Hijrah Itu Indah : Terima Kasih Ramadhan



Hijrah.
Alhamdulillah, syukur, teramat syukur saya dipertemukan dengannya.
Dengan hanya seimbas muka, sesepoi angin berbahasa,
Hijrah itu datang pada saya.
Syukur. Dengan kuasa Yang Maha Esa,
saya terpilih untuk disapa. Alhamdulillah! :)

Tak perlu untuk saya ungkit siapa dan bagaimana saya
sebelum ia datang menyapa.
Cukuplah dengan, HIJRAH ini memang perlu,
dan membahagiakan. :)
Semuanya bermula dengan satu detik yang tak dapat saya gambarkan.

Pada suatu ketika dulu, saya mula berminat untuk
ambil tahu / cari dengan lebih mendalam mengenai isi2 dunia - zahir & batinnya.
Saya mula membaca pelbagai artikel / cerita & pelbagai perkara - Dajjal,
kiamat, bumi, dunia, kisah2 zaman dahulu / kisah2 zaman Nabi, dsb,
yang mana membuatkan mata saya lebih terbuka,
minda saya lebih celik & hati mula berkata2.

Yang paling terkesan di hati & benak pemikiran saya adalah
dari sumber ini :
dinaremas.com/wahyu terakhir nabi muhammad misi gereja vatican --> please click here and read
- ditambah dgn penerangan & perluasan skop penceritaan dan
pelbagai perkara lagi yang berkaitan oleh abang saya, MasyaAllah,
sedikit demi sedikit, saya mula sedar, betapa terlekanya saya,
betapa butanya saya, betapa hanyutnya saya dengan dunia yang fana ini. Allahuakbar..

Sampai di suatu ketika, saya sering memikirkan,
bagaimana agaknya dikala kematian saya nanti? Pekara2 selepas mati,
kiamat, dan sebagainya. Ya Allah, apa yang saya ada untuk hadapinya?
Apa bekalan yang saya boleh bawa, yang saya ada?
MasyaAllah... mampukah saya hadapinya sedemikian rupa? Ya allah..
Saya sematkan dalam hati, niat pada diri,
saya nak berubah. Saya perlu berHIJRAH!

Saya mula cuba cukupkan solat, cuba perbaiki diri ke arah kebaikan,
mula hindari segala yang tidak sepatutnya dan dekati apa yang saya jarang dekati dulu, dsb.
Subhanallah, tak terkata keindahan dan ketenangannya.. :')

Alhamdulillah.. Syukur teramat syukur juga sbb sy sudh pun selamat berkahwin.
Ya, kahwin muda, kahwin awal. Ya Allah, sungguh, jika kamu semua tahu
betapa beruntungnya berkahwin di usia yang muda ini, pasti kamu semua pun positif tentangnya.
Nak dapat pahala, masyaallah, senangnya kawan2..dan ditambah dengan penghijrahan
yang berlaku ini, Ya Allah lagi lah kawan2, sungguh, saya rasa lagi bahagia
dengan hidup saya & tenang jiwa raga.
Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik pengatur, hanya Dia, Allah Yang Maha Bijaksana
lagi Maha Mengetahui tentang sesuatu perkara.
Saya pernah juga terfikir, dan selalu jugak memikirkan,
kalaulah saya masih belum berkahwin sekarang ni, bagaimanalah kehidupan saya..
mungkin saya tak dapat peluang berhijrah ni, sbb masih di takuk lama, leka dengan dunia..
Mungkin di takuk yang lama, atau mungkin juga jadi lebih teruk?lebih hanyut?
Astaghfirullahalazim, Nauzubillah..
Alhamdulillah syukur, saya sudah berkahwin dan berhijrah,
kini masih lagi dalam proses penghijrahan..baiki diri ke arah lebih baik
dari segala sudut dan aspek..banyak lagi yang perlu saya pelajari..

HIJRAH BERHIJAB

Dalam ketika saya mula beri perhatian pada perkara2 yang sepatutnya itu,
saya sebenarnya sudah punya rasa untuk berhijab.
Saya mahu, namun, macam tak berapa punya keberanian,
atau, tak tahulah mcm mana saya nak gmbarkan.
Sampaila pada satu hari ni, saya ingat lagi, masa tu bulan puasa,
Ramadhan 2012 if i'm not mistaken,
Masa tu, saya nak pergi ke bazaar Ramadhan dgn mama & adik saya,
saya still doubt, "nk pakai tak, nak pakai tak...."
"Mm..fuuhhhhh..." ( tarik nafas panjang & lepas dlm2 )
"Pakai jelah, Bismillahirrahmannirrahim......." - pakai je tudung tu then terus keluar :)
Alhamdulillah, start dari hari tu, sampailah sekarang, saya masih kekal berhijab :)

Sampaikan kini, saya mcm dh sgt biasa dgn berhijab.
Kalau tak berhijab / tak pakai pakaian yang sempurna pula yang saya akan rasa tak selesa
dan mmg takkan keluar mana2 shopping ke ape ke if saya tak berhijab
dan pakai pakaian yang sempurna. Alhamdulillah. :)

Kadang2 tu, sampai saya akn terbayang dosa2 tak tutup kepala, kaki, etc,
mcm rambut dibakar tu, etc. Umm ye mmg agk, um, tak taulah,
tp mmg mcm tu lah sy skrg.
Mungkin org akn ckp sy freak / obses dgn dosa/pahale / whatever,
tapi hakikatnya, bukankah itu realitinya di sana nanti? :)
Oklah, itu bab berhijab.

Overall, alhamdulillah, saya syukur Allah sayangkan saya dan beri saya peluang untuk berhijrah.
Kawan2 yang mungkin ada something yang belum & perlu dibuat, hopefully korang dapat buat
dan berhijrah juga. Tak rugi pun, malah macam2 yang baik yang korang akn dpt,
seriously, trust me ;)
Bagi yang nak / ada rasa2 / etc , maybe korang mcm malu, or takut, or fikir orang2 akan
cakap ape, etc, DON'T! JUST DO IT, K?! fikirlah, bila lagi? kan..
Kalau nak senang kuatkan semangat untuk berhijrah, try ingat mati. Mati itu pasti.
Nak ke, sanggup ke kita mati mcm tu, mcm ni (yang buruk2) ? or tak cukup bekalan ke, or
worst, mati dlm munafik / keadaan memalukan / tak diredhai or bukan dlm Islam ke, etc, Ya Allah Nauzubillah, moga dijauhkanlah dari kita..Aamiinn....

Jangan peduli apa org kata, usah gusar apa2, yang penting, kita cuba, & kekalkan.
Allah ada. Dia sentiasa ada dgn kita & untuk kita, sedia & nak dgr apa saja luahan hati kita.
Tambahan dgn niat & permintaan yg baik, krn Allah, lg luas jln kita. InsyaAllah.

Kalau rasa tak mampu nak ubah semua sekaligus, cuba satu persatu.
Ye, nak berubah bukannya mudah. Pasti banyak cabarannya.
Mungkin, cabaran yang paling susah, nak istiqomah.
Namun, jangan risau..Yakinlah pada diri..Yakinlah pada Allah, ya?
Saya selalu terbaca, 'Kalau kita nak buat perkara baik / ke arah kebaikan,
Allah akan utuskan orang2 yang baik untuk kita juga..' (lebih kurang camtula)
Tapi benar. Percayalah. Sebab saya dah laluinya. :)

Dan mereka itu pasti akan membantu kamu, menyokong kamu, dan saling
ingat mengingatkan antara satu sama lain.
Antara contoh 'mereka' yang saya ada selain suami & seluruh keluarga adalah
Team Hijrah. kerana mereka juga terdiri drp org2 yg berhijrah. :)

Jangan takut. Cuba dekati, cuba selami, cuba perhati.
Ia ada dalam diri, ada dalam hati. kena cuba cari.
Step by step.
Alhamdulillah syukur, terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ramadhan. :)
Sama2lah kita teruskan perjuangan & penghijrahan ini. Moga sama2 istiqomah.
 Wassalam.

:)








8 bubblynotes :):

  1. Syukran sudi kongsi cerita...moga kakak terus istiqamah melakukan penghijrahan 2 baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jazakallah akhi, insyaAllah :)

      Delete
  2. Nice share ,, dari segman yang sama ,,
    http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/03/segmen-hijrah-itu-indah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks :) sorry bru perasan ade comment. thank u share link ye :)

      Delete
  3. subhanallah....dr segmen sama http://noraiiiiiin.blogspot.com/2013/03/hijrah-itu-indah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran ya ukhti :) sorry bru perasan ade comment. Thanks ye share link ukhti :)

      Delete

Got something in your mind?
Shout here! :)

QeelaAini:RandomRainbow. Powered by Blogger.

Meet The Author

My photo

Qeela Aini | Makeup Lover, Food hunter, gadget freak & movie nuts. | Supermom that's into photography & travel as well :)
For work collaboration or reviews, kindly reach me at : 
qeelaaini@gmail.com.
Thank You!

Follow by Email

SushiVids!

Mention for a Follow back :)

They Are The Best!

Google+ Sweetie :)

Total Pageviews

Click Click :)

Choose Your Own Language :)

My Group

My Group
Heart Chat Bubble

My Page Rank

instagram, anyone? :)

Instagram

Live.Life.

Live.Life.