Motivasi Rare buat Para Surirumah yang Bersuami

Salam dan Hai semua! 

Tadi ketika saya melayari Facebook, saya ada terjumpa satu status yang dikongsi oleh (kredit kepada) Puan Yuhanis Azam, berkenaan surirumah dan antara ayat-ayat yang sering kita dengar diucapkan kepada para surimah, yang mana mengatakan surirumah perlu ada duit sendiri kalau berlaku apa-apa ke atas atau dengan suami, contoh seperti bercerai, kematian dan sebagainya. 

Akan tetapi, sharing tersebut tidak seperti biasa, kerana ianya (bagi saya) lebih kepada membukakan mata dan minda kita terhadap hubungan kita dengan Yang Maha Esa. 

Usai membacanya, saya rasa sangat jarang untuk saya dapat jumpa motivasi sebegini, makanya saya nak share & save disini untuk reflection diri saya sendiri juga from time to time. Bagi saya, sharing ini sesuai untuk para surirumah yang masih bersuami, lebih-lebih lagi bila suami anda adalah seorang suami yang bertanggungjawab terhadap anda dan keluarga. 

Okay jom baca dulu sharing yang saya katakan tu yea :





Boleh baca status sharing asalnya di SINI yea 😊

Indeed I’m a housewife, a stay at home mom, tetapi saya tetap cuba work from home untuk mencari duit poket sendiri melalui kerja sebagai content creator dan blogger. Alhamdulillah so far okaylah, even saya tiada gaji tetap & pendapatan saya bermusim pasang surut. Namun, niat utama saya pun memang untuk bantu keluarga, bukanlah sebab terfikir “nanti bila suami tiada”. 

Betul, saya sendiri selalu dengar atau terjumpa sharing yang mempunyai ayat2 “nanti bila suami tiada, kot2 bercerai, kot2 suami buat hal” dan lain-lain lagi yang bagi saya more to negative thinking, dan seolah-olah mendoakan yang tidak baik untuk kehidupan sendiri, sedangkan pada ketika ini, alhamdulillah Allah telah pinjamkan kehidupan yang baik-baik sahaja, suami pun seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan keluarga. 

Saya faham apa yang ingin disampaikan dan indeed ada juga betulnya tetapi konteks penyampaian menggunakan ayat-ayat negatif tersebut biasanya akan memyebabkan atau lebih kepada mengajak untuk fikir suami yang bukan-bukan, ataupun terlalu overthinking, yang mana kemungkinan boleh memudaratkan. 

Saya sendiri membesar dalam keadaan mama seorang ibu tunggal yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk kami adik beradik dari kecil sehinggalah kami dewasa. Yang menjadi pengganti seorang bapa ketika saya kecil hanyalah arwah atuk saya, yang mana dipinjamkan sehingga saya Tingkatan 2. Justeru itulah, saya targetkan sharing ini sesuai buat para isteri, para surirumah, yang mempunyai suami yang bertanggungjawab terhadap anda dan keluarga. 

Betul, bagi saya kita sebagai wanita memang perlu ada duit sendiri, tetapi, niatkanlah kita mencari itu untuk membantu keluarga, membantu suami, mencarinya untuk dapat hulurkan pada mama dan adik beradik yang memerlukan, seterusnya dan selebihnya pada diri sendiri dan lain-lain yang memerlukan. 

Bila ada rezeki lebih, dikongsi dengan keluarga, dan alhamdulillah bolehlah bagi duit tambahan belanja untuk mama, dan adik beradik. Terasa nikmatnya, bila dapat membantu, bila dapat belanja mereka, walaupun mungkin tak banyak pada kita, tapi besar harganya pada mereka. Sungguh, bila kita murah hati dengan orang & mudahkan urusan orang terutama keluarga, lagi-lagi yang memerlukan, insyaAllah banyak lagi masuk rezeki tak disangka kepada kita.

Dalam sharing Puan Yuhanis tadi, alhamdulillah Allah murahkan rezeki balu tersebut kan selepas kematian suaminya. Rezeki dia dan keluarganya. Rezeki kita, kita tak tahu lagi, tapi, kita boleh sentiasa cuba yang terbaik, fikir yang baik, doa yang baik, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita. 

Moga saya dapat teruskan fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik, dapat lebih lagi bantu keluarga terutama mama dan adik beradik. 

Niatkan mencari duit untuk bantu keluarga, sebab suami sendiri pun dah sentiasa bersusah payah nak menjaga makan minum, keselesaan dan kebahagiaan keluarga. Cuba elakkan untuk fikir suami nanti boleh berubah yang buruk-buruk dan sebagainya, bila sedangkan selama ini suami itu sentiasa ada dan cuba yang terbaik juga. Kalau trust itu tidak ada, bagaimana kita boleh bahagia hidup bersama, kan?

Try to live in the moment bersama suami dan keluarga. Bagi saya, sentiasalah cuba yang terbaik dari hari ke hari, hargai pasangan masing-masing yang masih ada, yang juga cuba yang terbaik untuk kita. Saya lebih kepada berpegang pada ayat, “kalau baik yang kita fikir, insyaAllah baiklah jadinya”. 

Bila Allah dah kurniakan rezeki kita mendapat pasangan yang baik, maka teruskan fikir dan buat yang baik-baik sahaja. Selebihnya, baiki lagi hubungan kita denganNya, cuba buat lebih baik dari yang kita amalkan sekarang, kerana hanya Dialah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa. 


Semoga perkongsian ini ada juga manfaatnya buat anda semua. Thanks pada yang luangkan masa membaca sehingga ke akhirnya. Take care & stay positive okay! 
Moga dipermudah urusan anda semua juga.

❤️


1 bubblynotes :):

  1. hai, jom join GA ni

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo
A Lifestyle mommy blogger whom into beauty, fashion, parenting, travel, food, motivation, gadget, event/entertainment, health, reviews, and many more! For any collaboration / review / invites / inquiries, feel free to email me at : qeelaaini@gmail.com Thank You!

SushiVids!

They Are The Best!

Total Pageviews

Choose Your Own Language :)

My Page Rank


Live.Life.

Live.Life.