Jul 9, 2013

Kita Semua Tempayan Retak...


Salam and hello semua :) 
Harini Qeela nak share 1 kisah olahan Qeela sendiri,
ilham dari kisah yang pernah Qeela baca masa kecik2 dulu.
Qeela pernah post tapi saja repost semula memandangkan
masa mula2 buat blog ni dulu macam takde pembaca je kan hehe.
So okaylah jemput baca ye, moga bermanfaat semua :)

~~~~~

Tersebutlah kisah, ada seorang tukang air yang memiliki dua tempayan besar,
masing2 bergantung pada kedua hujung suatu pikulan,
yang dibawa menyilang pada bahu si tukang air tersebut.
Satu drpd tempayan itu retak, manakala satu lg tempayan tidak.
Tempayan yang utuh itu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang 
dari mata air ke rumah majikannya, akan tetapi tempayan retak itu hanya dapat 
membawa air setengah penuh sahaja.


Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa 
satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. 
Tentu saja si tempayan utuh itu berasa bangga akan prestasinya kerana 
dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.
Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan 
ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi 
setengah dari bahagian yang sepatutnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalannya itu, si tempayan retak pun berkata pada
si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin 
memohon maaf kpdmu"
tanya si tukang air, "Kenapa kamu berasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang jalan ke rumah majikan kita. Kerana cacatku ini, saya telah membuatkanmu rugi." jawab tempayan itu.

Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak,
dan di dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok,
aku ingin kamu perhatikan bunga2 indah di sepanjang jalan."
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan barulah
dia menyedari bahawa ada bunga2 indah di sepanjang sisi jalan, dan itu dapat 
membuatkannya sedikit terhibur.
Namun, pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh daripada air
yang dibawanya telah bocor, dan lagi sekali dia meminta maaf 
pada si tukang air atas kegagalannya.


Si tukang air berkata pada tempayan retak itu, "Apakah kamu memperhatikan 
adanya bunga2 di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan
di sisi tempayan yang utuh itu?"
"Ya,.." jawab tempayan tersebut. Si tukang air menyambung lagi,
"Itu kerana aku selalu menyedari akan kecacatanmu dan aku manfaatkannya. Aku
telah menanam benih2 bunga di sepanjang jalan disisimu, dan setiap hari apabila kita berjalan pulang dari tempat mata air, kamu mengairi benih2 itu sehinggalah ia membesar,
berkembang mekar menjadi bunga2 yang indah. Selama dua tahun ini aku dapat memetik
bunga2 indah itu untuk menghias meja dan rumah majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana
yang kamu ada, kita tidak akan dapat menghias rumah majikan kita seindah sekarang."
Si tempayan retak berasa sangat terharu, dan sejak dari itu dia tidak lagi bersedih akan kekurangannya.

** Setiap dari kita memiliki cacat / kekurangan kita yang tersendiri. Kita semua 
adalah tempayan retak. Namun, usah takut akan kekurangan yang kita ada.
Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat manfaatkannya untuk orang lain.
Tidak ada yang terbuang percuma di mata-Nya.
Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.
Seseorang boleh disebut sebagai orang yang berjaya jika mampu terus hidup
dan menikmatinya dengan penuh kesyukuran di dada.
Berusahalah dan kuatkan diri. Cuba berfikir dari sudut yang berbeza.

Tiada siapa di dunia ini yang sempurna. 


5 comments:

  1. Betul sesgt..kita ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri :D

    ReplyDelete
  2. betol tu dik...Kesempurnaan memang kita cari..tapi dia yang sempurna di mata Allah kecuali dengan amalannya...tak perlu mengeluh...biar kita cacat...anggap apa yang kita ada tu lumrah dari Allah S.W.T

    ReplyDelete
  3. betol tu..setiap owg ada kekurangan dn kelebihan..Bila Allah beri kekurangan supaya kita tahu apa kekurangan kita dn adakah kita tetap bersyukur..bila Allah beri kelebihan sbb DIA nak suruh kita bersyukur dn adakah kita guna dgn cara yg betul..=)

    ReplyDelete
  4. Thank you dgn comment2 yang bernas ni semua yea :D

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)