Penting! Mohon baca & sebarkan.



Salam & selamat sejahtera semua :)

Kita seringkali disajikan dengan tarikh 12 Rabiul Awal itu sebagai
tarikh kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W yg tercinta.
Namun tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat kekhilafan
pada tarikh tersebut?

Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yg ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yg dimaksudkan itu dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12 Rabiul Awal.

Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yg mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW. 
Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yg juga merupakan hari perkabungan-nya?

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAW berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. 
Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yg mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144)

Pendapat yg menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.

Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa’id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal. 468-475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 
9 Rabiul Awal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261).

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yg terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau. 
Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12 Rabiul Awal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan Rabiul Awal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.
Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan
kira-kira yang telah dibuat beliau, 1 Rabiul Awal menepati 12 April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awal.

Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Safiyyul Rahman Al Mubarakpuri di dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dll.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
· Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:
1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13 Rabiul Awal.
2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16 Rabiul Awal)

Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1 Rabiul Awal tahun 11H bersamaan dengan 25 Mei 632M

Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan, pihak kami berharap agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)
**Sumber dari TAZKIRAH.



Akan tetapi, tidak ada salahnya jika kita memperbanyakkan selawat dan lain2 amalan
pada hari tersebut, namun haruslah dengan tujuan / niat sebagai mengingati baginda.
Namun fikirkanlah, adakah hanya pada hari tersebut sahaja kita berselawat dan sebagainya keatas baginda sedangkan sepatutnya, ia patut dilakukan & dijadikan amalan seharian kita?
Selawat keatas baginda mampu membantu kita di sana kelak untuk memperoleh syafaatnya. InsyaAllah.

Selain itu, ingin juga sy kongsikan beberapa point2 yg mana drp penelitian sy, mmg ada benarnya / bersetuju dgnnya. Sumber drp Ali Abu. :-

"Mengapa sahabat nabi tidak pernah sambut hari kelahiran nabi?"

1] Sbb nabi tak pernah bgthu bilo tarikh sebenar baginda dilahirkan. Nabi cumo bgth Sahabat bhw nabi dilahirkan pado hari Isnin bilo nabi memberitahu mengapo baginda suko berpuaso sunat pd hari Isnin & Khamis. Tarikh & tahun tidak prnh diberitahu. Dan konfem nabi tak pernah sambut besdaynya sendiri.

2] Sahabat nabi cumo tahu tarikh kewafatan nabi. Itu konfem. Tarikh kewafatan nabi ialah 12 Rabiulawwal. Dan korang sambut tarikh 12 Rabiulawwal pd esok pagi sbg tarikh besday nabi. Apebende nih?

3] Sahabat nabi yg paling taksub ialah Ibnu Umar. Ape shj yg nabi buat walaupun perbuatan tersebut tiado kaitan dgn agamo, mako Ibnu Umar akan ikut. Krn itu adolah tando cinta ey yg amat mendalam kpd nabi. Kalau ado org yg mahu sambut besday nabi, mako Ibnu Umarlah yg patut terlebih dahulu menyambutnya. Tapi mengapo Ibnu Umar tak sambut? Ibnu Umar boleh je buek tamsilan atau bg contoh mcm murtabak seperti dibuat oleh org skrng utk menghalalkan perbuatannya menyambut besday nabi tapi apsal Ibnu Umar tak buat jugak? Ini den rasokan ado kaitan dgn point 1.

4] Mengapo Allah takdirkan nabi tidak prnh bgth tarikh kelahirannya kpd para sahabat? Sbb ia tidak penting & tidak mahu bondo yg tidak penting itu disambut. Tidak perlu buang maso kpd bondo yg tidak perlu. Dan tidak perlu membazir wang terhadap bondo yg tidak penting.

5] Sbnrnya kito tak prnh tahu tarikh kelahiran nabi. Ianya cumo agakkan ahli sejarah. Yg kito tahu nabi lahir pd tahun gajah. Dan kalender org arab ni sering berubah dan tidak totap. Main suko hati pinda bulan. Tahun gajah itupun dinamokan sbg gajah krn ado peristiwa yg berkaitan dgn gajah pd thn tersebut. Tak mcm kalender cino di mano 12 ekor binatang yg disinonimkan dgn zodiaknya dlm setiap tahun adolah totap & konsisten. Contoh mcm tahun kudo yg akan disambut tahun ini, ia akan disambut lagi pd 12 tahun akan dtg. Terimo kasih kpd Saidina Umar Al-Khattab krn menjadi perintis mewujudkan kalender Hijrah utk keselesaan umat Islam bermuammalah. Dan takdo sorang pun yg peduli akan kelahiran nabi krn org arab sendiri tak tahu bhw nabi ini adolah nabi sehinggolah nabi mengaku nabi pd usianya 40 thn. Sblm 40 tahun itu, org arab tidak prnh mengenali nabi.

6] Tapi tarikh kewafatan nabi mmg konfem kito tahu krn nabi sudah masyhur & tarikh itu mmg disepakati akan kemutawatirannya. Tarikh kewafatan nabi ialah 12 Rabiulawwal. Tapi tarikh itu korang buek sambut besday nabi. Ini tak kono bai. Sobab bilo dilihat semulo drpd sudut yg berlainan, korang mcm sambut kewafatan nabi dgn kegembiraan.

7] Bg mrk yg bermazhab sambut besday (nabi tak prnh ajar umat Islam sambut besday), secaro adatnya mrk menyambut besday org yg masih hidup. Bilo org tu dah meninggal dunio, mako takdo sambutan besday lagi utknya. Jadi mcm janggallah kpd mrk yg sambut besday nabi melainkan mrk cubo menyamokan nabi dgn Jesus sepertimano org Kristian menyambut besday Jesus yg diangkat mrk sbg anak tuhan pd setiap 25 hb Disember.

8] Cubo korang bayangkan bhw bonda yg korang cintai lahir pd 12 Rabiulawwal 50 tahun lampau. Dan meninggal dunio pd 12 Rabiulawwal tahun ini. Adokah 12 Rabiulawwal tahun dopan korang akan sambut besdaynya? Toksah ckp la, dah tontu korang akan bersedih & berduka lara. Pado hari itu, nak makan pun tak larat. Yolah itu kan omak yg melahirkan korang. Mendidik, menjago & membela korang sojak dari kocik sampai bosa. Dan sanggup berkorban apo shj utk korang. Itulah omak kito. Tapi jaso nabi lagi bosa drpd omak kito. Kito punyo sodih terhadap kewafatan nabi patut lobih pilu drpd kematian omak kito. Tetapi korang memilih utk bergembira sambut besday nabi pd tarikh 12 Rabiulawwal iaitu tarikh yg samo nabi wafat. Ini tak patut.

9] Dan tidaklah kito menyambut tarikh kewafatan nabi dgn bersedih pilu mcm org Syiah menyambut kematian cucu Rasullullah Saidina Husin krn mengenangkan peristiwa Karbala. Sedih sambil memukul badan sendiri sampai keluar darah bukanlah ajaran Islam. Ajaran mano yg diorg amik pun den tak tahu.

** boleh lihat disini untuk lebih perbincangan etc --> SINI :)
**Ada lagi petikan video berkenaan perkara ini drp TGNA, UAI dsb, 
anda boleh tgk di Youtube yea :)

Justeru, berhati-hatilah. Perbetulkan niat, lapangkan dada.
Tingkatkan usaha untuk bekalan disana. Dan yg paling penting,
gandakan usaha untuk berada dilandasanNya.
Al-Quran & Sunnah, itu yg utama.
Sunnah Baginda. Dimana ia dlm diri & kehidupan kita? :(
Kaji, dan cuba sedaya upaya ikuti.
Kadangkala, jangan terlalu ambil ringan sesetengah perkara,
kerana selalunya kita tak sedar itulah fitnah si mata pada kita agar kita jauh 
daripada mengikut sunnah baginda Rasulullah yg tercinta.

Wallahualam.
Sama-samalah kita berusaha.
InsyaAllah.
Moga bermanfaat.



8 bubblynotes :):

  1. selawat & salam atas nabi junjungan, muhammad (S.A.W/peace upon him) jangann tgu 12 RA je.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, buat hari2 baru betul kan :)

      Delete
  2. saya cuba hadam apa yg cik Qeela tulis.. (;

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sorila panjang yea, tu pun Qeela dah tapis2 mase edit and type :D

      Delete
  3. first time saya baca pasal ini. thanks kak qeela. apa-apa pun, untuk mengingati baginda S.A.W tak perlu nak spesifik hari apa-apa. buat la setiap hari. bukannya susah :)

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.