Kita Semakin Hampir - Part 2


Salam semua..
Malam ni, seperti yang dijanjikan, Qeela akan sambung lagi..
Sebelum tu, bg yg baru ikot post ni, boleh tgk part permulaan DI SINI ye..
Okay, Mari kita baca kisah pendeta Yahudi ini.

Ketika Nabi Muhammad selamat diangkat menjadi Nabi yang berpangkat Rasul,
baginda telah hidup di tengah2 masyarakat yang benar2 Jahiliyah,
dalam ramai-ramai rumpun Arab di sana, terdapat beberapa orang bangsa Arab 
di Mekah yang masih mempunyai sifat ragu-ragu tentang status kenabian manusia 
yang bernama Muhammad ini, lalu dalam ramai2 yang mempunyai perasaan was-was itu,
datanglah 1 idea aneh dari sebilangan orang Arab itu, Kata mereka:

“Apa kata kita hantar utusan & perisik ke Madinah untuk berjumpa dengan pendita
Yahudi nak? Kerana dengar khabarnya mereka inilah golongan yahudi yang kenal
dengan status kenabian seseorang manusia itu.”

Dipendekkan cerita, sampailah rombongan utusan Arab (yang telah ditaja itu),
bertolak dari Mekah tiba ke Madinah, langsung bertemu dengan pendeta Yahudi yang dimaksudkan lalu mengemukakan keraguan mereka selama ini,
dengan serta merta pendeta Yahudi itu merespon:

tanyakan kepada Muhammad 3 soalan ini, jawapan kepada soalan ini hanya manusia bertaraf nabi & rasul sahaja yang boleh jawab:
1- Siapakah pemuda yang tua tetapi mereka adalah remaja.
2- Cerita perjalanan seorang raja yang merantau dari barat ke timur.
3- Tanyakan pada Muhammad tentang roh / rahsia langit.

Okay, bagi Soalan 1 & 2 jawapan itu diberikan di dalam Surah Al-Kahfi.
Manakala Soalan 3 jawapan itu ada di dalam Surah Al- Isra’.

Begini huraiannya:
Rasanya semua sedia maklum bahawa Raja Zulqarnain adalah raja yang benar-benar memerintah timur & barat mengikut ordernya yang berlandaskan syariat Islam.
Beliau adalah seorang lelaki yang berpangkat Nabi memandangkan Allah pernah
berfirman kepadanya melalui 1 rekod wahyu di dalam Al-Quran, Surah Al-Kahfi 
yang berbunyi:

[ayat 86] “Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum.
Kami berfirman:
"Wahai Zulkarnain, Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka,
atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka. ”

Begini kisahnya:
Sepanjang misi perjalanannya menuju ke timur dari arah barat sehinggalah kepulangan
beliau kembali ke arah barat dengan melalui pergunungan timur eropah,
baginda ditakdirkan untuk berjumpa dengan 1 bangsa di sebalik gunung yang agak kaya.
Bangsa ini kaya kerana bangsa ini mempunyai industri tempatan yang berasaskan logam.
Sungguhpun mereka maju, namun baginda Raja Zulqarnain kurang memahami bahasa tempatan bangsa ini memandangkan bangsa ini tidak bercampur dengan tamadun luar.
Selepas mendapatkan jurubahasanya, baginda telah dimaklumkan hasrat bangsa bawah

gunung itu dengan permintaan mereka seperti ini:

Kitab Al-Quran, Surah Al-Kahfi:
[ayat 94]Mereka berkata:
"Wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj & Makjuj (di sebalik gunung dari Timur Eropah itu) sentiasa melakukan kerosakan di bumi (kami di sini); oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (hasil industri tempatan kami yang kaya ini) dengan syarat engkau membina sebuah tembok (besi keluli tahan karat) di antara kami dengan mereka ?"
[ayat 95]Dia (Zulqarnain) menjawab:
"(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan aku menguasainya, lebih baik (dari bayaran upah dari tamadun kamu); oleh itu bantulah aku (bersama tentera-tentera aku) dengan tenaga (kamu beramai-ramai), aku akan bina antara (tamadun) kamu dengan mereka (Yakjuj & Makjuj “Yahudi Eropah”) sebuah tembok penutup yang kukuh.
[ayat 96]Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutupi lapangan antara 2 gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata:
"Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia (Zulqarnain): "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya (menutupi logam besi ini supaya tidak karat)".
[ayat 97]"Maka mereka (Yakjuj & Makjuj manusia dari timur Eropah itu) tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya (membuat lubang).
[ayat 98]Berkatalah Zulkarnain:
"Ini ialah 1 rahmat dari Tuhanku (kerana dunia selamat dari serangan Yakjuj & Makjuj);
dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur (sudah pun hancur pada zaman Nabi Muhammad), dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian, sebelum kita back to the future, kita perlu go to the future semula, mari kita lihat apa sebenarnya Tamadun Yakjuj & Makjuj ini,
apa benar ke teknologi mereka sentiasa terkemas-kini pada setiap zaman?
Jawapannya adalah ya,
Sy akan hidangkan kepada anda 1 peristiwa yang belum lagi terjadi tapi pasti terjadi dan ia pasti berlaku (dgn izin Allah), mari kita pergi ke masa hadapan dengan rekod hadis di bwh:

Hadis Sahih, Nawas Bin Sam’an R.A. (dalam hadis yang panjang)
bahawa Nabi Muhammad (SAW) pernah berkata:
Allah kemudian mewahyukan kepada Nabi Isa a.s. (pemimpin akhir zaman),
“Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj, bangsa Yahudi Eropah)
yang tidak terlawan oleh sesiapa pun.
Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku (pengikut Isa & pengikut Mahdi)

yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Jadi, apa kaitannya ya ?
Kaitannya ialah sekuat mana pun Allah dah lantik seseorang pemimpin untuk menguasai
dunia ini dengan sistem pemerintahannya yang dikuasai itu,
kalau Allah cakap tiada 1 pun tamadun atau bangsa yang boleh kalahkan kelompok
manusia yang digelar sebagai Yahudi Eropah = Yakjuj & Makjuj, Maka,
memang tak dapatlah Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) itu dikalahkan.

Dan fakta ini telah merentasi zaman !!!
Al-Masih Isa yang dikurniakan hikmat untuk berjaya membunuh Al-Masih Dajjal yang
merancang ribuan tahun menakluk manusia & isi bumi ini pun tidak mampu menangkis
kelompok serangan Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah), baginda juga diperintahkan

Allah untuk menyorok di sebalik gunung Thursina !!!

Maka dengan itulah,
Saya bawa anda kembali “back to the future”.
Sungguhpun Raja Zulkarnain mempunyai status kenabian malahan mempunyai kerajaan
yang besar melampau dengan kekuasaan tentera dunia yang tiada tandingannya,
tapi kenapa Zulkarnain tidak memilih untuk menghapuskan sahaja terus makhluk
Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) daripada terus hidup di dunia ini ???
Sebab dia kan ketua tentera dunia?Kenapa tak habiskan sahaja riwayat mereka…?
Raja Zulkarnain yang mempunyai tentera terhebat dunia di zaman itu pun berfikir banyak
kali untuk menumpaskan bangsa Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) ini, lalu membuat keputusan yang sama hasil dari cadangan pemimpin tempatan di kaki
gunung itu lalu terlaksanalah idea pembinaan TEMBOK KELULI yang pertama di
dunia. Jawapannya ialah baginda Raja Zulkarnain akur dengan musuh terakhir ini kerana

Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) ibarat seperti tanah jerlus, lagi banyak anda bergerak, lagi cepatlah anda tenggelam.  Raja Zulkarnain sedar dengan tindakannya mendaki ke arah sebalik 2 gunung itu dengan niat hanya semata-mata untuk menghapuskan Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) pasti berkesudahan kekalahan dan mati yang sia-sia pada semua tenteranya. Ini terjadi kerana walaupun di saat itu, Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) tidak
menguasai dunia, tapi Tamadun Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) hanya membuat
kerosakan di kawasan liputan industri logam itu sahaja, dengan itu, tergeraklah hati Raja
Zulkarnain untuk terus menyokong idea pembinaan TEMBOK KELULI setinggi
gunung itu memandangkan itulah antara bidang yang arif oleh penduduk setempat yang
baginda sukar memahami tukar kata mereka. Maka terjadilah peristiwa pembinaan TEMBOK KELULI kukuh ini, sehinggalah kisah Zulkarnain yang agung ini hanya beredar di kalangan tentera , beredar dari mulut ke mulut penduduk bawah gunung itu, dari zaman berzaman cerita ini menjadi sebutan, menjadi fantasi, menjadi ilusi, ilusi menjadi cerita2 tidur, cerita2 ini menjadi dongengan apabila kisah ini sudah berusia ribuan tahun akibat peredaran zaman, dan mereka2 yang percaya kisah ini bukan kisah dongeng hanyalah pendeta yahudi yang diperturunkan kisahnya dari zaman ke zaman, sehinggalah terjadinya pertemuan antara pendeta Yahudi dengan era hidup Nabi Muhammad, maka turunlah Surah Al-Kahfi tersebut.

**Kawasan pergunungan tersebut adalah Pergunungan Caucasus, Utara Georgia, Russia.
Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia. Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog (Yakjuj & Makjuj) dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain). InsyaAllah nanti sy ceritakan lebih lanjut mengenai Gunung ini.


Dariel Pass
Baiklah sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat siapa sebenarnya Yakjuj & Makjuj ni.
Yakjuj & Makjuj:
- adalah keturunan langsung dari Yafith Bin Nabi Nuh selepas banjir besar sedunia.
- mereka bukan makhluk bawah tanah ataupun raksasa dari masa hadapan !!!
- merupakan manusia biasa berjantina lelaki & perempuan.
- mempunyai jangkahayat hidup sama banyak dengan umur manusia sezamannya.
- pandai mewarisi ilmu & senireka perang merentasi zaman & memperbaikinya.
- pernah hidup sezaman Raja Zulkarnain namun tidak pernah bertembung.
- sudah terlepas dari tembok besi keluli setinggi gunung sejak era Nabi Muhammad
- menguasai banyak tempat di timur eropah.
- hari ini mereka mengaku diri mereka sebagai sebahagian dari Yahudi.
- hari ini Yakjuj & Makjuj saya gelarkan = Yahudi Eropah.
Amaran Penting:
Sebelum anda mengenali lebih dalam siapa Yakjuj & Makjuj, saya ingin benar dedahkan secara drastik & mendadak, salah 1 simbol Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) yang telah berjaya menguasai semua pakaian dunia, ianya hampir dipakai oleh semua lapisan masyarakat dunia, tidak mengira bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, ataupun orang tua,
baik yang miskin mahupun kaya, dan juga tak mengira agama apa yang anda anuti,
mempunyai unsur pengaruh Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah).

Apakah dia itu ? ------> SELUAR JEANS BIRU



Ketahuilah, setiap bangsa sepatutnya mempunyai budayanya sendiri,
setiap bangsa sepatutnya mempunyai pakaiannya sendiri sesuai dengan citarasa bangsa
itu asalkan pakaian & budaya sesuatu kaum itu menutup aurat dan kekal mempunyai
nilai-nilai budi dan sopan pada ciri-ciri pakaian & budaya kaum itu.
Tetapi selepas keluarnya Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) dari tembok besi keluli
binaan Raja Zulqarnain & tentera-tenteranya itu, seluruh dunia beransur-ansur berubah,
perubahan ini tidak datang sekelip mata, tetapi menyerap perlahan-lahan pada cara hidup setiap umat manusia tidak mengira apa bangsa manusia itu di planet ini.
Maka ciri-ciri yang ada pada manusia hari ini telah dikuasai secara perlahan tanpa
kebanyakan dari anda yang perasan, walhal suadara-mara terdekat kita ada ciri2 ini, dan boleh jadi anda juga mempunyai ciri-ciri ini, apakah ciri-ciri tamadun Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) itu, akan dikupaskan pada bab seterusnya.
Maka apa yang telah berlaku di seluruh dunia ini amat bertepatan dengan kuasa bangsa
Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah), di mana hadis di bawah dipetik sekali lagi untuk
bacaan anda. Ianya bukan kepada skop tentera sahaja, tapi hampir semua cabang “alat”

yang kita bergantung untuk hidup ada bayang-bayang sentuhan Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah).  Tidakkah anda perasan, tidak ada 1 tamadun pun di dunia ini sebelum era Nabi Muhammad, yang berkesudahan memaksa secara rela dalam jangka masa yang panjang kepada rakyat tempatan atau kawasan jajahannya, dengan mengikut budaya dan cara hidup tamadun yang memerintah ? Ya, memang tidak ada !!!
Tetapi apa yang berlaku pada hari kita bernafas hari ini terlalu berbeza, bahawasanya kita hari ini benar2 hidup di tengah2 tamadun bangsa dari Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah).
Mari kita lihat mengapa:
- sebelum Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) mencampuri & bergaul dengan penduduk dunia, setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasanya sendiri, pakaiannya sendiri, makanannya sendiri, tulisannya sendiri, cara hidupnya sendiri, pendidikannya sendiri, dan cara hiburannya tersendiri mengikut bangsa itu.
- tetapi selepas Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) terlepas dari tembok besi
keluli setinggi gunung itu, dan mencampuri penduduk dunia secara beransur ansur sehingga melangkaui perjalanan 1400 tahun, hari ini anda sendiri telah menyaksikan seluruh dunia telah menggunakan 1 bahasa yang sama, 1 cara hidup yang sama, 1 makanan yang sama, 1 nyanyian yang dikongsi bersama, 1 hiburan yang sama, 1 matlamat yang sama, 1 corak pemerintahan yang sama di hampir semua negara, 1 cara bekerja yang sama, 1 cara berdagang yang sama, 1 matawang yang sama, 1 jalan ke arah globalisasi dunia, 1 dunia, 1 order yang sama, dan yang paling penting sekali, hampir seluruh negara di dunia ini,
mempunyai 1 slogan yang hampir sama pernah dipopularkan oleh negara Israel,
iaitu slogan 1 negara 1 dunia, yang kini terjadi pula pada negara Melayu, iaitu
slogan 1 Malaysia. Maka terjadilah apa yang hari ini anda dengar di radio dan di
TV, sebagai 1 Masyarakat Dunia, dan proses inilah yang dinamakan Globalisasi.



- istilah globalisasi telah dilancarkan oleh Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah)
dan sedang hangat disambut di hampir setiap daerah di setiap negeri pada setiap
negara di setiap benua di bumi ini.
Ciri-ciri yang ada pada manusia hari ini telah dikuasai secara perlahan tanpa kebanyakan
dari anda yang perasan, walhal saudara-mara terdekat kita ada ciri-ciri ini, terkadang tu,
perayaan yang tak pernah disambut oleh orang Islam sejak ribuan tahun dahulu, sudah
mula disambut oleh keturunan Islam hari ini akibat pengaruh dari ciri-ciri tamadun
Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) itu. Apa yang telah berlaku di seluruh dunia ini amat bertepatan dengan kuasa bangsa yang dimiliki oleh Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah).

** More about Yakjuj & Makjuj, Zon 999 & 72, etc to be continued di Part 3 insyaAllah.. **

Have a great night & Wassalam.. 

14 bubblynotes :):

  1. Takut pulak baca pasal Yakjuj & Makjuj ni.. Sebelum baca pasal ni tak tau pun pasal pemakaian jeans kaler biru tu salah satu ciri2 pengaruh Yakjuj & Makjuj.. Astaghfirullahalazim.. Terima kasih Qeela atas perkongsian dan peringatan ini..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks sbb sudi bace ye..Qeela just share drr ape yg Qeela bace2 & tgk jugak selame ni..macam2 lg, insyaAllah nnt Qeela update lg ye..sama2 kite beringat.. :)

      Delete
  2. good imformation dear.cerita lagi okay. nak tahu sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks a lot ye sweetie :) insyaAllah Qeela akn update lg nanti, mcm2 lg nk share dgn semua. same2 la kite beringat ye.. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum qeela.

    Sekarang ini lana pun tgh cuba habiskan buku, tulisan Muhammad Alexander.
    Ada banyak info tentang siapa iskandar zulqarnain, yakjuj makjuj..lana suka buku dia tajuk 2012..

    Dalam proses buat sinopsis pasal buku2 dia..kat blog lana lagi satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm dear, ohh bagus tu Lana, keep it up :) Umm Muhammad Alexander yg Jerry D.Gray tu ke? Qeela pun bace, dgr, tny & tgk dari bnyk sumber selain bnyk bace tafsir Quran & hadis2 jugak. Qeela mmg suke kaji & bace psl bnde2 mcm ni - dajjal, gog magog, illuminati & freemason, mcm2 lg laa kan, selalu nk ingtkan diri bile dh leka dek dunia dgn bnde2 ni la..dulu ade cube aware kan psl bnde2 nh sume tp org xpndg..now try lg, alhamdulilah ade jugakla org bace..if Lana minat nnt Qeela boleh bg sumber jugak, pm je Qeela if nk yea :)

      Delete
    2. tapi..bukan senang nak buat sinopsis T__T huhu..

      Bukan2..Muhammad Alexander ni nama pena penulis..dia berasal dari indonesia...actually buku2 dia sbnrnya hasil dari tesis dia juga.

      Penerbitnya, PTS Publication.. ini salah satu link bukunya: http://pts.com.my/buku/yakjuj-makjuj-lima-gelombang-pembawa-bencana/

      Sekarang ni, buku dia yg paling latest, pasal Luqmanul Hakim..

      Kita pun suka jugak baca topik2 macamni..banyak sumber sbnrnya kan.. ^_^

      Delete
    3. huhu betul, sbb terlampau bnyk hubung kaitnya kan..takpe Lana, mule sikit2, start dr yg basic2 dulu..nnt2 dh cerite basic, bru boleh tmbh dgn yg berat2 tu pulak..insyaAllah.. :) mm rasenye Qeela perasan yg mana..oh Jerry D.Gray tu pon dr Indonesia, die actually omputih masok Islam then kaji bnde2 ni semua jugak, then terbitkan buku..mm Qeela skrg tgh luaskan pembacaan bout bible etc, sbb selalu if ade yg confront, Qeela susah nk trick balik sbb tak bnyk ilmu bout isi2 kitab diorg, so kenela tmbh lg ilmu kan who knows ade yg boleh bukak mate pada Islam ni nanti selain dakwah cara lain tu kan..InsyaAllah Lana, sama2lah kita ye, yakin buleh! hehe :)

      Delete
  4. W'slm, thanks singgah. :)

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang keliru tentang siapakah dan bagaimanakah bentuk rupa mereka. Pelbagai versi yang saya baca, tetapi sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

    Nisa'

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu yup, tp berhati2lah dr cerita yg dtg dr mereka sana.. :) kajian & cerita yg sy kongsikan ni pon hasil dr kajian pihak2 yg mengkaji dr sumber Quran & hadis, dan sy dh lama ikutinya just bru share skrg..anyways thanks sbb sudi baca :) and benar, yg plg tepatnya mmg hny Dia yg maha mengetahui, tp sy yakin kita di akhir zaman & yakjuj makjuj itu adlh spt apa yg sy sharekan di sini..terpulang pd awk & lain2 sbb ye, lain org lain pndgnnya,takpe, sy pun just nk share ilmu yg ada, terpulang pd penerimaan masing2, just paling utama, sy kongsi untuk kesedaran semua juga, agar tak sentiasa leka dgn dunia..sbb inilah slh satu cara sy untuk tarik diri sy balik kembali ke alam yg nyata if dh mula nk terlupa tu..bg sy, sy mmg kne selalu membaca.. :)

      Delete
  6. salam Qeela.... teruskan yer... sy baru jer bc post yg ini lanjutan kisah yg sebelumnye. InsyaAllah, ade mase sy akan share ats maklumat yg sy perolehi...
    cume skang ni bz sikit... kalo ade lagi artikel bab ni, jgn lupe info sy yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm Zaiman, thanks yea :) InsyaAllah dlm sehari dua ni Qeela smbg lagi..weekend haritu busy, xdpt nk update blog ni..huhu..thanks yea :D

      Delete
  7. Assalam qeela...terima kasih atas perkongsian ilmu ini..semoga terus success dlm penulisan n perkongsian ilmu...semoga rahmat Allah swt n keredhaanNya sentiasa bersama kita semua

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.