Salam semua..
Harini Qeela tergerak nk berkongsi sesuatu yg penting khususnya
untuk semua umat Islam. Memandangkan semakin hari
semakin terserlah, dan ada yang sudah mula memperkatakannya,
eloklah kiranya kita berkongsi ilmu demi kepentingan di sana
& Islam khususnya. Kalau diikotkan, banyak sgt yg perlu
& boleh diceritakan, tp takpelah Qeela cuba bg seringkas dan
sepadat yang boleh ye. Selama ni pun dah cuba kongsikan,
tp yelah org2 kita ni if bnde2 cmni susah sket.
Ni pun maybe ade yg terus skip, ckp nonsense etc.
Okay. Let's just begin.
Sedarkah anda kita mmg sudahpun di akhir zaman?
Sedarkah anda kita sudahpun berada di dalam sistem Dajjal,
tamadun Yakjuj Makjuj & even sedang pun berhadapan dgn mereka?
Mungkin ada yg tak sedar, mungkin ada yg masih tak tahu,
mungkin ada juga yg tahu tetapi kadang2 alpa / lupa.
Takpe, sama2 kita saling ingat-mengingati.
Qeela pun selalu buat ulangkaji, baca balik & cari sebanyak
mungkin ilmu lagi & berusaha to be prepared.
Ye, kadang2 kita leka, kdg2 kita alpa & lupa dek dunia.
But it's okay, as long as kite still tetapkan kaki on track.
Selalu membaca supaya tak mudah lupa.
Okay, bagi yg mahukan details, umm, okay, kite mulekan dgn
pengenalan kpd kaum Yahudi / Bani Israel dulu ya?
isteri pertama Nabi Ibrahim. Semua yahudi bertaliankan darah dari susurgalur
Nabi Ishak. Dan dari pertalian darah dari Nabi Ishak,
maka susurgalur darahnya menjalar sampai berakhir ke Nabi Isa,
sehinggalah Nabi Isa diangkat ke langit atas asbab keselamatan baginda,
dan atas asbab peranan Nabi Isa di masa hadapan.
Untuk pengetahuan anda,
Nabi Ishak dilahirkan selepas abangnya Nabi Ismail dilahirkan dahulu melalui isteri
kedua Nabi Ibrahim iaitu Hajar, seorang puteri raja dari tamadun Mesir yang sezaman
dengan era Raja Namrud ketika Nabi Ibrahim hidup.
Dan dari pertalian darah dari Nabi Ismail,
maka susurgalur darahnya menjalar sampai berakhir ke Nabi Muhammad.
Kebanyakan yahudi amat derhaka pada semua nabi yang pernah diturunkan pada mereka
termasuklah Nabi Isa. Akibat dari penderhakaan mereka itu, Allah telah memerintahkan
Yahudi untuk keluar dari tanah suci Baitul Muqaddis dan Allah hanya menyediakan
pengampunan terakhir untuk bangsa Yahudi hanya apabila turunnya seorang Nabi yang
Ummi (seorang Nabi yang tak pandai membaca & menulis) di akhir zaman.
Sekiranya anda belajar sejarah, anda akan dapati Rabbi Yahudi (ulamak Yahudi)
adalah antara manusia yang amat kenal dengan ciri-ciri kenabian termasuklah insan yang
bernama nabi Muhammad.
Yahudi hanya akan diberikan keampunan Allah hanya apabila bangsa Yahudi beriman,
taat, percaya, dan hormati Nabi yang penutup ini, maka di ketika itulah bangsa Yahudi
yang keturunannya menderhaka pada Allah akan diampunkan.
Semasa era kehidupan Nabi Muhammad, telah terjadi peristiwa & saat-saat genting
dengan hampir terjadinya pengampunan oleh Allah terhadap bangsa Yahudi.
Kisah genting ini terjadi di mana telah tiba saatnya Nabi Muhammad dan para sahabat
tiba di Madinah buat pertama kali pada tahun 1 Hijrah,
maka pada tahun itulah pintu keampunan yang ditunggu-tunggu oleh Yahudi telah
terbuka luas untuk seluruh umat Yahudi membuat proses keampunan & taubat.
Semua Rabbi Yahudi (ulamak Yahudi) di Madinah ketika itu telah mendapat berita
tergempar ini lebih-lebih lagi mereka mendapat tahu telah hadir seorang Nabi yang
ummi di negeri Madinah itu.
dibuka untuk bangsa Yahudi ketika itu & ianya hanya bertahan selama 17 bulan sahaja
selepas ketibaan Nabi Muhammad di situ.
Malang buat Yahudi kerana sebilangan besar Yahudi pada zaman itu mengulangi tabiat
lama moyang mereka dengan sekali lagi menderhaka pada Nabi Muhammad.
Apa yang Allah harapkan pada bangsa Yahudi untuk bersegera dalam bertaubat dan
mohon keampunan selama pintu keampunan ini dibuka luas untuk mereka akhirnya
ditutup Allah buat selama-lamanya memandangkan sudah jelas & terang lagi nyata,
sebilangan Rabbi Yahudi (ulamak Yahudi) ketika itu menolak kenabian Muhammad
sebagai Rasul terakhir, malahan mengejek-ejek Nabi Muhammad pula.
Sehinggakan ke tahap orang-orang Yahudi ini berpendapat bahawa Muhammad itu
hanyalah nabi & rasul untuk bangsa Arab, bukan nabi & rasul untuk bangsa Yahudi.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya pintu taubat ditutup untuk bangsa Yahudi adalah akibat
sikap mereka yang telah menafikan kitab suci Al-Quran dan bertekad pula untuk
menghancurkan Islam. Hasil peristiwa genting & maha dahsyat yang dilakukan oleh
orang-orang Yahudi di Madinah inilah, maka selepas peluang selama 17 bulan pintu pengampunan yang Allah bukakan untuk Yahudi bertaubat & mohon keampunan,
maka Allah menutup pintu ini & dengan serta merta Allah memerintahkan Nabi
Muhammad & seluruh umatnya ketika itu menukar kiblat dari arah Baitul Muqaddis
menjadi ke arah Kaabah di Mekah, dan kedudukan kiblat itu kekal sehingga ke hari ini.
#3 perjalanan sejarah yang perlu anda tahu:
Apakah yang sudah berlaku selepas kemangkatan baginda Nabi Muhammad ?
Apakah yang sedang berlaku selepas kemangkatan baginda Nabi Muhammad ?
Apakah yang belum berlaku selepas kemangkatan baginda Nabi Muhammad ?
Dengan mengetahui ketiga-tiga ciri di atas inilah,
barulah anda pasti mengerti bahawasanya kajian ini telah sungguh “Benar",
(terpulang pada anda menilainya)
dan kes ini akan dengan sendirinya menyebabkan anda faham,
betapa ramainya manusia di luar sana termasuklah umat Islam sendiri masih kekal dengan fantasinya, bahawasanya tanda-tanda akhir zaman hanya akan muncul apabila pemimpin akhir zaman muncul, inilah yang cuba disampaikan di lapangan internet,
namun masih lagi ramai yang terpinga-pinga walaupun tidak menganggap kajian ini palsu.
Baiklah,
setelah anda bersedia untuk mengenali ketiga-tiga ciri ini,
kita kena kenal pasti bilakah perjalanan sejarah ini akan berakhir,
sedangkan diri kita adalah sejarah yang sedang dibentuk oleh ruang masa yg sedang berjalan. Bagi pendapat saya, berakhirnya sejarah dunia adalah pada saat bangsa Yahudi berjaya dibawa masuk ke tanah suci. bangsa Yahudi berjaya mendapat kembali tanah larangan mereka di Baitul Muqaddis dengan bantuan kumpulan lain,
hari ini anda diberitahu oleh media-media massa dengan nama negara = Israel.
Ini telah dihuraikan dengan terang & jelas oleh 1 wahyu dalam Al-Quran pada surah
Al-Anbiyaa’ pada ayat 95 & 96 yang bermaksud:
[ayat 95] Dan mustahil kepada penduduk (Yahudi) sebuah negeri (Baitul Muqaddis)
yang Kami binasakan, bahawa mereka (Yahudi) tidak akan kembali (ke Baitul Muqaddis),
[ayat 96] Sehingga apabila terbuka tembok (besi keluli) yang menyekat Yakjuj & Makjuj (iaitu Yahudi Timur Eropah), serta mereka (Yakjuj & Makjuj) meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. (dengan segala teknologi perang)
Kenapa kisah Yakjuj & Makjuj perlu diberitahu kepada kita melalui rekod dalam kitab
Al-Quran ini adalah kerana ia telah disebabkan oleh beberapa pertanyaan oleh pendita2
Yahudi yang mengirimkan soalan kepada Nabi Muhammad untuk dijawab.
Kerana bagi pendapat yahudi, dengan soalan sebegini yang mereka kemukakan maka
yang boleh menjawapnya hanyalah manusia lelaki yang bertaraf nabi & rasul sahaja.
Maka turunlah Surah Al-Kahfi dengan 1 cerita panjang yang sebahagian dari pendita
Yahudi itu sendiri pun belum pernah mendengarnya.
** to be continued di part 2 yea InsyaAllah.. **
wassalam :)
Terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteSama2, moga sama2 kita manfaatkannya InsyaAllah :)
Deletebagus artikel utk meyedarkan ini... sepertimana sabda Baginda Rasul Saw yang bermaksud:
ReplyDelete“Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya.” Para sahabat lantas bertanya, "Apakah yang anda maksud orang-orang Yahudi dan Nasrani, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (HR Bukhary).
sdikit sejarah kisah lalu di mana tatkala zaman Nabi Sulaiman as memerintah kerajaan, Baginda telah melenyapkan naskah2 sihir d zamannya. Dan naskah inilah yg telah d kutip kembali oleh golongan tukang batu zaman N.Sulaiman dan mereka inilah yg d beri gelar 'freemason'.
Dari naskah ini terdapat cara utk menguasai sihir dan inilah yg terjadi pd kite hari ini dgn tidak d sedari mereka dpt menguasai dunia yg kite alami dalam kehidupan seharian ini.
Dan salah satu sebb Allah swt turunkan Al-Quran adalah utk mereka yg hendak Beriman dgn Allah swt dgn mengikut cara Nabi Baginda Rasul Saw dan secara langsung menafikan kitab yg d turunkan sebelumnya.
Melalui kitab yg sebelum ini ianya dpt d amalkan melalui pembacaan dan penghafalan yg berbeza dgn pemgamalan Al-Quran. Al-Quran merupakan perjalanan utk kite kembali kpd Allah dan hanya mereka yg terpilih sahaja yg dpt menguasai Al-Quran.
Bayangkan Rasulullah saw tidak tahu membaca sedangkan 5 ayat pertama menekankan agar membaca, Apakah pembacaan yg d maksudkan adalah seperti yg kita fahami hari ini d skolah2 kita? Inilah yg d katakan pengamalan Al-Quran. Al-Quran d amalkan atas perintah Allah dan Rasul menerimanya setelah d amalkan barulah Baginda mendapat 5 ayat ini.
Ini berbeza dgn 3 kitab yg sebelum ini.
Jadi inilah cara yg d guna pakai oleh mereka dlm sistem pembelajaran kita hari ini , di mana setiap kejayaan ilmu yg d timbe adalah utk ganjaran dunia di mane yg mengiktirafkannya adalah MEREKA.
thanks atas penambahan ilmu dari saudara :) betul, freemason / illuminati ni semua antara kuncu2 dajjal jugak tu, mmg plan mereka dh berjaya buat masa ni untuk melekakan kita secara halus dsb. insyaAllah nnt sy post lg smbungannya & kalau ada lg yg boleh saudara tmbh sgt dialu2kan ye :) sama2 kita berkongsi ilmu :)
DeleteNice.. perkongsian ilmu yang menarik. suka entry nie :)
DeleteAlhamdulillah, thanks Aniq :)
DeletePengetahuan baru. Thanks.
ReplyDeletesama2, moga bermanfaat :)
DeleteMinat sangat nak baca lagi :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, thanks, insyaAllah esok or asap Qeela update lg ye :)
Deletebest baca , tapi ada jugak takut bila dengar :')
ReplyDeleteTerima kasih Qeela atas peringatan ini..
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDelete