Kukucup wajah itu.
Tubuh yang sudah sejuk, kaku.
Sepertimana almarhum atok dahulu.
Kini, akhirnya kesampaian jua hasratnya
untuk bertemu dengan suaminya itu.
Wajahnya tenang mendamaikan.
Bagaikan tidur.
Alhamdulillah, perginya tenang, senang.
Terngiang2 lagi dehemannya, suaranya.
Tergambar gelaknya, gayanya, pandangannya.
Aku masih lagi merasai kewujudannya.
Bagaikan tak percaya,
itulah mandian terakhir dariku untuknya.
Usapan dan belaian terakhir.
Pandangan & jagaan yang pengakhiran.
Kini hakikatnya,
mereka berdua telah tiada.
Pergi menghadap Yang Maha Esa.
Rindu. Walau baru usai menghantarnya.
Pandanglah dimana-mana walaupun menutup mata,
mereka kan tetap ada.
Dari jauh kutitipkan doa,
moga mereka bertemu di pintu syurga.
25 Sept 2004. 08 Jan 2014.
Al-Fatihah.
Tak sangka, malam sebelumnya yang aku langsung
tak dapat nak lelapkan mata adalah
malam terakhir wan di dunia ini.
Uzurnya kali ini, uzur untuk pergi menghadap Ilahi.
Pedih, tapi aku redha.
Mujur sempat & berpeluang menjaganya lagi
sebelum dia pergi tinggalkan dunia ini.
Pemergian kali ini sangat terkesan,
kerana aku berpeluang memandikan.
Terima kasih atas peringatan.
Dunia ini sgt melekakan, disana jualah yang abadi.
Kematian itu pasti,
setakat manakah ia sudah menghampiri kini?
......
23724258. 258. hmm.
malam2 macam ni baca entri cik qeela ni.. Allah, sedihnyer .. )':
ReplyDeletemengimbas kenangan lama..
Thanks :') Sama-samalah kita tabah yea :)
DeleteAl Fatihah untuk keduanya
ReplyDeletejOm baca my new entry http://mimisukecupcake.blogspot.com/2014/01/jenis-orang-bodoh.html
Thanks yea :)
Delete