Jun 1, 2013

Kisah Syiling Yang Tak Rugi DiBaca :)


Salam and hello readers :)

Harini nk share dgn korg 1 kisah best yg sgt mampat pengisian die. Deep.
Sekali bace je then terus tak lupe2 dah. Actually dah lame jugk bace kisah ni, 
so now crite kt korg pulak laa yea, so that same2 boleh muhasabah 
diri masing2 / jdkan as a reminder ke ape. :)
Ready? okay.. 

Alkisahnya, ada seorg pemuda yg sedang bekerja di tempat pembinaan..
Sedang dia gigih membuat kerja membancuh simen, tiba2,

TINGG!

Ade duit syiling jatuh di hadapan pemuda tersebut. 
Melihat logam kecil itu, tangan pemuda itu pun terhenti melakukan kerja. 
Tidak menunggu lama,dia hanya mengutip syiling itu 
dan dimasukkan ke dalam poketnya. 
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang ada duit syiling tidak jauh dari sisinya. 
Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. 
Tiada siapa pun yg berdekatan dengannya melainkan si partner kerjanya
yg sibuk menggaul2 bancuhan simen dan air td. 
Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi ada duit syiling berdekatan dengannya. 
Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya 
daripada aras atas bangunan separuh siap yg mereka bina itu. 
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya kerana ada pesanan yg mahu 
disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras atas tersebut, cuba memanggil pekerjanya 
itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin 
pembinaan di kawasan tersebut. 
Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan 
pekerjanya itu akan mendongak melihatnya di atas. Dengan itu nanti, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, 
pemuda itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. 
Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan pemuda itu. 
Setelah merasa sakit dan terganggu, pemuda itu pun mendongak ke atas, 
mahu mencari dan melihat dari mana datangnya  batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. 
Pada ketika itu barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba 
mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Dengan perasaan malu melihat muka ketuanya yg hampir bengang td, dia hanya mampu tersengih dan meminta maaf lalu segera naik pergi ke ketuanya.. :)

**Sahabat sekalian, cuba fikirkan dengan mendalam bayangan yg tersurat drp kisah ini..
Sebenarnya, kisah ini adalah mengenai kita, kehidupan, dan hubungan kita 
dengan Yang Maha Esa. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ yg mana ianya adalah lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. 
Allah menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa 
mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. 
Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya 
terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Setelah puas menjatuhkan syiling tetapi tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia 
jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan memohon pertolongan, bersyukur dan mengingati-Nya.
Moga kisah yg sy ceritakan ni dapat sama2 memberi manfaat pada kita semua.
Sama2 kita muhasabah diri, dan cuba yg terbaik then cuba istiqamah, InsyaAllah.

Wassalam :')



1 comment:

Got something in your mind?
Shout here! :)