Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Figgy's Cafe & Karya di Janda Baik, Pahang Review

Salam & Hi lovelies! 

Happy Saturyayy & happy weekend to all! In case ada yang tengah looking forward nak makan-makan / jalan-jalan luar this weekend or next, jom I suggest you guys pergi ke Janda Baik, Pahang - Figgy's Cafe - including Karya (art gallery) yang around the cafe area juga! 

Alright so last weekend me and my family went there to have our lunch and sightseeing. My dad & stepmom actually already went there before and they said that the cafe truly serves good food, hence, this time they both nak bawa me and my siblings untuk try makan di sana as well hehe, hence there we go.



Dengar macam jauh kan, yet actually, kalau dari Subang area, it took around 45 minutes macam tu je (during this Raya season guys!) untuk sampai ke Janda Baik, Pahang. Perjalanan pun tak rasa jauh actually, and upon arriving tu, leka betul yea tengok the scenery sepanjang jalan naik ke Janda Baik tu, sebab cantik betul dan sangat menenangkan rasa bila tengok. Indeed it was my first time to went up there, happy tau pergi tu hehe. 

Untuk dapatkan direct / full location, korang boleh Waze je 'Figgy's Cafe' okay. Tak susah pun direction dia, serious hehe. Okayyy so now that kitorang dah sampai tu, dari luar nampak comfy dan luas Cafe ni, cantik tersusun, nak ambil gambar around the cafe pun nice sangat, giving such good & instaworthy vibes juga hehe! Strategic as well since bersebelahan dengan surau dan next inside the Cafe ada their own Fig Farm (Figgy Farm) which they do open for visit to all tau. Selain itu, ada Art Gallery juga namely Karya, which open for everyone too. Toilet pun available nearby, so yess no fuss untuk makan dan lepak kat sini to all heheh. 





Feel free to check out my video review ni yeaa : 



@qeelalalala #cafehunting #jjcm #cafereview - Lunch at Figgy’s Cafe (including Fig Farm & Painting Class at Karya Art Gallery 🥰 Full review on my blog 😁 #FiggysCafe #figgyscafejandabaik #weekend #myfoodie #foodlover #foodhunting #artgallery #paintingclass #karyadijandabaik #kidsactivities #family #jandabaik #travel #pahang #cafepahang #CapCut ♬ France Accordion Swing - MIZUSATO Masaki
Okay macam yang korang boleh tengok dalam my video tu, gitulah suasana Cafe tu yea. Buah-buahan fresh dan sedap, juicy dan refreshing rasa as appetizer sambil nak order hehe. Too bad I terlupa pula nak snap gambar menu untuk Set Masakan Melayu tu, truly apologise yea guys! Yet I can share briefly with you guys regarding their menu there okayy. 

Ada banyak pilihan makanan yang you all boleh pilih tau, dari citarasa masakan Melayu, hinggalah ke Western Food, desserts, dan Wagyu pun ada in their menu! Cumanya unfortunately kitorang tak dapat nak try Wagyu since stock tak sampai lagi pulak at the time, hence it's okay lah perhaps next time ada rezeki to try hehe. 

Bagi Masakan Melayu, korang boleh pilih either set ataupun add on lauk pauk. Ada beberapa jenis set yang korang boleh pilih, which are : 

Kari Ikan Jenahak

Asam Pedas Jenahak


Set Kari Ikan Jenahak / Set Asam Pedas Jenahak 

(Set didatangkan dengan : Nasi + Timun + Telur masin + Sambal + Kari Ikan / Asam Pedas Jenahak) - boleh pilih nak part Kepala / Badan / Ekor yea, price range dari belasan ringgit ke RM3+ if I'm not mistaken 🙏

Set Ayam Goreng Berempah / Ikan Goreng + Telur Itik Masak Lemak 

(Set didatangkan dengan : Nasi + Timun + Telur masin + Sambal + Ayam Goreng Berempah / Ikan Goreng + Telur Itik Masak Lemak) RM13 per set

Selain set lauk di atas, korang boleh juga set lauk lain ni tau, dan boleh juga if nak pilih untuk add on lauk je / telur dadar etc okayy.. Antara pilihan lauk pauk lain yang available adalah : 

Ayam Masak Lemak, Daging Masak Halia, Ayam Masak Kicap, dan Daging Masak Halia Bentong (each set untuk lauk pauk lain ni pun berharga belasan ringgit - around RM13 macam tu juga seingat I)

Alright settle bab Masakan Melayu, now pilihan untuk Western / Wagyu / Sharing + drinks pula : 


Actually dekat Cafe tu ada menu card yang lebih updated menunya tau,
contoh ada chicken chop crispy (RM17), chicken grill (RM20), etc

Yezzaa memang banyak pilihan yang I think boleh kena sangat dengen tekak semua orang, be it kids or adults. Kalau tak minat nasi, boleh pilih nak burger ke, lamb chop ke, pasta ke, haa macam kitorang gitulah yang kitorang order hehe, korang boleh tengok our order of the day kat dalam my video tu yea 😁 

Seriously, semua yang kitorang order tu sedap-sedap belaka! Nasi dan lauk pauk tu memang tak rugi cuba, sebab kuahnya sedap pekat padu secukup rasa, ikan / ayam pun fresh, dengan portion yang besar dan banyak, memang kenyang makan semua. Asam Pedasnya tu, bak kata my family, rasa macam lepas ni repeat sini jelah instead of ke Melaka haha. While Kari Ikan pun memang padu, kuah pekat secukup rasa, memang puas hati makan, boleh repeat lagi! 

Western foodie pula, I truly recommended Chicken Grill set (RM20) serious sedap - daging ayam yang di grilled tu sangat lembut, juicy, gravy pun sedap, mashed potato pun ummphh memang tasty & creamy, along with fresh chef salads, portion memang cukup buat penuh perut happily haha! Lamb Chop (RM28) pun didatangkan dengan sides yang sama, sangat puas hati, cumanya daging lamb dia tu kalau dapat lagi lembut, mesti lagi umpphh hehe. Not that dia tak lembut, senang je to cut and eat, yet for me I prefer lamb yang more tender, medium to medium well kinda cook. But I think this one pun suits nicely to most people punya taste generally lah okayy, since dagingnya still okay, tidaklah liat pun heheh. Gravy (black pepper sauce) pun sama sedap, loveee sebab balance rasa black pepper tu, tak overpowering their overall taste, so memang suits perfectly with the meat & side dish. 

Chicken Grill

Lamb Chop

Fig Cake & Caramel Pudding

Watermelon Juice

As for drinks and desserts, I think korang boleh check out my brief review kat dalam my video tu jelah yea, basically for juices memang fresh, terasa buahnya dan manisnya secukup rasa, air lain-lain pun okaylaa macam biasalah kan hehe. Desserts boleh pause tengok dalam video for review yea hehe. Overall, kitorang semua sangat puas hati dengan all food that we ordered and had that day, and would love to repeat makan di sana lagi nanti insyaAllah hehee. 

Haa yang ni bonus - as I mention dalam my video review tu, I included this cafe punya Fig Farm, dan juga Karya Art Gallery tu kan, haa so for me, perfect sangat untuk datang with families + kids sebab selain makan-makan, ada jugalah aktiviti-aktiviti lain yang boleh kita buat bersama-sama dengan our kids / families. Interesting kan lepas makan or sebelum makan boleh visit dan tengok sendiri Fig Farm, definitely will learn something from that visit and love that the figs that they serve in their cafe ni semuanya fresh from their own farm! Feel free to check out their IG : @figgyscafeoffcial for more details / updates okayy.


So yummy & juicy!

Since my kids memang minat arts, so diorang join Painting Class di Karya tu after kenyang makan hehe. They totally had their fun, and so cute sebab boleh bawa balik hasil tangan mereka sendiri, siap boleh jadikan as perhiasan / in gift form tau since they gave the magnetic tape as well, so memang letak kat fridge lah jawablah hehee. Selain join Painting Class, korang boleh juga tengok-tengok arts yang ada di gallery ni, also boleh purchase gifts here or boleh juga join their exhibition if you're interested to okayy, boleh follow their IG : @karyadijandabaik for more updates yeaa. 

Price to join painting class based from jenis size ni tau, 
untuk square craft board tu jenis kecil RM10, 
while jenis Round tu besar sikit RM15 


Such a unique and fun experience to visit and dine in at this Figgy's Cafe, a lovely time with our family as well, thank you for such a great service, food and hospitality to all Figgy's Cafe as well as Karya's staff team. No this is not a sponsored review post or anything, yet more like my terjah review - macam biasa lah kan if you've been following me hehe. 


Well, I hope my honest review here will be beneficial to all, dan moga maju jaya lagi to both Figgy's Cafe & Karya Art Gallery. Thank you for your time spent to read and watch my video here yea guyss, may you all will have a great weekend and ahead. Till next time, take care! 

💝

   



Asam Pedas Pari Mudah Sedap & Cepat dengan Pes Asam Pedas Ochee Kitchen

Salam & Hi lovelies! 

Ingat tak before this I ada share my foodie review & try masak Nasi Arab guna Nasi Arab Instant from Ochee Kitchen on my blog posting here - CLICK HERE if you guys terlepas that one yeaa, and then I ada mention that they have other pes masakan juga? Ahaa here it is lovelies,  I dah ada 2 jenis pes masakan lain dari Ochee Kitchen tu tau, which are Pes Kari Ikan dan Pes Asam Pedas Ikan as well as Sambal Sentap dari seller yang sama juga. 




Since dah habis Raya ni, berbaliklah semula daily activities untuk selalu masak sendiri di rumah kan, makanya barulah I dapat nak try masak menggunakan salah satu dari pes masakan tersebut. Sorry tau guys if I macam lambat try yeaa. I baru lagi cuba Pes Asam Pedas Kak Ochee dari Ochee Kitchen tu, fuh mudah betul yeaa nak masak guna pes tu! You guys boleh tengok cara masak dan hasilnya via this video below yang I dah buat in case you've missed it on my Tiktok & Instagram juga yeaa hehe. 

@qeelalalala #AsamPedasPari mudah cepat & sedap dgn #PesAsamPedas #OcheeKitchen ! Full review on my blog 👍🏻😋 #cooking #homecook #foodie #myfoodie #tiktokguru #fyp #tiktokmalaysia #minireview ♬ Hey Lover - The Daughters Of Eve

Haa, senang sangat kan nak masak guna pes ni?! Hasilnya pun memang puas hati tau, sebab kuahnya tu tak cair, secukup rasa tanpa perlu tambah anything else ketika memasak (bagi I yang tak kuat garam ni, ianya agak masin sikit actually tapi boleh adjust dengan lebihkan sikit kuantiti air yang perlu ditambah masa memasak tu okayy), then pedas dia pun memang kick la bagi I. Since I ni jenis tak makan pedas, uish pedas betholl yeaa for me tapi sedapp tau huu, habis licin jugakla sepinggan tu I makan sambil terpaksa bersulam air sejuk manis before end dengan ice cream kitkat nak bagi lidah 
I rilex sikit hahah. 

Cenggini hasilnyaaa

Okay close up skit hehe




I memang suka betul bila dapat yang memudahkan dan menjimatkan masa untuk memasak ni tau, lagi-lagi bila hasilnya tu pun puas hati. Almaklumlah, as a mom & wife, macam-macam benda nak settle on my daily basis especially on weekdays kan - dengan ulang alik anak-anak sekolah lah, nak kena settle baju-baju lagi, mengemas bagai, memasak lagi, belum masuk kerja-kerja I yang lain as creator / blogger kann so haa bila adanya pes-pes masakan macam ni, memang happy dan tak terkejar-kejar lah I nak siapkan makanan di atas meja untuk seisi rumah haa gittuuu hehee. 

Oh ye I dah ada try juga Sambal Sentap tu actually 3-4 kali dah, I guna untuk masak Bihun Goreng, dan juga masak masakan bersambal macam Sambal Udang, Sambal Sotong dan Ikan Goreng Sambal. Eh sedap jugak Sambal Sentap tu tauu, memang best sebab boleh gunakan dalam pelbagai variasi, nak makan dengan nasi as side macam tu je pun boleh, atau gunakan untuk masak bersambal macam yang I buat tu, memang sedap dan padu rasa dia okayy! Lepas ni seriously boleh buat stock yang must have kat rumah lah Sambal Sentap ni sebab memang sangat memudahkan, pelbagai, senang guna, jimat masa dan hasilnya semua jadi sedap pulak tu! 

Ni diaa Sambal Sentap tu okayy

Contoh masakan yang I guna Sambal Sentap tu, padu guysss 

Pes Asam Pedas

Pes Kari Ikan 


Alright guys, kesimpulannya, memang bagus-bagus yea variasi keluaran Ochee Kitchen ni, dari Nasi Arab Instant nya hinggalah ke Pes-pes masakan berlauk dan Sambal juga! Sangat-sangat memudahkan dan menjimatkan masa, Allah berjuta kali ulang cakap dah ni rasanya kan hahaha sorry guys but yessss totally recommended untuk you guys cuba okay! Macam yang I ada share kat Instagram before ni, family blah mentua datang beraya di rumah, I masak hidangan Nasi Arab guna Nasi Arab Instant dari Ochee Kitchen tu la as hidangan untuk merek menjamu selera kan, MasyaAllah tak henti-henti pujian I dapat that time sebab Nasi Arab tu sedap dan menjadi sangat walaupun it's my first time buat Nasi Arab hehee. So yes guys, silalah order segala pes / pack / sambal any pilihan you guys from this totally recommended seller / agent untuk keluaran Ochee Kitchen melalui platformnya as below ni yeaa : 




Indeed, yang I share di list atas ni adalah the same seller / agent yang I dapatkan pack Nasi Arab dan lain-lain keluaran Ochee Kitchen tu okayy guys. You guys boleh check out her Instagram as linked above or WhatsApp je dia terus via link tu untuk order or tanya anything berkenaan produk Ochee Kitchen tu okayy. Alright I think sampai sini jee sharing I kalini, mudah-mudahan bermanfaat jugaklaa untuk you guys yeaa. Thanks for stopping by, take care & have a great week ahead yeaa lovelies! 


Muat Turun Marrybrown App : Memang Berbaloi!

Salam & Hi lovelies! 

You guys tau tak Marrybrown sekarang ni dah ada app? Ahaa I baru try actually (as you can see from my latest Instagram post), boleh order dan redeem 40% deals melalui app Marrybrown ni tau, saving jugak! 



Okay so app Marrybrown ni actually you guys boleh install secara percuma je di Apple Appstore ataupun di Google Playstore atau di sini okayy - https://mbapp.marrybrown.com/. Haa lepas dah install tu nanti, you guys sign in dan kemudian boleh terus gunakan. 



Ada pelbagai pengisian app ni sebenarnya contohnya update info terkini mengenai Marrybrown terutamanya promosi semasa, contest, dan lain-lain. Paling best for me semestinya bahagian Deals yang mana korang boleh redeem pilihan meals yang sedap-sedap di Marrybrown dengan harga diskaun! 



Tunjuk QR Code ni untuk order lepas redeem deals
Step by step untuk redeem refer gambar bawah ni ok :

Pilih deals yang dikehendaki & tekan ‘redeem’

Redeem dah berjaya masuk di ‘My Rewards’! 
Boleh guna terus hehe


Cara-cara untuk redeem pun sangat mudah, just pergi ke deals yang diinginkan tu, tekan button redeem tersebut, kemudian pergi ke bahagian ‘My Rewards’ dan korang akan nampak deals yang korang dah redeem tadi di situ okayy. Just tekan deals tu untuk dapatkan QR Code bagi membuat order & pembayaran. Mudah kan? 

I gunakan deals ni untuk berbuka with my family, rasa berbaloi betul. Nice sebab ada sekali Marrybrown Kiddie Meals Chicken Burger di pilihan deals tersebut, maka happy jugaklah my kids dapat makan with toys / gifts sekali included with that meals.


This time dapat mask yang comel for the kids!


Selain itu, I beli Hotouch Burger Combo, Bubur Ayam Combo, dan tambahan meals lain seperti Nasi Lemak Marrybrown Combo, dan Fish Fillet Burger Combo, semuanya sedap belaka puas hati dan kekenyangan makan untuk berbuka hehe. 

In addition, bagi new member yang menggunakan app Marrybrown ni, akan dapat free 1 pcs of Marrybrown Crispy Chicken tau! Jangan lupa juga untuk scan QR Code di profile korang tu nanti masa nak membuat pembayaran so that korang dapat collect points okayy!




Overall bagi I memang convenient dan nice lah bila dah ada muat turun aplikasi Marrybrown ni, mudah nak guna dan pelbagai benefits juga. Especially bila you guys memang suka makan di Marrybrown, haa sila lah install segera okayy! 

Yummy iftar! 

You guys boleh check out Marrybrown official page via these list juga okay : 

IG : @marrybrownmy https://www.instagram.com/marrybrownmy/ 


FB : @marrybrownmalaysia https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/ 


Twitter : @MarrybrownMY https://twitter.com/MarrybrownMY


Marrybrown website: https://marrybrown.com/ 


Alright guys sampai sini je perkongsian I kali ni, mudah-mudahan beneficial to you all insyaAllah. Selamat memuat turun dan explore app Marrybrown ni okayy, thank youu for stopping by & have a great week ahead semuaa! ❤️ 





Mudah Masak dengan Nasi Arab Instant Ochee Kitchen!

Salam & Hi lovelies, Salam Ramadan! 

How are you guys doing so far? I haritu kena Covid, hence a bit long gap as I'm on hiatus from recovering as well as recollecting myself juga. Anyway, di bulan Ramadan ni, ada satu juadah yang confirm menjadi craving ramai, iaitu Nasi Arab, betul takk? heheee 

Alhamdulillah, ni la hasil Nasi Arab air tangan I dengan bantuan 
Pack Nasi Arab Instant dari #UciOcheeKitchen hehee

Nasi Arab memang one of my favourite dishes, even bukan di bulan Ramadan pun me and my family ada laa jugak order untuk makan bersama. Selama ni serious I tak pernah lagi try masak sendiri Nasi Arab ni kat rumah, but now I can happily say that I have with simple and ease dengan adanya Pack Nasi Arab Instant Ochee Kitchen ni tau yayyy! 

Inilah dia, Pack Nasi Arab Instant Ochee Kitchen #UciOcheeKitchen tu!
Boleh dapatkan from Uci (IG : @putriroslan / WA : 019-2937303)

Alright, kat bawah ni ada video yang I buat showing dari first I nak masak tu, sampai laa ke our taste test and close up hasilnya okayy, feel free to watch year guys! 

@qeelalalala 1st time masak #NasiArab unt #bukapuasa fuhh 👍🏻👍🏻 #NasiArabInstant #homecook #foodie #MYFoodie #tiktokguru #Ramadan2022 #fyp #NasiArabOcheeKitchen ♬ مسيطره - Lamis Kan
  

Seriously, memang sangat mudah nak prepare Nasi Arab ni, just ikut je instruction yang disediakan di pack tu bulat-bulat, confirm menjadi! I dah tak perlu nak tambah any garam ke apa pun masa memasak tu tau, memang senang sangat tak berkecah langsung dan tak perlu susah-susah nak menumis or sediakan rempat ratus segala tu, as you can see from my video, I just masukkan bahan-bahan, masak & siap! 

Dari segi rasa pula, MasyaAllah, macam lagi sedap dari beli kat luar hahahaahah! Yelah kan, bak kata hubby I yang beriya memuji masakan Nasi Arab I tu for berbuka haritu - "Lagi tambah rasa extra sedap sebab nampak honey masak & nampak nasi tu memang keluar dari periuk nasi kita ni kan, tu yang lagi best tu hehe" - haaa gittuuuu! Bayangkan, my hubby ni bukanlah peminat Nasi Arab sangat tau dan susah laa nak dapat dia excited macam ni dengan sesuatu makanan lagi-lagi jenis instant ni, so haa you guys nampak tak macam mana rasa dia tuu? heheee 

Sedia untuk berbuka pasa dengan Nasi Arab homecook hehee

Sedap secukup rasa! Nasi pun sebutir-sebutir panjang, elok rasa. 

Rebus dan bakar, memang ummphh Nasi Arab kitaaa


Lagi satu, even my kids pun enjoy sangat makan! I'm impressed especially sebab my son jenis picky eater juga tau, but dia boleh minta repeat lagi Nasi Arab ni for the next day, beriya dia kata dia suka, haaaa you guys rasa? Hehe so for me memang sangat happy bila dapat masak my favourite dish sendiri di rumah yang my loved ones pun boleh jadi sangat suka juga, fuhh serious rasa super berbaloi-baloi laa! 

Harganya pun sangatlah berpatutan, hanya RM25 sahaja per pack ni tauu, boleh untuk 5-6 orang makan okayy. Guys, kalau beli kat luar, mana nak dapat kan RM25 untuk 5-6 orang makan Nasi Arab? Haa ni kita beli je pack ni, masak sendiri kat rumah, for me memang sangat menjimatkan, memudahkan, dan lagi puas hati makan. I buat tambah ayam sebab takde stock lamb / daging, yet you guys boleh jee guna daging okay instead of ayam. 

Another thing, I tambah juga buat Sos Harrah (sos Nasi Arab tu) dan potong timun in cube as side dish, yet you guys bolehlaa pelbagaikan ikut citarasa you guys nanti kan. I tak buat Salad Arab since dah ada Sos Harrah tu, simple-simple jee pun dah cukup buat sampai semua makan hingga licin pinggan & menjilat jari heheee. (Resipi Sos Harrah scroll kat bawah sekali yeaa in case you need it) 

Satu pack tu dapat buat cukup untuk 5-6 orang makan. 
I dapat 4 pinggan ni dan ada lebih lagi nasi dałam periuk 
untuk anggaran sepinggan lebih makan lagi hehe.


Selain buat untuk makan seisi keluarga, boleh juga buat untuk hidang semasa kenduri atau keramaian ke, ataupun ni nanti masa Raya kot ada tetamu dan sanak saudara nak datang ziarah kita di rumah, haa buat jee Nasi Arab ni, settle. Jimat masa, mudah, dan sangat sedap untuk dinikmati semua! Even if you guys nak buat untuk business kecil-kecilan pun I rasa boleh sangat, masak Nasi Arab ni then repack untuk dijual, insyaAllah ada keuntungan kann. 

So yess, I totally recommended you guys untuk try Nasi Arab ni. No bias or anything, fully honest review as always dari I okayy. If you guys berminat nak dapatkan Pack Nasi Arab ni, you guys boleh tengok-tengok di Instagram @putriroslan ni, and dm jee dia or boleh contact via WhatsApp 0192937303 (Uci Ochee Kitchen) untuk tanya mahupun nak order terus okayy. FYI, kalau you guys bukan menetap di area Muar untuk COD, boleh je minta by pos okay, since dia boleh pos ke seluruh Malaysia tau, even I pun via pos je, pack tu I dapat dalam keadaan yang bagus & steady je, takde koyak ke apa pun okayy, so no worries. For Shopee pula, boleh juga beli KAT SINI okayy 😁

Alright I think dah cukup sharing I berkenaan dengan Nasi Arab #UciOcheeKitchen ni kan, mudah-mudahan beneficial laa untuk semua kann. I pun nak repeat lagi nanti, of course nak order dari tempat yang sama Instagram : @putriroslan a.k.a #UciOcheeKitchen ni since service memang bagus dan kualiti produk pun sangat memuaskan hati. Next I nak try dengan Pes masakan yang lain yang ada dijual sekali, haa tu nanti I share juga kat sini next lepas I dah try okayy, so stay tuned hehee. In the meantime, serious guys, contact Uci tu & grab Nasi Arab ni okayy, insyaAllah nak repeat order lagi nanti tauuu sebab memang sangat puas hatiii heheee. 

Okayy thank youuu guys for stopping by, take care & Salam Ramadan okayy! 

Sos Harrah tu yang paling kanan sekali sebelah timun, 
dulu muda mudi I panggil sos tomato je ikut suka hati haha, 
now dah tau nama dia Sos Harrah okayy haha  

P/S : RESIPI SOS HARRAH (SOS NASI ARAB)

Bahan-bahan :

- 2 biji tomato

- 3 - 4 biji cili padi 

- secubit garam 

- sedikit daun ketumbar (Opțional)

- sesudu perahan lemon (optional)

Cara buat : 

- Kisar semua bahan tanpa air. I takde stock daun ketumbar, so I tak letak masa buat tu. Then if you guys suka rasa more masam-masam, boleh add perahan lemon tu okayy before hidang. Simple jee kann nak buat sos nii hehee. 

I tak letak perahan lemon, sebab 3 bahan utama tu tadi pun kitorang rasa dah okay dah, since tomatoes tu agak muda so tak cukup merah & rasa masam-masam kan, so I tak tambah lemon, dan begitulah hasilnya as u can see from my pics & in my video tu. Yang I buat ni sesuai laa untuk my kids makan sekali since tak pedas dan tak terlalu masam, ada manis-manis tomato tuu, haa nice laa cukup rasa jee rasa dia hehe. You guys boleh ubahsuai ikut citarasa dan keperluan kuantiti masing-masing okayy. 

All the best dan selamat menjamu selera! 



Agar-agar Santan Gula Melaka : Resipi + Tutorial

Salam & Hi semuaa! 

Today I nak share resipi beserta tutorial I masak kuih tradisional Agar-agar Santan Gula Melaka, sebabnya resipi yang I jumpa dan cuba ni memang serious sangat mudah, straight forward dan I think kalau tak reti memasak or tak pernah masak kuih pun, insyaAllah boleh menjadi tau! Best kan? Bestttt hehe ok jommm.

So actually, I dah ada share video resipi + tutorial untuk buat kuih ni di my Instagram dan TikTok as per usual, but nak juga laa share di blog ni kan, boleh I tulis panjang lebih sikit dan lebih detail dari kat sana hehe. 



Asalnya, hubby yang teringin nak makan kuih ni haritu, since I ni tak pernah langsung buat kuih agar-agar santan ni, makanya I pun terjahlah google. Mula-mula nervous juga dengan permintaan hubby yang ni, al maklumlah tak pernah buat kan..but then lepas cari-cari resipi di google & finally I tengok resipi dari link yang hubby ada share kat I dari yang dia ada first tengok tu, laaa, senang simple jee rupanya bahan-bahan dan cara nak buat diaa hehe! 

Hasil dari pencarian I tu, ada perbezaan juga cara untuk buat kuih ni sebenarnya yea. Some ada guna 2 jenis santan dan juga siap tapis campuran tu nanti. Tapi resipi yang I ikut dari Pesona Putri ni, memang senang betul dan Alhamdulillah menjadi yee even tak guna 2 jenis santan dan bertapis bagai tu hehee. Pokoknya, kena ikut anggaran jumlah bahan yang diperlukan tu, insyaAllah first buat pun boleh menjadi hehee. So thanks to Pesona Putri for her sharing! 

Okay jom tengok bahan-bahan & cara yang I buat di bawah ni yea : 

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA 


Bahan A :

1 pek agar-agar tali
150g gula melaka (I guna 3 1/3 ketul kecil dari dalam video, or boleh guna 2 ketul yang besar)
800ml air (anggaran dalam 3 cawan)
50g gula pasir (I guna organic sugar that's why nampak brownish yea dalam video tu)
secubit garam
daun pandan

Bahan B (dikacau bersama secara berasingan) :

1 biji telur
600ml santan

Cara-cara membuat : 

1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar tali, masak sehingga ianya larut.

2. Setelah agar-agar tali tadi larut, masukkan daun pandan, gula melaka, gula pasir, beserta secubit garam. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api sedikit, biarkan seketika. 

3. Sementara air gula tadi sedang dimasak, sediakan Bahan B di dalam bekas yang lain - campurkan santan dan telur, pukul / kacau dua-dua bahan itu bersama. Kemudian, masukkan campuran Bahan B ini ke dalam campuran Bahan A (air gula yang sedang dimasak tadi), sedikit demi sedikit sambil kacau. 

4. Pastikan terus sentiasa kacau campuran tadi untuk beberapa minit, kemudian tutup api. 

5. Masukkan campuran tersebut ke dalam bekas atau loyang, biarkan hingga ianya betul-betul telah sejuk dan mengeras. Menariknya, kita akan dapat lihat campuran tadi automatically terasing / terpisah kepada dua bahagian, yang mana you guys dapat lihat seperti yang I tunjuk dalam video I tu yea. Dari pembacaan, ianya terhasil asbab kita sentiasa terus kacau campuran tadi seperti yang I mention dalam step ke 4 tadi yea hehee. 

6. Alright dah siap, tapi I masukkan dalam fridge dulu sebelum potong dan makan, sebab lagi umphh bila makan sejuk-sejuk tu hehe. 

Nampak macam panjang, tapi senang dan simple je nak buat sebenarnya, don't worry okayy. Jumlah gula tu pun boleh adjust sebenarnya, ikut citarasa kemanisan masing-masing. Kalau ikutkan yang I buat ni, I think rasanya ok laa secukup rasa ikut tekak I, tak terlalu manis dan tak tawar pun. Terpulang kat you guys punya anggaran okayy. 

Alright sampai sini je sharing I kalini, mudah-mudahan ianya bermanfaat hehe. Thanks for stopping by tauu, dan selamat mencuba yea to you guys! Take care!



QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.