemikian. Kalau diikutkan, ayat2 tersebut berupa peringatan yang
boleh diambil secara general, sesuai dengan ilmu kita yang sangat terbatas ini. Wallahualam.

Okay itu antara intipati. Tapi main pointnya disini ialah diri kita sendiri.
Mereka mungkin hilang, tetapi kita, mungkin lebih hilang didalam kewujudan.
Kita berpijak dibumiNya, tetapi sejauh manakah kita berpegang teguh padaNya?
KekuasaanNya - melebihi segala-galanya.
Yakinkah hati kita, sebenar-benarnya, atau yakin hanya sekadar pada kata?

'Ciptaan manusia takkan dapat menandingi kuasa Yang Maha Esa.'
Jangan hilangkan ayat itu, kepercayaan itu, keyakinan itu,
dari dalam jiwa kita, hati kita, hidup kita, diri kita.
Jangan salahkan mereka yang terlibat itu, tapi check diri kita dahulu.

Ada yang kata,
"Eh, plane tu baru diselenggaralah, tak mungkin ada masalah apa2."
"Selama ni pun tak pernah ada record buruk etc, everything adalah yang terbaik hokayy, so takkanlah etc etc etc."
"Even if ade masalah / emergency etc tu, pilot kan still boleh hantar signal etc kat diorg / menara kawalan."
"Takkanlah ade rompakan / rampasan terancang, sistem security etc diorg tu paling tip top tau."
--- itu semua. dan banyak lagi kata2.
ingat, plane, sistem, security bagai semua tu hanyalah ciptaan manusia, tak perfect 
and never will be, so nothing is impossible sbb bila Dia kata jadi, maka jadilah ia.
Kun Faya Kun.
Jangan terlalu mengagungkan sesuatu selain daripada Allah yang Satu lagi
Maha Berkuasa atas segalanya.
Berharap serta mohonlah dariNya, kerana hanya Dia yang berkuasa.
Setiap yang terjadi ada petunjuknya. Cuma kita perlu buka mata.
Boleh jadi ia peringatan, boleh jadi ia ujian, wallahualam, kita perlu
teruskan berdoa dan berusaha. Teringat pula kisah misteri Bario dulu.
Anda pernah baca / dengar mengenainya tak? keadaan lebih kurang sama,
tapi hanya Dia yang lebih mengetahuinya kan. Boleh baca di SINI :)
Kisah yang bagi saya memang memberi pengajaran.

Moga mereka yang terlibat dalam usaha pencarian kuat semangat untuk
terus berusaha mencari MH 370. Dan mohonlah pertolongan daripada
mereka2 yang dekat denganNya juga, mudah-mudahan tidak makan masa 
yang lama untuk berjaya.
Moga diberi ketabahan yang jitu buat ahli keluarga, saudara mara serta sahabat handai
mereka yang terlibat. 
Dan buat kita semua, teruskan berdoa dan sebagainya.
Hentikan spekulasi yang tidak membina dan perangai yang tah apa2.
Show them some respect, will ya?

Jangan lupa, mana yang lebih berkuasa. Jangan hilangkannya dari dalam diri kita.
Sama2 muhasabah diri dan berdoa.
Moga dipermudahkan segalanya.

#PrayForMH370

Aamiinn.


6 comments:

  1. moga2 deme semua selamatlah hendaknye... sama2 le kita berdoa

    ReplyDelete
  2. Amin...brilliant entri ..prayFor mh370...pray for ourselves,our country&for whole world

    ReplyDelete
  3. ...ada yang berbicara bersama akal tiada panjang,
    Ada yang berbicara dengan lidah setajam pisau,
    Ada yang berbicara sambil menjamah daging saudara,
    Ada yang berbicara bagai ajal tiada intai,

    Dunia kian tua
    Akal masih muda
    Kisah sedih buat bercanda

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)